NGC2516
BURUJ: CARINA
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 07h 58m 20s / -60o 45' 12"
JARAK: 1,333 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +3.8
SAIZ: 24'.3 X 24'.3
KATEGORI: I 3 r
NGC2516 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SOUTHERN BEEHIVE' ATAU 'THE SPRINTER'. NGC2516 TELAH DITEMUKAN OLEH NICOLAS LOUIS de LACAILLE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, DALAM TAHUN 1751. MANAKALA, JOHN HERSCHEL TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS NGC2516 PADA 26hb DISEMBER, 1834.
NGC2516 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 96' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE CALDWELL CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS, YANG TERDIRI DARI 109 OBJEK YANG MENGANDUNGI NEBULA, GALAKSI SERTA KLUSTER BINTANG, YANG DITERBITKAN PADA DISEMBER, 1995. MANAKALA, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR 172' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PER COLLINDER IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN PADA TAHUN 1931.
NGC2516 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG DI MANA TERDAPAT DUA BIJI BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH DENGAN MAGNITUD LEBIH +5 SERTA TIGA BINTANG 'DOUBLE VISUAL' UTAMA IAITU HJ4027, HJ4031 DAN 129. BINTANG 'GIANT' MERAH BERMAGNITUD +5.8 ADALAH BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG 'BERGANDA' (DOUBLE STARS), MALAH TERDAPAT JUGA BINTANG 'BERTIGA' (TRIPLE STARS); DI MANA KECERAHAN MAGNITUD TERLETAK DI ANTARA DUA KELAS KECERAHAN IAITU 'KELAS CERAH' (BRIGHT STARS) DENGAN 'KELAS SAMAR' (FAINT STARS). TERDAPAT JUGA LEBIH KURANG ENAM BINTANG 'KERDIL' (DWARF STARS) BERWARNA PUTIH DI DALAM KLUSTER TERSEBUT. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER BERMAGNITUD ANTARA +7 KE MAGNITUD +13.
NGC2516 DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'I r 3' MERUJUK KEPADA 'THE TRUMLER TYPE OF CLASSIFICATION' DI MANA IA MEMPUNYAI 'PENUMPUAN' (CONCENTRATION) YANG 'PADAT' DI 'TERAS' (CENTRE) KLUSTER - 'I'; DENGAN KLUSTER MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG YANG CERAH DAN JUGA YANG SAMAR YANG JURANG PERBEZAAN YANG BEGITU KETARA SERTA KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG ADALAH BINTANG YANG 'SAMAR' (FAINT STARS) - '3'; DAN JUGA KLUSTER TERSEBUT MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG DI DALAMNYA - 'r'.
No comments:
Post a Comment