Monday, May 9, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MESSALA

KAWAH MESSALA


KATEGORI:   KAWAH (CRATER)


LOKASI:   KAWAH MESSALA BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PINGGIR SEBELAH TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 59.9o TIMUR SERTA 39.2o UTARA.


KELUASAN:   KAWAH MESSALA MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 125 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 1,100 METER. 


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MESSALA TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   KAWAH MESSALA ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TERHASIL DARI 'KESAN HENTAMAN' DAN DIKATAGORIKAN SEBAGAI 'TANAH LAPANG BERTEBING' (WALLED PLAINS). MEMPUNYAI BENTUK 'BULAT' SERTA KECONDONGAN YANG AGAK CURAM DI BEBERAPA KAWASAN TEBING. HAMPIR BERSENTUHAN DENGAN BINGKAI KAWAH SCHUMACHER DI BAHAGIAN UTARA; KAWAH GEMINUS DI BAHAGIAN BARAT-BAYA; SERTA KAWAH BERNOULLI DI BAHAGIAN SELATAN. TERDAPAT JUGA KAWAH MESSALA E DAN KAWAH MESSALA F DI BAHAGIAN TIMUR. MANAKALA, TEBING DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH MESSALA B, KAWAH MESSALA J DI TEBING SEBELAH UTARA; MESSALA K PULA DI TEBING SEBELAH BARAT-LAUT.


LANTAI KAWAH YANG LANDAI DIPENUHI DENGAN 'LAVA' SERTA GUNUNG-GUNUNG KECIL DI 'TENGAH' KAWASAN KAWAH. JUGA KERETAKAN TERDAPAT DI LANTAI KAWAH DENGAN 'BUKIT-BUKIT' DAN 'BANJARAN' PUNCAK-PUNCAK DI DALAM KAWASAN KAWAH. SELAIN ITU, TERDAPAT 'GHOST CRATER' (KAWAH HANTU) DI SEBELAH BARAT DI LANTAI KAWAH MESSALA.


PEMERHATIAN:   KAWAH MESSALA ADALAH SEBUAH KAWAH SERTA LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH MESSALA, PENGGUNAA TEROPONG BERKUASA 10x SUDAH MEMADAI. NAMUN, UNTUK TUJUAN YANG LEBIH 'TERPERINCI', PENGGUNAAN TELESKOP AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MESSALA.


PENGHORMATAN:   KAWAH MESSALA DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTROLOGI, AHLI ASTRONOMI, SERTA AHLI MATHEMATIK KURUN KE LAPAN IAITU MASHALLA IBN ATHARI, SE ORANG YAHUDI PARSI. BELIAU DILAHIRKAN DI BASRA, IRAQ PADA TAHUN 740 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 815 DI BAGHDAD, IRAQ KETIKA BERUSIA 75 TAHUN. BELIAU HIDUP SEMASA PEMERINTAHAN AL-MANSUR DAN AL-MA'MUN. MASHALLA ADALAH ANTARA AHLI-AHLI ATAU PAKAR-PAKAR YANG TELAH MEMPERKENALKAN ASTROLOGI DAN ASTRONOMI DI BAGHDAD PADA AKHIR KURUN KE LAPAN SERTA PADA AWAL KURUN KE SEMBILAN. BELIAU BERKHIDMAT KEPADA KALIFAH ABBASIAH SERTA MENULIS BEBERAPA 'KERJA' BERKAITAN ASTROLOGI DI DALAM BAHASA ARAB.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment