NGC246
BURUJ: CETUS
KELAS: NEBULA
LOKASI: 00h 47m 03s / -11o 52' 18"
JARAK: 1,600 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +10.9
SAIZ: 4'.08 X 4'.08
NGC246 ADALAH SENUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CETUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SKULL NEBULA' KERANA BENTUK DAN PENAMPILAN NEBULA NGC246 INI MENYERUPAI RUPA 'TENGKORAK' (SKULL).
NGC246 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27hb NOVEMBER, 1785. KEMUDIAN, JOHN HERSCHEL, ANAK WILLIAM HERSCHEL, MENCERAP NGC246 PADA 16hb OKTOBER, 1830.
NGC246 MERUPAKAN NEBULA YANG SAMAR DAN KABUR, TETAPI MEMPUNYAI SAIZ YANG BESAR DENGAN EMPAT BIJI BINTANG TERDAPAT DI DALAM NEBULA TERSEBUT. IANYA TERBENTUK DARI BINTANG -BINTANG BINARI YANG KABUR YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' NEBULA; DI MANA BINTANG-BINTANG TERSEBUT DI PERINGKAT 'AKHIR' (LAST STAGE) PUSINGAN HAYAT BINTANG-BINTANG MEREKA.
BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERUBAH DARI BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH KEPADA BINTANG 'KERDIL' (DWARF) BERWARNA PUTIH. IA MERUPAKAN BINTANG PERTAMA YANG MEMPUNYAI 'SISTEM TIGA-BINTANG' (TRIPLE-STAR SYSTEM) DIKETAHUI PERNAH WUJUD DI DALAM NEBULA PLANETARI.
No comments:
Post a Comment