"...DAN DI BAKAR DI DALAM NERAKA.
SESUNGGUHNYA (YANG DISEBUTKAN INI) ADALAH SUATU KEYAKINAN YANG BENAR.
MAKA BERTASBIHLAH DENGAN (MENYEBUT) NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR..."
SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 94 HNGGA 96, JUZUK 27
"...DAN DI BAKAR DI DALAM NERAKA.
SESUNGGUHNYA (YANG DISEBUTKAN INI) ADALAH SUATU KEYAKINAN YANG BENAR.
MAKA BERTASBIHLAH DENGAN (MENYEBUT) NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR..."
SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 94 HNGGA 96, JUZUK 27
NGC3532
BURUJ: CARINA
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 11h 05m 40s / -58o 46' 14"
JARAK: 1,321 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +3.0
SAIZ: 12'.0 X 12'.0
KATEGORI: II1m
NGC3532 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'PINCUSHION CLUTER', 'FOOTBALL CLUSTER', NAMUN LEBIH DIKENALI DENGAN 'THE WISHING WELL CLUSTER' KERANA BINTANG-BINTANG KELIHATAN SEPERTI DUIT-DUIT SILING 'PERAK' (SILVER COINS) YANG BERTIMBUNAN DI DASAR SEBUAH 'PERIGI HAJAT' (WISHING WELL).
SELAIN ITU, IA JUGA DISENARAIKAN SEBAGAI 'CR238' DI DALAM KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER, PADA TAHUN 1931.
MALAH NGC3532 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL91' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE CALDWELL CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS YANG TERDIRI DARI 109 OBJEK YANG MENGANDUNGI NEBULA, GALAKSI SERTA KLUSTER BINTANG YANG DITERBITKAN PADA DISEMBER 1995.
LEBIH MENARIK, IA JUGA TERSENARAI SEBAGAI 'MEL103' DI DALAM KATALOG YANG DISUSUN OLEH PHILIBERT JACQUES MELOTTE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI BRITAIN, DI DALAM 'THE MELOTTE CATALOGUE'.
NGC3532 PERTAMA KALI TELAH DIKATALOGKAN OLEH NICOLAS LOUIS de LACAILLE DALAM BULAN JANUARI 1752. JOHN HERSCHEL AMAT MENGAGUMI NGC3532 SEBAGAI SALAH SATU HIMPUNAN KLUSTER BINTANG-BINTANG YANG TERBAIK YANG TERDAPAT DI ANGKASA.
NGC3532 MEMPUNYAI SEBANYAK 150 BIJI BINTANG DENGAN MAGNITUD 7 SERTA KE ATAS (SEMAKIN SAMAR) (FAINTER) TERMASUK TUJUH BIJI BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH) DAN 7 BIJI BINTANG 'WHITE DWARF' (KERDIL PUTIH). SESETENGAH DARI BINTANG-BINTANG TERSEBUT MASIH BERCAHAYA DENGAN KEPANASAN CAHAYA BERWARNA KEBIRU-BIRUAN, TETAPI BANYAK JUGA BINTANG-BINTANG YANG LEBIH 'BESAR' (MASSIVE) YANG TELAH KEHABISAN BEKALAN GAS HIDROGEN, TELAH BERUBAH MENJADI BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH) DAN BERSINAR DENGAN CAHAYA 'KEJINGGA-JINGGAAN'.
"MAKA KESELAMATAN BAGIMU KERANA KAMU DARI GOLONGAN KANAN.
DAN ADAPUN JIKA DIA TERMASUK GOLONGAN ORANG YANG MENDUSTAKAN LAGI SESAT,
MAKA DIA MENDAPAT HIDANGAN AIR YANG MENDIDIH..."
SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 91 HINGGA 93, JUZUK 27
NGC6872
BURUJ: PAVO
KELAS: GALAKSI BERPUTAR
LOKASI: 20h 16m 56s / -70o 46' 04"
JARAK: 212 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +10.69
SAIZ: 6'.0 X 1'.7
KATEGORI: SB(s)b pec
NGC6872 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PAVO DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CONDOR GALAXY' IAITU SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG SUNGGUH BESAR. NGC6872 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH PADA 27hb JUN, 1835.
NGC6872 MEMPUNYAI DUA 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) MEMANJANG DENGAN UKURAN DIAMETER MELEBIHI 522,000 TAHUN CAHAYA, MENJADIKAN IA GALAKSI BERPUTAR YANG TERPANJANG PERNAH DIKETAHUI. TERDAPAT BINTANG-BINTANG 'TUA' (OLDER STARS) SERTA KADAR PEMBENTUKAN BINTANG (STAR FORMATION) YANG RENDAH DI KAWASAN 'TENGAH TERAS' (CENTRAL REGION).
WALAU BAGAIMANAPUN, KADAR PEMBENTUKAN BINTANG (STAR FORMATION) SEMAKIN MENINGKAT 'TINGGI' SEPANJANG 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS), SEMAKIN JAUH DARI 'TERAS' GALAKSI, KADAR MENJADI SEMAKIN 'TINGGI' DENGAN KAWASAN YANG PALING AKTIF TERLETAK DI KAWASAN 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT (NORTH-EAST). KADAR PEMBENTUKAN BINTANG PADA 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT ADALAH DUA KALI GANDA BERBANDING 'LENGAN' PADA SEBELAH BARAT-DAYA (SOUTH-WEST).
NGC6872 BERINTERAKSI DENGAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK 'KEKACANG' (LENTICULAR) IAITU IC4970 YANG MEMPUNYAI SAIZ SEPARUH DARI SAIZ NGC6872. DILAPORKAN, IC4970 BERGERAK MENGHAMPIRI NGC6872 BERDEKATAN DENGAN 'CAKERA BERPUTAR' NGC6872. INTERAKSI ANTARA IC4970 DENGAN NGC6872 TELAH MENGHASILKAN PEMBENTUKAN BINTANG YANG SUNGGUH PENTING KEPADA KADAR PEMBENTUKAN BINTANG PADA 'LENGAN' DI SEBELAH TIMUR-LAUT. BEGITU JUGA TERJADI KEPADA BAHAGIAN 'LENGAN' DI SEBELAH BARAT-DAYA.
PENEMUAN PUNCA 'ULTRA-UNGU' YANG AMAT TERANG TELAH DIJUMPAI PADA PENGHUJUNG 'LENGAN' SEBELAH TIMUR-LAUT SEJAUH 290,000 TAHUN CAHAYA DARI 'NUKLIUS', BERKEMUNGKINAN MEMBENTUK DAN MENGHASILKAN 'OMBAK GALAKSI KERDIL' (TIDAL DWARF GALAXY) DARI INTERAKSI ANTARA NGC6872 DENGAN IC4970 TERSEBUT.
"ADAPUN JIKA DIA (ORANG YANG MATI) TERMASUK ORANG YANG DIDEKATKAN (KEPADA ALLAH),
MAKA DIA MEMPEROLEH KETENTERAMAN DAN REZEKI SERTA SYURGA KENIKMATAN.
DAN ADAPUN JIKA DIA TERMASUK GOLONGAN KANAN,
SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 88 HINGGA 90, JUZUK 27
"DAN KAMI LEBIH DEKAT KEPADANYA DARIPADA KAMU. TETAPI KAMU TIDAK MELIHAT,
MAKA MENGAPA JIKA KAMU TIDAK DIKUASAI (OLEH ALLAH)?
KAMU TIDAK MENGEMBALIKAN NYAWA ITU (KEPADA TEMPATNYA) JIKA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BENAR?..."
SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 85 HNGGA 87, JUZUK 27
NGC6369
BURUJ: OPHIUCHUS
KELAS: NEBULA
LOKASI: 17h 29m 20s / -23o 45' 34"
JARAK: 2,000 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +11.40
SAIZ: 0.63 X 0'.63
NGC6369 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE GHOST NEBULA' KERANA IA KELIHATAN KECIL DAN AWAN MENYELIPUTI DI SEKELILING BINTANG 'PUDAR' (FAINT) YANG MENGHAMPIRI PENAMAT HAYAT PUTARAN HIDUPNYA.
NGC6369 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1784.