Monday, October 31, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC2360

 NGC2360


BURUJ:   CANIS MAJOR

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   07h 17m 43s  /  -15o 38' 29"

JARAK:   3,700 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.2

SAIZ:   13'.0  X  13'.0

JENIS:   II2m

NGC2360 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CAROLINE'S CLUSTER' KERANA NGC2360 DITEMUI OLEH CAROLINE HERSCHEL IAITU ADIK KEPADA WILLIAM HERSCHEL, PADA 26hb FEBRUARI, 1783. WILLIAM HERSCHEL TELAH MEMASUKKAN 'KLUSTER' TERSEBUT KE DALAM KATALOG TAHUN 1786 SENARAI 1,000 KLUSTER DAN NEBULA SEBAGAI MENGHARGAI DAN MENGIKTIRAF CAROLINE SEBAGAI 'ORANG YANG MENJUMPAI' NGC2360.

SELAIN ITU, NGC2360 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 58', 'CR134' SERTA 'MEL64'. 

TERDAPAT LEBIH KURANG 45 BIJI BINTANG DI DALAM KLUSTER TERBUKA INI DENGAN KEBANYAKAN MEMPUNYAI WARNA YANG SAMA SERTA MEMPUNYAI 'KECERAHAN' YANG HAMPIR SAMA. BINTANG YANG PALING 'CERAH' DI DALAM KLUSTER INI BERMAGNITUD +8.96, HD56847, YANG KELIHATAN BERADA DI DALAM HIMPUNAN BINTANG-BINTANG DI KLUSTER NGC2360








camp.astronomy@gmail.com















Friday, October 28, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 41 - 46



"...DAN GOLONGAN KIRI, SIAPAKAH GOLONGAN KIRI ITU.

DALAM (SEKSAAN) ANGIN YANG AMAT PANAS DAN AIR YANG PANAS YANG MENDIDIH,

DAN DALAM NAUNGAN ASAP YANG HITAM.

TIDAK SEJUK DAN TIDAK MENYENANGKAN.

SESUNGGUHNYA MEREKA SEBELUM ITU HIDUP BERMEWAH-MEWAH.

DAN MEREKA TERUS-MENERUS MENGERJAKAN DOSA YANG BESAR..."


SURAH AL WAAQI'AH, AYAT 41 HINGGA 46, JUZUK 27

Monday, October 24, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6281

NGC6281


BURUJ:   SCORPIUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   17h 04m 41s  /  -37o 59' 07"

JARAK:   1,611 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.4

SAIZ:   10'.2  X  10'.2

KATEGORI:   II2p

NGC6281 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCORPIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 5hb JUN, 1826. NGC6281 JUGA TELAH DICERAP OLEH JOHN HERSCHEL IAITU ANAK KEPADA WILLIAM HERSCHEL, PADA TAHUN 1830.

NGC6281 MEMPUNYAI 55 BIJI BINTANG SEBAGAI ANGGOTA KLUSTER DENGAN BERMAGNITUD 13.50 ATAU LEBIH BESAR. BINTANG YANG PALING 'CERAH' BERMAGNITUD +9.0. NGC6281 BOLEH DILIHAT DENGAN 'MATA KASAR' DENGAN KEDUDUKANNYA 2o KE TIMUR BINTANG 'MU SCORPII' DI DALAM BURUJ SCORPIUS.

WALAUPUN NGC6281 MEMPUNYAI 'KECERAHAN'YANG PALING 'TERANG' DI KALANGAN KLUSTER TERBUKA DI DALAM BURUJ SCORPIUS, NAMUN IA TIDAK DIMASUKAN KE DALAM SENARAI 'KATALOG MESSIER' ATAU KE DALAM SENARAI 'KATALOG CALDWELL'.









camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, October 21, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 35 - 40



"...SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN MEREKA (BIDADARI-BIDADARI) DENGAN LANGSUNG,

DAN KAMI JADIKAN MEREKA GADIS-GADIS PERAWAN,

PENUH CINTA LAGI SEBAYA UMURNYA,

(KAMI CIPTAKAN MEREKA) UNTUK GOLONGAN KANAN,

(IAITU) SEGOLONGAN BESAR DARI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU,

DAN SEGOLONGAN BESAR PULA DARI ORANG YANG TERKEMUDIAN..."


SURAH AL WAAQI'AH, AYAT 35 HINGGA 40, JUZUK 27

Monday, October 17, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC613

 NGC613


BURUJ:   SCULPTOR

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   01h 34m 18s  /  -29o 25' 05"

JARAK:   67.51 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +12.7

SAIZ:   5'.48  X  4'.51

KATEGORI:   SB(rs)bc

NGC613 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCULPTOR DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL, SE ORANG AHLI ASTRONOMI GERMAN, PADA 9hb DISEMBER, 1798. SELAIN WILLIAM HERSCHEL, NGC613 JUGA TELAH DICERAP OLEH JAMES DUNLOP IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND PADA 5hb OGOS, 1826 DAN DIIKUTI OLEH JOHN HERSCHEL PADA 14hb SEPTEMBER, 1830.

NGC613 MEMPUNYAI 'PALANG' (BAR) YANG LEBIH LEBAR JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'PALANG' GALAKSI BERPUTAR YANG NORMAL. NAMUN BEGITU, 'PALANG' NGC613 KELIHATAN AGAK TIDAK NORMAL PADA KEDUDUKAN SUDUT PADA 115o HINGGA KE SUDUT 124o SERTA LORONG-LORONG DEBU (DUST LANES) YANG TERDAPAT SEPANJANG SISI-SISI UTAMA.

PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG TERJADI DI PENGHUJUNG 'PALANG' DAN BERTERUSAN SEPANJANG 'LENGAN' BERPUTAR GALAKSI NGC613. DARI PEMERHATIAN DAN CERAPAN, TERDAPAT KEHADIRAN 'LOHONG HITAM' YANG SANGAT BESAR DI GALAKSI NGC613. TERDAPAT JUGA SUPERNOVA SN2016gkg YANG TELAH MEMULAI UNTUK MELETUS.

NGC613 DIKATEGORIKAN SEBAGAI SB(rs)bc YANG MANA DIDEFINASIKAN SEBAGAI GALAKSI YANG MEMPUNYAI 'PALANG' MELINTASI 'NUKLEUS' - SB; STRUKTUR 'LINGKARAN DALAMAN' YANG LEMAH MENGELILINGI 'PALANG' - rs; DAN PUSINGAN 'LENGAN' BERPUTAR YANG 'SEDERHANA' HINGGA 'LONGGAR' - bc.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, October 14, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 31 - 34



"...DAN AIR YANG TERCURAH,

DAN BUAH-BUAHAN YANG BANYAK.

YANG TIDAK BERHENTI (BUAHNYA) DAN TIDAK TERLARANG MENGAMBILNYA,

DAN KASUR-KASUR YANG TEBAL LAGI EMPUK..."


SURAH AL WAAQI'AH, AYAT 31 HINGGA 34, JUZUK 27

Friday, October 7, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 25 - 30



"...MEREKA TIDAK MENDENGAR DI DALAMNYA PERKATAAN YANG SIA-SIA DAN TIDAK PULA PERKATAAN YANG MENIMBULKAN DOSA,

AKAN TETAPI MEREKA MENDENGARUCAPAN SALAM.

DAN GOLONGAN KANAN, ALANGKAH BAHAGIANYA GOLONGAN KANAN ITU.

BERADA DI ANTARA POHON BIDARA YANG TIDAK BERDURI,

DAN POHON PISANG YANG BERSUSUN-SUSUN (BUAHNYA),

DAN NAUNGAN YANG TERBENTANG LUAS..."


SURAH AL WAAQI'AH, AYAT 25 HINGGA 30, JUZUK 27

Monday, October 3, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH VLACQ

 KAWAH VLACQ


KATEGORI:   KAWAH



LOKASI:   KAWAH VLACQ BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIRAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 38.0o TIMUR SERTA 53.3o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH VLACQ MEMPUNYAI KELUASAN 92 KILOMETER PERSEGI DENGAN KEDALAMAN KAWAH SEHINGGA 3,000 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH VLACQ TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


KAWAH VLACQ ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TELAH 'ROSAK' BULATAN TEBING DI SEKELILINGNYA.

 

PEMERHATIAN:   KAWAH VLACQ ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP. BAGI TUJUAN PENCERAPAN, IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   UNTUK MENDAPAT HASIL PENCERAPAN KE ATAS KAWAH VLACQ YANG BAIK, PENGGUNAAN TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   KAWAH VLACQ TIDAK PERNAH DITEROKAI.


PENGHORMATAN:   KAWAH VLACQ DINAMAKAN SEMPENA NAMA ADRIAAN VLACQ IAITU SE ORANG AHLI MATEMATIK DAN JUGA PENERBIT BUKU BELANDA PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN DI GOUDA, BELANDA DALAM TAHUN 1600 DAN MENINGGAL DUNIA DI THE HAGUE, BELANDA PADA 8hb APRIL, 1667. VLACQ ADALAH PENGARANG 'THE TABLE OF LOGARITHMS' PADA TAHUN 1628. DALAM TAHUN 1632,BELIAU MENETAP DI LONDON, ENGLAND. NAMUN BEGITU, BELIAU BERPINDAH KE PARIS, PERANCHIS PADA TAHUN 1638 DISEBABKAN 'PERANG SAUDARA' DI ENGLAND. AKHIR SEKALI BELIAU MENETAP DI THE HAGUE, BELANDA SE HINGGA AKHIR HAYAT BELIAU.


camp.astronomy@gmail.com


OBJEK DI LANGIT - NGC246

NGC246


BURUJ:   CETUS

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   00h  47m  03s  /  -11o 52' 18"

JARAK:   1,600 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.9

SAIZ:   4'.08  X  4'.08

NGC246 ADALAH SENUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CETUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SKULL NEBULA' KERANA BENTUK DAN PENAMPILAN NEBULA NGC246 INI MENYERUPAI RUPA 'TENGKORAK' (SKULL).

NGC246 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27hb NOVEMBER, 1785. KEMUDIAN, JOHN HERSCHEL, ANAK WILLIAM HERSCHEL, MENCERAP NGC246 PADA 16hb OKTOBER, 1830.

NGC246 MERUPAKAN NEBULA YANG SAMAR DAN KABUR, TETAPI MEMPUNYAI SAIZ YANG BESAR DENGAN EMPAT BIJI BINTANG TERDAPAT DI DALAM NEBULA TERSEBUT. IANYA TERBENTUK DARI BINTANG -BINTANG BINARI YANG KABUR YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' NEBULA; DI MANA BINTANG-BINTANG TERSEBUT DI PERINGKAT 'AKHIR' (LAST STAGE) PUSINGAN HAYAT BINTANG-BINTANG MEREKA. 

BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERUBAH DARI BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH KEPADA BINTANG 'KERDIL' (DWARF) BERWARNA PUTIH. IA MERUPAKAN BINTANG PERTAMA YANG MEMPUNYAI 'SISTEM TIGA-BINTANG' (TRIPLE-STAR SYSTEM) DIKETAHUI PERNAH WUJUD DI DALAM NEBULA PLANETARI.







camp.astronomy@gmail.com