NGC3532
BURUJ: CARINA
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 11h 05m 40s / -58o 46' 14"
JARAK: 1,321 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +3.0
SAIZ: 12'.0 X 12'.0
KATEGORI: II1m
NGC3532 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'PINCUSHION CLUTER', 'FOOTBALL CLUSTER', NAMUN LEBIH DIKENALI DENGAN 'THE WISHING WELL CLUSTER' KERANA BINTANG-BINTANG KELIHATAN SEPERTI DUIT-DUIT SILING 'PERAK' (SILVER COINS) YANG BERTIMBUNAN DI DASAR SEBUAH 'PERIGI HAJAT' (WISHING WELL).
SELAIN ITU, IA JUGA DISENARAIKAN SEBAGAI 'CR238' DI DALAM KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER, PADA TAHUN 1931.
MALAH NGC3532 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL91' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE CALDWELL CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS YANG TERDIRI DARI 109 OBJEK YANG MENGANDUNGI NEBULA, GALAKSI SERTA KLUSTER BINTANG YANG DITERBITKAN PADA DISEMBER 1995.
LEBIH MENARIK, IA JUGA TERSENARAI SEBAGAI 'MEL103' DI DALAM KATALOG YANG DISUSUN OLEH PHILIBERT JACQUES MELOTTE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI BRITAIN, DI DALAM 'THE MELOTTE CATALOGUE'.
NGC3532 PERTAMA KALI TELAH DIKATALOGKAN OLEH NICOLAS LOUIS de LACAILLE DALAM BULAN JANUARI 1752. JOHN HERSCHEL AMAT MENGAGUMI NGC3532 SEBAGAI SALAH SATU HIMPUNAN KLUSTER BINTANG-BINTANG YANG TERBAIK YANG TERDAPAT DI ANGKASA.
NGC3532 MEMPUNYAI SEBANYAK 150 BIJI BINTANG DENGAN MAGNITUD 7 SERTA KE ATAS (SEMAKIN SAMAR) (FAINTER) TERMASUK TUJUH BIJI BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH) DAN 7 BIJI BINTANG 'WHITE DWARF' (KERDIL PUTIH). SESETENGAH DARI BINTANG-BINTANG TERSEBUT MASIH BERCAHAYA DENGAN KEPANASAN CAHAYA BERWARNA KEBIRU-BIRUAN, TETAPI BANYAK JUGA BINTANG-BINTANG YANG LEBIH 'BESAR' (MASSIVE) YANG TELAH KEHABISAN BEKALAN GAS HIDROGEN, TELAH BERUBAH MENJADI BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH) DAN BERSINAR DENGAN CAHAYA 'KEJINGGA-JINGGAAN'.
No comments:
Post a Comment