Monday, January 16, 2023

OBJEK DI LANGIT - NGC6872

 NGC6872


BURUJ:   PAVO

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   20h 16m 56s  /  -70o 46' 04"

JARAK:   212 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.69

SAIZ:   6'.0   X  1'.7

KATEGORI:   SB(s)b pec

NGC6872 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PAVO DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CONDOR GALAXY' IAITU SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG SUNGGUH BESAR. NGC6872 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH PADA 27hb JUN, 1835. 

NGC6872 MEMPUNYAI DUA 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) MEMANJANG DENGAN UKURAN DIAMETER MELEBIHI 522,000 TAHUN CAHAYA, MENJADIKAN IA GALAKSI BERPUTAR YANG TERPANJANG PERNAH DIKETAHUI. TERDAPAT BINTANG-BINTANG 'TUA' (OLDER STARS) SERTA KADAR PEMBENTUKAN BINTANG (STAR FORMATION) YANG RENDAH DI KAWASAN 'TENGAH TERAS' (CENTRAL REGION)

WALAU BAGAIMANAPUN, KADAR PEMBENTUKAN BINTANG (STAR FORMATION) SEMAKIN MENINGKAT 'TINGGI' SEPANJANG 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS), SEMAKIN JAUH DARI 'TERAS' GALAKSI, KADAR MENJADI SEMAKIN 'TINGGI' DENGAN KAWASAN YANG PALING AKTIF TERLETAK DI KAWASAN 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT (NORTH-EAST). KADAR PEMBENTUKAN BINTANG PADA 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT ADALAH DUA KALI GANDA BERBANDING 'LENGAN' PADA SEBELAH BARAT-DAYA (SOUTH-WEST).

NGC6872 BERINTERAKSI DENGAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK 'KEKACANG' (LENTICULAR) IAITU IC4970 YANG MEMPUNYAI SAIZ SEPARUH DARI SAIZ NGC6872. DILAPORKAN, IC4970 BERGERAK MENGHAMPIRI NGC6872 BERDEKATAN DENGAN 'CAKERA BERPUTAR' NGC6872. INTERAKSI ANTARA IC4970 DENGAN NGC6872 TELAH MENGHASILKAN PEMBENTUKAN BINTANG YANG SUNGGUH PENTING KEPADA KADAR PEMBENTUKAN BINTANG PADA 'LENGAN' DI SEBELAH TIMUR-LAUT. BEGITU JUGA TERJADI KEPADA BAHAGIAN 'LENGAN' DI SEBELAH BARAT-DAYA.

PENEMUAN PUNCA 'ULTRA-UNGU' YANG AMAT TERANG TELAH DIJUMPAI PADA PENGHUJUNG 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT SEJAUH 290,000 TAHUN CAHAYA DARI 'NUKLIUS', BERKEMUNGKINAN MEMBENTUK DAN MENGHASILKAN 'OMBAK GALAKSI KERDIL' (TIDAL DWARF GALAXY) DARI INTERAKSI ANTARA NGC6872 DENGAN IC4970 TERSEBUT.     







camp.astronomy@gmail.com














No comments:

Post a Comment