Monday, May 16, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6946

 NGC6946


BURUJ:   CEPHEUS DAN CYGNUS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   20h 34m 52s  /  +60o 09' 14"

JARAK:   22.5 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.6

SAIZ:   11'.5  X  9'.8

NGC6946 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI SEMPADAN ANTARA BURUJ CEPHIUS DAN BURUJ CYGNUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 9hb SEPTEMBER, 1798. NGC6946 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE FIREWORKS GALAXY' DENGAN KEDUDUKANNYA 'MENGHADAP' (FACE-ON) KE ARAH BUMI. IA TERLETAK DI DALAM KELOMPOK 'THE VIRGO SUPERCLUSTER'.

NGC6946 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR BERSAIZ 'PERTENGAHAN' (INTERMEDIATE) DENGAN NUKLEUS YANG KECIL DAN CERAH. DENGAN DIAMETER LEBIH KURANG 40,000 TAHUN CAHAYA, IAITU LEBIH KURANG 1/3 DARI SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY), NGC6946 MEMPUNYAI SECARA KASARNYA 1/2 DARIPADA BILANGAN BINTANG-BINTANG YANG DIMILIKI OLEH GALAKSI BIMA SAKTI.

TERDAPAT BEBERAPA OBJEK CAKERAWALA YANG AGAK ANEH YANG DAPAT DICERAP DI DALAM NGC6946. OBJEK 'RED ELLIPSE' SEPANJANG SALAH SATU 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) DI BAHAGIAN UTARA KELIHATAN SEPERTI 'SUPER-BUBBLE' (BUIH) ATAU SAKI-BAKI SUPERNOVA YANG BESAR KEMUNGKINAN TERBENTUK DARI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG YANG BESAR.

TERDAPAT DUA KAWASAN YANG PELIK DENGAN LORONG HITAM (DARK LANES) YANG KABUR-KABUR, MANAKALA ITU TERDAPAT BEBERAPA KAWASAN DI 'LENGAN BERPUTAR' KELIHATAN TANPA BINTANG-BINTANG DAN JUGA TANPA GAS HIDROGEN.

OBJEK KETIGA YANG AGAK GANJIL IALAH PENEMUAN DALAM TAHUN 1967 YANG DIKENALI SEBAGAI 'THE HODGE'S COMPLEX'. IA DIANGGAP SEBAGAI 'SUPERGIANT MUDA' (YOUNG), NAMUN DALAM TAHUN 2017, IA TELAH DIAGAK SEBAGAI SEBUAH 'GALAKSI KERDIL' (DWARF GALAXY) YANG BERINTERAKSI DAN BERTINDIHAN DENGAN NGC6946.

DARI PEMERHATIAN, TERDAPAT 10 BUAH 'SUPERNOVA' DI DALAM NGC6946; SN1917A, SN1939C, SN1948B, SN1968D, SN1969P, SN1980K, SN2002hh, SN2004et, SN2008S DAN SN2017eaw. BILANGAN 'SUPERNOVA' YANG DICERAP DI DALAM NGC6946 ADALAH BILANGAN 'SUPERNOVA' YANG TERBANYAK DARI MANA-MANA GALAKSI YANG LAIN.







camp.astronomy@gmail.com












No comments:

Post a Comment