Monday, June 27, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC2516

NGC2516


BURUJ:   CARINA

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   07h 58m 20s  /  -60o 45' 12"

JARAK:   1,333 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +3.8

SAIZ:   24'.3  X  24'.3

KATEGORI:   I 3 r

NGC2516 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SOUTHERN BEEHIVE' ATAU 'THE SPRINTER'. NGC2516 TELAH DITEMUKAN OLEH NICOLAS LOUIS de LACAILLE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, DALAM TAHUN 1751. MANAKALA, JOHN HERSCHEL TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS NGC2516 PADA 26hb DISEMBER, 1834.

NGC2516 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 96' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE CALDWELL CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS, YANG TERDIRI DARI 109 OBJEK YANG MENGANDUNGI NEBULA, GALAKSI SERTA KLUSTER BINTANG, YANG DITERBITKAN PADA DISEMBER, 1995. MANAKALA, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR 172' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PER COLLINDER IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN PADA TAHUN 1931.

NGC2516 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG DI MANA TERDAPAT DUA BIJI BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH DENGAN MAGNITUD LEBIH +5 SERTA TIGA BINTANG 'DOUBLE VISUAL' UTAMA IAITU HJ4027, HJ4031 DAN 129. BINTANG 'GIANT' MERAH BERMAGNITUD +5.8 ADALAH BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.

TERDAPAT BEBERAPA BINTANG 'BERGANDA' (DOUBLE STARS), MALAH TERDAPAT JUGA BINTANG 'BERTIGA' (TRIPLE STARS); DI MANA KECERAHAN MAGNITUD TERLETAK DI ANTARA DUA KELAS KECERAHAN IAITU 'KELAS CERAH' (BRIGHT STARS) DENGAN 'KELAS SAMAR' (FAINT STARS). TERDAPAT JUGA LEBIH KURANG ENAM BINTANG 'KERDIL' (DWARF STARS) BERWARNA PUTIH DI DALAM KLUSTER TERSEBUT. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER BERMAGNITUD ANTARA +7 KE MAGNITUD +13. 

NGC2516 DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'I r 3' MERUJUK KEPADA 'THE TRUMLER TYPE OF CLASSIFICATION' DI MANA IA MEMPUNYAI 'PENUMPUAN' (CONCENTRATION) YANG 'PADAT' DI 'TERAS' (CENTRE) KLUSTER - 'I'; DENGAN KLUSTER MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG YANG CERAH DAN JUGA YANG SAMAR YANG JURANG PERBEZAAN YANG BEGITU KETARA SERTA KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG ADALAH BINTANG YANG 'SAMAR' (FAINT STARS) - '3'; DAN JUGA KLUSTER TERSEBUT MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG DI DALAMNYA - 'r'








camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, June 24, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 8 - 9



"...HAMPIR-HAMPIR (NERAKA) ITU TERPECAH-PECAH LANTARAN MARAH. SETIAP KALI DILEMPARKAN KE DALAMNYA SEKUMPULAN (ORANG-ORANG KAFIR), PENJAGA-PENJAGA (NERAKA ITU) BERTANYA KEPADA MEREKA: "APAKAH BELUM PERNAH DATANG KEPADA KAMU (DI DUNIA) SE OARANG PEMBERI PERINGATAN?"

MEREKA MENJAWAB: "BENAR ADA", SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMI SE ORANG PEMBERI PERINGATAN, MAKA KAMI MENDUSTAKAN(NYA) DAN KAMI KATAKAN:"ALLAH TIDAK MENURUNKAN SESUATUPUN: KAMU TIDAK LAIN HANYALAH DI DALAM KESESATAN YANG BESAR..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 8 DAN 9, JUZUK 29

Monday, June 20, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC2623

NGC2623


BURUJ:   CANCER

KELAS:   GALAKSI

LOKASI:   08h 38m 24s  /  +25o 45' 16"

JARAK:   255 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +13.36

SAIZ:   2'.39  X  0'.7

KATEGORI:   SAB cd

NGC2623 ADALAH SEBUAH GALAKSI 'GABUNGAN' (INTERACTING GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANCER DI HEMISFERA UTARA. GALAKSI 'GABUNGAN' ADALAH HASIL DARIPADA DUA BUAH GALAKSI YANG 'BERSATU' MENJADI SUATU GALAKSI YANG BAHARU.

NGC2623 TELAH DITEMUKAN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, EDWARD JEAN-MARIE STEPHAN PADA 19hb JANUARI, 1885. DISEBABKAN NGC2623 BERADA PADA PERINGKAT TERAKHIR PROSES 'PERCANTUMAN', KEMAMPATAN GAS DI DALAM GALAKSI TELAH MEMBAWA KEPADA PENINGKATAN 'PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG' SERTA KEUNIKAN STRUKTOR 'TERAS' YANG CERAH DENGAN DUA 'GELOMBANG' EKOR (TIDAL TAILS).  








camp.astronomy@gmail.com













 

Friday, June 17, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 6 - 7



"...DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR KEPADA TUHANNYA, MEMPEROLEH AZAB JAHANAM. DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI.

APABILA MEREKA DILEMPARKAN KE DALAMNYA MEREKA MENDENGAR SUARA NERAKA YANG MENGERIKAN, SEDANG NERAKA ITU MENGGELEGAK..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 6 DAN 7, JUZUK 29

Monday, June 13, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH VENDELINUS

KAWAH VENDELINUS


KATEGORI:   KAWAH (CRATER)


LOKASI:   KAWAH VENDELINUS BERADA DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIR TIMUR 'MARE FECUNDITATIS IAITU PADA KOORDINAT 61.55o TIMUR; SERTA 16.46o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH VENDELINUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 147 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 2,500 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH VENDELINUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   KAWAH VENDELINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG MERUPAKAN KAWAH YANG TERBENTUK DARI 'HENTAMAN' OBJEK KE ATAS PERMUKAN BULAN.


PEMERHATIAN:   KAWAH VENDELINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG MENARIK. IA BOLEH DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   BAGI TUJUAN MENCERAP KAWAH VENDELINUS, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10X SUDAH MENCUKUPI. NAMUN, BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG LEBIH MEMUASKAN, MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA 'RENDAH' AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH VENDELINUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH VENDELINUS TELAH DINAMAKAN SEMPENA SE ORANG AHLI ASTRONOMI BELGIUM IAITU GODEFRIDUS (GODEFROY)  WENDELIN OLEH GIOVANNI RICCIOLI, DAN DIIFTIRAF OLEH PERSATUAN ASTRONOMI ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION). BELIAU DILAHIRKAN PADA 6hb JUN, 1580 DI HERK-de-STAD, PRINCE-BISHOPRIC OF LIEGE, BELGIUM. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 24hb OKTOBER, 1667 DI GHENT, COUNTY OF FLANDERS, BELGIUM KETIKA BERUSIA 87 TAHUN.


camp.astronomy@gmail.com

    
 

Friday, June 10, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 4 - 5



"...KEMUDIAN PANDANGLAH SEKALI LAGI NESCAYA PENGLIHATANMU AKAN KEMBALI KEPADAMU DENGAN TIDAK MENEMUKAN SESUATU CACAT DAN PENGLIHATANMUITUPUN DALAM KEADAAN PAYAH.

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGHIASI LANGIT YANG DEKAT DENGAN BINTANG-BINTANG,DAN KAMI JADIKAN BINTANG-BINTANG ITU ALAT-ALAT PELEMPAR SYAITAN, DAN KAMI SEDIAKAN BAGI MEREKA SIKSA NERAKA YANG MENYALA-NYALA..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 4 DAN 5, JUZUK 29 

Monday, June 6, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6210

NGC6210


BURUJ:   HERCULES

KELAS:   NEBULA PLANETARI

LOKASI:   16h 44m 29s  /  +23o 47' 59"

JARAK:   6,600 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.65

SAIZ:   40'.0  X  30'.0

NGC6210 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ HERCULES DI HEMISFERA UTARA. NEBULA PLANETARI ADALAH SEJENIS NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG TERDIRI DARIPADA PENGEMBANGAN SERTA PENYERLAHAN KERANGKA DENGAN GAS YANG TELAH 'DIIONKAN' DINYAHKAN DARI BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH (RED GIANT STAR) DI PERINGKAT TERAKHIR FASA KEHIDUPAN BINTANG TERSEBUT YANG DIPANGGIL 'DYING STAR'.

NGC6210 TELAH DITEMUKAN OLEH JOSEPH LALANDE PADA 22hb MARCH, 1799. BELIAU TELAH MEREKODKAN NGC6210 SEBAGAI MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI SEBIJI BINTANG. PENGHARGAAN BAGI MENEMUAN NGC6210 TELAH DIBERIKAN KEPADA AHLI ASTRONOMI GERMAN, FRIEDRICH WILHEIM STRUVE PADA TAHUN 1825, YANG MENGKATEGORIKAN NGC6210 SEBAGAI SEBUAH 'NEBULA'.








camp.astronomy@gmail.com














Friday, June 3, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 1 - 3



"...MAHA SUCI ALLAH YANG DI TANGAN-NYALAH SEGALA KERAJAAN, DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.

YANG MENJADIKAN MATI DAN HIDUP, SUPAYA DIA MENGUJI KAMU, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG LEBIH BAIK AMALNYA. DAN DIA MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN,

YANG TELAH MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT BERLAPIS-LAPIS. KAMU SEKALI-KALI TIDAK MELIHAT PADA CIPTAAN TUHAN YANG MAHA PEMURAH SESUATU YANG TIDAK SEIMBANG. MAKA LIHATLAH BERULANG-ULANG, ADAKAH KAMU LIHAT SESUATU YANG TIDAK SEIMBANG?..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 1 HINGGA 3, JUZUK 29