Tuesday, April 30, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 5

MARE FECUNDITATIS (SEA OF FERTILITY)





KATEGORI:
LAUTAN (MARE ATAU SEA)

LOKASI:
IA TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA (SOUTHEAST QUARTER) PERMUKAAN BULAN.

KELUASAN:
IA MEMPUNYAI KELUASAN 617.0 X 617.0 KM ATAU 326,000 KM2. MARE FECUNDITATIS MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 909 KM.

ERA PEMBENTUKAN:
MARE FECUNDITATIS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU. 

CIRI-CIRI:
BAHAGIAN UTARA: MARE FECUNDITATIS BERSEMPADAN DENGAN MARE TRANQUILLITATIS DAN DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN). KAWAH SECCHI, TARUNTUS DAN ASADA TERDAPAT DI SINI. MANAKALA, SINUS SUCCESSUS (TELUK) TERLETAK DI SEBELAH TIMUR-LAUT MARE FECUNDITATIS.
BAHAGIAN TIMUR: MARE FECUNDITATIS BERSEMPANAN DENGAN MARE SPUMANS YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN SINUS SUCCESSUS. KAWAH LANGRENUS DENGAN DIAMETER  78 BATU, LOHSE (25 BATU) DAN WEBB (13 BATU) ADALAH KAWAH-KAWAH YANG TERLETAK DI PINGGIR TIMUR MARE FECUNDITATIS.
BAHAGIAN BARAT: UNJURAN DARIPADA MONTES SECCHI, BAHAGIAN BARAT LEBIH BANYAK TERDAPAT TANAH TINGGI. KAWAH-KAWAH YANG TERDAPAT DI PINGIR KAWASAN BARAT ADALAH LUBBOCK (8 BATU), GUTENBERG (45 BATU), GOCLENIUS (44 BATU), MAGELHAENS (24 BATU), BELLOT (10 BATU) DAN CROZIER (13 BATU).
BAHAGIAN SELATAN: BAHAGIAN INI MERUPAKAN PENGHUJUNG MARE FECUNDITATIS. TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI VENDELINUS (81 BATU), PETAVIUS (20 BATU), COOK (28 BATU), McCLURE (14 BATU), BIOT (7 BATU), WROTTESLEY (35 BATU), MONGE (22 BATU), COLOMBO (47 BATU) DAN SANTBECH (39 BATU). MANAKALA, DI SEBELAH BARAT-DAYA BERSEMPADAN DENGAN BANJARAN MONTES PYRENAEUS. BANJARAN INI MENGUNJUR KE PINGGIR BARAT MARE FECUNDITATIS.
KAWASAN DALAM MARE FECUNDITATIS: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH HASIL DARIPADA HENTAMAN OBJEK-OBJEK YANG JATUH KE DALAM KAWASAN MARE FECUNDITATIS PADA MASA LAMPAU. KAWAH-KAWAH TERSEBUT ADALAH BILHARZ (26 BATU), NAONOBU (21 BATU), ATWOOD (18 BATU), AL-MARRAKUSHI (4 BATU), ACOSTA (8 BATU), IBN BATTUTA (6 BATU), LINDBERGH (7 BATU), MESSIER (6 BATU), ANVILLE (6 BATU). SELAIN DARIPADA KAWAH-KAWAH, TERDAPAT RIMA MESSIER (RILLES) DAN RIMAE GOCLENIUS; DORSA GEIKIE, DORSA MAWSON, DORSA ANDRUSOV DAN DORSUM CAYEUX YANG MERUPAKAN SISTEM 'WRINKLE-RANGE'.

PEMERHATIAN:
MARE FECUNDITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA BOLEH DICERAP DAN DILIHAT PADA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)

PERALATAN:
ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE FECUNDITATIS MESTILAH SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG YANG MEMPUNYAI KUASA 10X

PENEROKAAN:
(UPDATE)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN, SILA KEMUKAKAN KE E-MAIL:

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

Friday, April 26, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... DAN DI ANTARA AYAT-AYAT (TANDA-TANDA KEKUASAAN)-NYA IALAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG MELATA YANG DIA SEBARKAN PADA KEDUANYA. DAN DIA MAHA KUASA MENGUMPULKAN SEMUANYA APABILA DIKEHENDAKI-NYA. ..."

           SURAH ASY-SYUURA (JUZUK 25) AYAT 29.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "MAKHLUK-MAKHLUK YANG MELATA YANG DIA SEBARKAN PADA KEDUANYA"? ADAKAH MAKHLUK-MAKHLUK LAIN SELAIN DARI MANUSIA DALAM ALAM SEMESTA INI? MUNGKIN, APAKAH YANG DINAMAKAN 'UFO' YANG SELALU DILAPURKAN DI SURATKHABAR? CERITA-CERITA DARI MANGSA YANG MENGATAKAN MEREKA DICULIK OLEH MAKHLUK ASING? SEBELUM KITA MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT, KITA PERLU MENJAWAB APAKAH ITU 'MAKHLUK'?. APAKAH HANYA MANUSIA DIANGGAP MAKHLUK ALLAH? SEBENARNYA 'MAKHLUK-MAKHLUK' YANG DIMAKSUDKAN ADALAH SEGALA CIPTAAN ALLAH YANG TERDAPAT DI ALAM SEMESTA INI. MANUSIA, IBLIS, JIN, MALAIKAT, BULAN, MATAHARI, BINTANG-BINTANG, PLANET, SATELIT-SATELIT, COMET-COMET, TAHI BINTANG, LOHONG HITAM, ASTEROID, DAN SEBAGAINYA LAGI ADALAH MAKHLUK ALLAH. JADI FIKIR-FIKIRKANLAH. BERMUHASABAH DIRI.

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

Wednesday, April 24, 2013

MENGENALI BURUJ - LIBRA

BURUJ LIBRA (PENIMBANG)




KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LIB

DESKRIPSI:
BURUJ LIBRA DIGAMBARKAN SEBAGAI 'PENIMBANG'. BURUJ LIBRA ADALAH SATU-SATUNYA BURUJ YANG DIGAMBARKAN SELAIN DARIPADA BINATANG ATAU KAREKTOR DARI MITOS. BURUJ LIBRA DIGAMBARKAN DENGAN LAMBANG 'PENIMBANG' DENGAN 4 BINTANG IAITU BINTANG ALPHA, BETA, GAMMA DAN SIGMA. BURUJ LIBRA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 29 DENGAN KELUASAN 538 SQUARE DEGREE. IANYA BOLEH DILIHAT DARI  LATITUD +650 HINGGA -900

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LIBRA TERLETAK DI HEMISPHERE SELATAN. BURUJ SERPANS CAPUT TERLETAK DI UTARA BURUJ INI. BURUJ VIRGO DAN BURUJ HYDRA PULA DI SEBELAH TIMUR, BURUJ CENTAURUS DI SEBELAH TENGGARA, BURUJ LUPUS PULA SI BAHAGIAN SELATAN, DAN BURUJ  SCORPIUS SERTA BURUJ OPHIUCHUS TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT BURUJ.

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM LINGKUNGAN BURUJ LIBRA BERMAGNITUD DI ANTARA +2.75 HINGGA +5.46. BINTANG YANG PALING CERAH IALAH BINTANG BETA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI ZUBEN ELSCHEMALI BERMAGNITUD +2.61.  BINTANG-BINTANG LAIN ADALAH ALPHA2 YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI ZUBEN ELGENUBI BERMAGNITUD +2.75; GAMMA (ZUBEN ELAKRAB, +3.91); SIGMA (BRACHIUM, +3.29); UPSILON (+3.58); TAU (+3.66); THETA (+4.15); IOTA (+4.54); KAPPA (+4.74); DELTA (ZUBEN ELAKRIBI, +4.9); EPSILON (+4.94); LAMBDA (+5.03); ALPHA1 (+5.16); NU (+5.2); MU (+5.31); ETA (+5.41); DAN XI (+5.46).

BINTANG BINARI:
BURUJ LIBRA MEMPUNYAI BINTANG BINARI DI DALAM BURUJNYA. BINTANG ALPHA2 DAN ALPHA1 MEMBENTUK "DOUBLE" YANG BESAR DAN BERWARNA YANG BERLAWANAN IAITU KUNING DAN BIRU. ALPHA2 ADALAH BINTANG UTAMA DENGAN MAGNITUD +2.9 DAN ALPHA1 PULA BERMAGNITUD +5.3. 'SUDUT KEDUDUKAN' {POSITION ANGLE - PA} PULA ADALAH PADA 3140 DAN 'JARAK DIPISAHKAN' {SEPARATION - SEP.} PADA 231". SELAIN ALPHA2, BINTANG IOTA MEMPUNYAI 'KOMPANI' YANG BERMAGNITUD +9.5, PA PADA SUDUT 1110, SEP. PADA 58.6". SATU LAGI BINTANG BINARI DALAM BURUJ LIBRA IALAH STRUVE 1962 YANG MEMPUNYAI MAGNITUD +6.5 DENGAN 'KOMPANI' BERMAGNITUD +6.6; PA PADA SUDUT 1880; DAN SEP. PADA 11.9".

BINTANG VARIABLE:
BURUJ LIBRA MEMPUNYAI SATU BINTANG VARIABLE IAITU BINTANG DELTA. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ALGOL-TYPE" VARIABLE. BINTANG DELTA BERUBAH MAGNITUD DARI +4.9 HINGGA +5.9 DALAM MASA 2.3 HARI. {ALGOL-TYPE VARIABLE MELALUI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT}

PEMERHATIAN:
BURUJ LIBRA BOLEH DICERAP PADA BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM, PADA BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM, MANAKALA PADA BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM.

OBJEK 'DEEP SKY':

Friday, April 19, 2013

RENUNGAN JUMAAT


"... DEMI LANGIT YANG MEMPUNYAI GUGUSAN BINTANG..."

               SURAH AL BURUUJ (JUZ 30) AYAT 1


"... DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN GUGUSAN BINTANG-BINTANG (DI LANGIT) DAN KAMI TELAH MENGHIASI LANGIT ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MEMANDANG (NYA)..."

               SURAH AL HIJR (JUZ 14) AYAT 16


"... MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN DI LANGIT GUGUSAN-GUGUSAN BINTANG DAN DIA MENJADIKAN JUGA PADANYA MATAHARI DAN BULAN YANG BERCAHAYA. DAN DIA (PULA) YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG SILIH BERGANTI BAGI ORANG YANG INGIN MENGAMBIL PELAJARAN ATAU ORANG YANG INGIN BERSYUKUR..."

              SURAH AL FURQAAN (JUZ 19) AYAT 61 DAN 62

Thursday, April 18, 2013

MENGENALI BURUJ - GEMINI

BURUJ GEMINI (KEMBAR)





DESKRIPSI:
BURUJ GEMINI DIGAMBARKAN SEBAGAI "KEMBAR" (TWINS). MENURUT MITOS ORANG GREEK, 'KEMBAR' INI MEMPUNYAI IBU YANG SAMA TETAPI BERLAINAN BAPA. BINTANG ALPHA (CASTOR) BERBAPAKAN TYNDARES (KING OF SPARTA), MANAKALA BAPA BINTANG BETA (POLLUX) IALAH ZEUS. IBU KEPADA 'KEMBAR' INI IALAH LEDA. KEDUA-DUA BINTANG (ALPHA DAN BETA) MERUPAKAN KEPALA KEPADA BURUJ INI.

SINGKATAN:
GEM

KEDUDUKAN BURUJ DI LANGIT:
BURUJ INI BERSEBELAHAN DENGAN BURUJ TAURUS DAN BURUJ ORION DI SEBELAH BARAT. BURUJ AURIGA DAN BURUJ LYNX BERADA DISEBELAH UTARA. BURUJ CANCER PULA DI SEBELAH TIMUR. MANAKALA BURUJ CANIS MINOR DAN BURUJ MONOCEROS BERADA DI SEBELAH SELATAN.

BINTANG-BINTANG BURUJ GEMINI:
DENGAN KELUASAN 514 SQUARE DEGREE, BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA +1.1 HINGGA +5.5. BINTANG YANG PALING CERAH IALAH BETA (POLLUX) BERMAGNITUD +1.1. DIIKUTI BINTANG ALPHA (CASTOR; +1.6), GAMMA (ALHENA; +1.9), MU (TEJAT POSTERIOR; +2.9), EPSILON (MEBSUTA; +3.0), ETA (TEJAT PRIOR ATAU PROPUS; +3.3), XI (ALZIRR; +3.4), DELTA (WASAT; +3.5), KAPPA (+3.6), LAMBDA (+3.6), ZETA (MEKBUTA; +3.7), IOTA (+3.8) DAN LAIN-LAIN LAGI.

BINTANG BINARI (BINARY): 
BINTANG BINARI ADALAH BINTANG YANG MEMPUNYAI SATU ATAU LEBIH BINTANG YANG DAPAT DILIHAT PADA SUDUT YANG SAMA DENGAN BINTANG TERSEBUT. IA MENJADIKAN BINTANG YANG LEBIH MALAP MAGNITUDNYA SEBAGAI 'KOMPANI'NYA. BINTANG BINARI JUGA KEMUNGKINAN MEMPUNYAI BINTANG LAIN YANG BEREDAR MENGELILINGNYA ATAU MEREKA MENG'ORBIT'KAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
BINTANG BINARI DI DALAM BURUJ GEMINI IALAH BINTANG ALPHA. ALPHA BERMAGNITUD +1.6, SEMENTARA BINTANG 'KOMPANI'NYA (COMPANION) BERMAGNITUD +3.0 DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - PA) 65O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP.) 3.9". SELAIN ITU, DELTA DENGAN KOMPANI +8.2; PA PADA 225O; DAN SEP. PADA 5.8". BINTANG ETA MEMPUNYAI KOMPANI BERMAGNITUD +8.8; PA PADA 266O; DAN SEP. PADA 1.4".

BINTANG VARIABLE:
BINTANG VARIABLE ADALAH BINTANG YANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG BERUBAH SAMAADA MENJADI SEMAKIN MALAP ATAU TERANG DALAM TEMPAOH MASA TERTENTU.
BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BINTANG VARIABLE IAITU ZETA YANG BERMAGNITUD DARI +3.62 BERUBAH KE +4.18 SETIAP 10.15 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'CEPHEID VARIABLE'. SATU LAGI BINTANG VARIABLE IALAH ETA YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +3.2 KE +3.9 DALAM TEMPOH MASA 232.9 HARI DAN DIKELASKAN SEBAGAI 'SEMI-REGULAR VARIABLE'.

PEMERHATIAN:
BURUJ GEMINI BOLEH DICERAP PADA BULAN MAC PADA PUKUL 9 MALAM. PADA BULAN BERIKUTNYA, BURUJ GEMINI DAPAT DICERAP PADA PUKUL 8 MALAM.

HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
HUJAN METEOR YANG BERLAKU BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ GEMINI DINAMAKAN "GEMINID METEOR SHOWER" YANG BERLAKU PADA 13 DAN 14 DESEMBER SETIAP TAHUN. GEMINID MERUPAKAN SALAH SATU HUJAN METEOR YANG MENARIK KERANA IA BOLEH MENGHASILKAN SEHINGGA 100 METEOR DALAM SATU JAM. 

OBJEK 'DEEP SKY':
OBJEK 'DEEP SKY' YANG TERDAPAT DI DALAM LINGKUNGAN BURUJ GEMINI IALAH M35 ATAU NGC2168. IA MERUPAKAN 'KLUSTER TERBUKA' (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +5.10 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) PADA +12.00. NGC2392 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ESKIMO NEBULA' (SUNGGUH MENARIK) MERUPAKAN 'PLANET NABULA' (PLANETARY NEBULA) BERMAGNITUD +8.60 DAN KECERAHAN +6.80. SELAIN DARI ITU, NGC2395 (MAGNITUD +8.00; KECERAHAN +13.14), NGC2420 (+8.30; +13.04), NGC2331 (+8.50; +14.52) DAN NGC2266 (+9.50; +13.47) ADALAH MERUPAKAN 'KLUSTER TERBUKA'.


M35 (NGC2168)


NGC2392


NGC2420


NGC2331


NGC2266

SELAMAT BER'STAR GAZING', ASTRONOMERS.

SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU PERTANYAAN, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"





Wednesday, April 17, 2013

KALA MALAM LANGIT CERAH










SEBARANG PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN, SILA E-MAILKAN KE

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"






Monday, April 15, 2013

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 40

MESSIER 40


BURUJ:   URSA MAJOR

KELAS:   BINTANG BERKEMBAR

LOKASI:   12h 22m 12s  /  +58o 04' 58" (BINTANG A)

                  12h 22m 18s  /  +58o 05' 10" (BINTANG B)

JARAK:   1,013 TAHUN CAHAYA (BINTANG A)

                  470 TAHUN CAHAYA (BINTANG B)   

MAGNITUD:   +9.64 (BINTANG A)

                        +10.11 (BINTANG B)

MESSIER 40 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'WINNECKE 4' ADALAH SEBUAH KUMPULAN DUA BIJI BINTANG (DOUBLE STARS) YANG BERADA DI DALAM BURUJ URSA MAJOR DI HEMISFERA UTARA. CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN M40 SEMASA BELIAU MEMBUAT CERAPAN UNTUK MENCARI 'NEBULA' YANG TELAH DICATATKAN DI KAWASAN TERSEBUT OLEH JOHANNES HEVELIUS, SEORANG AHLI ASTRONOMI POLAND PADA KURUN KE 17.

SEBENARNYA CHARLES MESSIER TIDAK MENEMUI SEBARANG 'NEBULA' DI KAWASAN TERSEBUT KERANA 'OBJEK' TERSEBUT BERMAGNITUD LEBIH TINGGI DARI 'BINTANG BERKEMBAR' YANG DISANGKAKAN 'NEBULA' OLEH CHARLES MESSIER. BELIAU TELAH MEREKODKAN 'BINTANG BERKEMBAR' TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 40' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'. WALAUPUN PADA SANGKAAN MESSIER, ITU ADALAH 'NEBULA'.

BINTANG BERKEMBAR TERSEBUT TELAH DITEMUI SEMULA OLEH FRIEDRICH AUGUST THEODOR WINNECKE DALAM TAHUN 1863. BELIAU TELAH MEMASUKI PENEMUAN TERSEBUT KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE WINNECKE CATALOGUE OF DOUBLE STARS' SEBAGAI 'WINNECKE 4'. DALAM TAHUN 1991, 'JARAK PERPISAHAN' (THE SEPARATION) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT TELAH DIUKUR PADA JARAK 51.7" (ARCSECONDS).

PERKARA TERSEBUT TIDAK LEBIH HANYALAH 'BINTANG BERKEMBAR' SECARA 'PENGLIHATAN' (OPTICAL), DAN TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN FIZIKAL SEPERTI 'SISTEM BINARI' (BINARY SYSTEM). BINTANG A, HD238107, KELIHATAN LEBIH CERAH, WALAUPUN BERADA DUA KALI GANDA JAUHNYA DARIPADA BINTANG B, HD238108. M40 BUKANLAH OBJEK 'DEEP SKY', TETAPI HANYALAH DIKATALOGKAN OLEH CHARLES MESSIER SECARA 'TIDAK SENGAJA' ATAU 'TERSILAP' (BY MISTAKE).






camp.astronomy@gmail.com









 

 

Friday, April 12, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"...MAKA APAKAH MEREKA TIDAK MELIHAT AKAN LANGIT YANG ADA DI ATAS MEREKA, BAGAIMANA KAMI MENINGGIKANNYA DAN MENGHIASINYA DAN LANGIT ITU TIDAK MEMPUNYAI RETAK-RETAK SEDIKITPUN?. DAN KAMI HAMPARKAN BUMI ITU DAN KAMI LETAKKAN PADANYA GUNUNG-GUNUNG YANG KUKUH DAN KAMI TUMBUHKAN PADANYA SEGALA MACAM TANAMAN YANG INDAH DIPANDANG MATA, UNTUK MENJADI PELAJARAN DAN PERINGATAN BAGI TIAP-TIAP HAMBA YANG KEMBALI (MENGINGATI ALLAH). DAN KAMI TURUNKAN DARI LANGIT AIR YANG BANYAK MANAFAATNYA LALU KAMI TUMBUHKAN DENGAN AIR ITU POHON-POHON DAN BIJI-BIJI TANAMAN YANG DIKETAM. ..."

                 SURAH QAAF, JUZ 26, AYAT 6 HINGGA 9

Friday, April 5, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... KAMI TIADA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA ANTARA KEDUANYA MELAINKAN DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR DAN DALAM MASA YANG DITENTUKAN. DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR BERPALING DARI APA YANG DIPERINGATKAN KEPADA MEREKA. ..."

                                   SURAH AL AHQAAF , JUZ 26, AYAT 3

"... KATAKANLAH: 'TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG APA YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH; PERLIHATKAN KEPADA-KU APAKAH YANG TELAH MEREKA CIPTAKAN DARI BUMI INI ATAU ADAKAH MEREKA BERSERIKAT (DENGAN ALLAH) DALAM (PENCIPTAAN) LANGIT? BAWALAH KEPADA-KU KITAB YANG SEBELUM (A L-QURAN) INI ATAU PENINGGALAN DARI PENGETAHUAN (ORANG-ORANG DAHULU), JIKA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BENAR ..."

                                  SURAH AL AHQAAF, JUZ 26, AYAT 4

"... DAN APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN DIA TIDAK MERASA PAYAH KERANA MENCIPTAKANNYA, KUASA MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG MATI? YA (BAHKAN) SESUNGGUHNYA DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU. ..."

                                 SURAH AL AHQAAF, JUZ 26, AYAT 33