Monday, October 17, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC613

 NGC613


BURUJ:   SCULPTOR

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   01h 34m 18s  /  -29o 25' 05"

JARAK:   67.51 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +12.7

SAIZ:   5'.48  X  4'.51

KATEGORI:   SB(rs)bc

NGC613 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCULPTOR DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL, SE ORANG AHLI ASTRONOMI GERMAN, PADA 9hb DISEMBER, 1798. SELAIN WILLIAM HERSCHEL, NGC613 JUGA TELAH DICERAP OLEH JAMES DUNLOP IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND PADA 5hb OGOS, 1826 DAN DIIKUTI OLEH JOHN HERSCHEL PADA 14hb SEPTEMBER, 1830.

NGC613 MEMPUNYAI 'PALANG' (BAR) YANG LEBIH LEBAR JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'PALANG' GALAKSI BERPUTAR YANG NORMAL. NAMUN BEGITU, 'PALANG' NGC613 KELIHATAN AGAK TIDAK NORMAL PADA KEDUDUKAN SUDUT PADA 115o HINGGA KE SUDUT 124o SERTA LORONG-LORONG DEBU (DUST LANES) YANG TERDAPAT SEPANJANG SISI-SISI UTAMA.

PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG TERJADI DI PENGHUJUNG 'PALANG' DAN BERTERUSAN SEPANJANG 'LENGAN' BERPUTAR GALAKSI NGC613. DARI PEMERHATIAN DAN CERAPAN, TERDAPAT KEHADIRAN 'LOHONG HITAM' YANG SANGAT BESAR DI GALAKSI NGC613. TERDAPAT JUGA SUPERNOVA SN2016gkg YANG TELAH MEMULAI UNTUK MELETUS.

NGC613 DIKATEGORIKAN SEBAGAI SB(rs)bc YANG MANA DIDEFINASIKAN SEBAGAI GALAKSI YANG MEMPUNYAI 'PALANG' MELINTASI 'NUKLEUS' - SB; STRUKTUR 'LINGKARAN DALAMAN' YANG LEMAH MENGELILINGI 'PALANG' - rs; DAN PUSINGAN 'LENGAN' BERPUTAR YANG 'SEDERHANA' HINGGA 'LONGGAR' - bc.







camp.astronomy@gmail.com












No comments:

Post a Comment