KAWAH VENDELINUS
KATEGORI: KAWAH (CRATER)
LOKASI: KAWAH VENDELINUS BERADA DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIR TIMUR 'MARE FECUNDITATIS IAITU PADA KOORDINAT 61.55o TIMUR; SERTA 16.46o SELATAN.
KELUASAN: KAWAH VENDELINUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 147 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 2,500 METER.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH VENDELINUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: KAWAH VENDELINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG MERUPAKAN KAWAH YANG TERBENTUK DARI 'HENTAMAN' OBJEK KE ATAS PERMUKAN BULAN.
PEMERHATIAN: KAWAH VENDELINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG MENARIK. IA BOLEH DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: BAGI TUJUAN MENCERAP KAWAH VENDELINUS, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10X SUDAH MENCUKUPI. NAMUN, BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG LEBIH MEMUASKAN, MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA 'RENDAH' AMAT DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH VENDELINUS.
PENGHORMATAN: KAWAH VENDELINUS TELAH DINAMAKAN SEMPENA SE ORANG AHLI ASTRONOMI BELGIUM IAITU GODEFRIDUS (GODEFROY) WENDELIN OLEH GIOVANNI RICCIOLI, DAN DIIFTIRAF OLEH PERSATUAN ASTRONOMI ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION). BELIAU DILAHIRKAN PADA 6hb JUN, 1580 DI HERK-de-STAD, PRINCE-BISHOPRIC OF LIEGE, BELGIUM. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 24hb OKTOBER, 1667 DI GHENT, COUNTY OF FLANDERS, BELGIUM KETIKA BERUSIA 87 TAHUN.
No comments:
Post a Comment