Monday, May 30, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC4656

NGC4656


BURUJ:   CANES VENATICI

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   12h 43m  57s  /  +32o 10' 05"

JARAK:   30 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.0

SAIZ:   6.44'  X  0.66'

KATEGORI:   SB(s)m peC

NGC4656 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANES VENATICI DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE HOCKEY STICK GALAXY' ATAU 'THE CROWBAR GALAXY'. NGC4656 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 20hb MARCH, 1787. MANAKALA, JOHN HERSCHEL MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS NGC4656 PADA 29hb APRIL, 1827.








camp.astronomy@gmail.com
















Friday, May 27, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 57 - 60



"...MAKA PADA HARI ITU TIDAK BERMANFAAT (LAGI) BAGI ORANG-ORANG YANG ZALIM PERMINTAAN UZUR MEREKA, DAN TIDAK PULA MEREKA DIBERI KESEMPATAN BERTAUBAT LAGI.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI BUAT DALAM AL QURAN INI SEGALA MACAM PERUMPAMAAN UNTUK MANUSIA. DAN SESUNGGUHNYA JIKA KAMU MEMBAWA KEPADA MEREKA SUATU AYAT, PASTILAH ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU AKAN BERKATA: "KAMU TIDAK LAIN HANYALAH ORANG-ORANG YANG MEMBUAT KEPALSUAN BELAKA".

DEMIKIANLAH ALLAH MENGUNCI MATI HATI ORANG-ORANG YANG TIDAK (MAHU) MEMAHAMI.

MAKA BERSABARLAH KAMU, SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ADALAH BENAR DAN SEKALI-KALI JANGANLAH ORANG-ORANG YANG TIDAK MEYAKINI (KEBENARAN AYAT-AYAT ALLAH) ITU MENGGELISAHKAN KAMU..."


SURAH AR RUUM, AYAT 57 HINGGA 60, JUZUK 21 

Monday, May 23, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1261

NGC1261


BURUJ:   HOROLOGIUM

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   03h 12m 16s  /  -55o 12' 58"

JARAK:   53,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.63

SAIZ:   12'.9  X  12'.9

KATEGORI:   II

NGC1261 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ HOROLOGIUM DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 87' DI DALAM 'THE CALDWELL CATALOGUE' OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG ASTRONOMI AMATUR BERBANGSA ENGLISH. SELAIN ITU, IA JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'MEL 19' DI DALAM KATALOG YANG DISUSUN OLEH PHILIBERT JACQUES MELOTTE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI BRITAIN, DI DALAM 'THE MELOTTE CATALOGUE'.

NGC1261 TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 28hb SEPTEMBER, 1826. MANAKALA, JOHN HERSCHEL TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS NGC1261 PADA 5hb DISEMBER, 1834.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, May 20, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 54 - 56



"...ALLAH, DIALAH YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI KEADAAN LEMAH, KEMUDIAN DIA MENJADIKAN (KAMU) SESUDAH KEADAAN LEMAH ITU MENJADI KUAT, KEMUDIAN DIA MENJADIKAN (KAMU) SESUDAH KUAT ITU LEMAH (KEMBALI) DAN BERUBAN. DIA MENCIPTAKAN APA YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN DIALAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA KUASA.

DAN PADA HARI TERJADINYA KIAMAT, BERSUMPAHLAH ORANG-ORANG YANG BERDOSA; "MEREKA TIDAK BERDIAM (DALAM KUBUR) MELAINKAN SESAAT (SAHAJA)". SEPERTI DEMIKIANLAH MEREKA SELALU DIPALINGKAN (DARI KEBENARAN).

DAN BERKATA ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN DAN KEIMANAN (KEPADA ORANG-ORANG YANG KAFIR): "SESUNGGUHNYA KAMU TELAH BERDIAM (DALAM KUBUR) MENURUT KETETAPAN ALLAH, SAMPAI HARI BERBANGKIT; MAKA INILAH HARI BERBANGKIT ITU AKAN TETAPI KAMU SELALU TIDAK MEYAKINI(NYA)..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), AYAT 54 HINGGA 56, JUZUK 21  

Monday, May 16, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6946

 NGC6946


BURUJ:   CEPHEUS DAN CYGNUS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   20h 34m 52s  /  +60o 09' 14"

JARAK:   22.5 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.6

SAIZ:   11'.5  X  9'.8

NGC6946 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI SEMPADAN ANTARA BURUJ CEPHIUS DAN BURUJ CYGNUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 9hb SEPTEMBER, 1798. NGC6946 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE FIREWORKS GALAXY' DENGAN KEDUDUKANNYA 'MENGHADAP' (FACE-ON) KE ARAH BUMI. IA TERLETAK DI DALAM KELOMPOK 'THE VIRGO SUPERCLUSTER'.

NGC6946 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR BERSAIZ 'PERTENGAHAN' (INTERMEDIATE) DENGAN NUKLEUS YANG KECIL DAN CERAH. DENGAN DIAMETER LEBIH KURANG 40,000 TAHUN CAHAYA, IAITU LEBIH KURANG 1/3 DARI SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY), NGC6946 MEMPUNYAI SECARA KASARNYA 1/2 DARIPADA BILANGAN BINTANG-BINTANG YANG DIMILIKI OLEH GALAKSI BIMA SAKTI.

TERDAPAT BEBERAPA OBJEK CAKERAWALA YANG AGAK ANEH YANG DAPAT DICERAP DI DALAM NGC6946. OBJEK 'RED ELLIPSE' SEPANJANG SALAH SATU 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) DI BAHAGIAN UTARA KELIHATAN SEPERTI 'SUPER-BUBBLE' (BUIH) ATAU SAKI-BAKI SUPERNOVA YANG BESAR KEMUNGKINAN TERBENTUK DARI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG YANG BESAR.

TERDAPAT DUA KAWASAN YANG PELIK DENGAN LORONG HITAM (DARK LANES) YANG KABUR-KABUR, MANAKALA ITU TERDAPAT BEBERAPA KAWASAN DI 'LENGAN BERPUTAR' KELIHATAN TANPA BINTANG-BINTANG DAN JUGA TANPA GAS HIDROGEN.

OBJEK KETIGA YANG AGAK GANJIL IALAH PENEMUAN DALAM TAHUN 1967 YANG DIKENALI SEBAGAI 'THE HODGE'S COMPLEX'. IA DIANGGAP SEBAGAI 'SUPERGIANT MUDA' (YOUNG), NAMUN DALAM TAHUN 2017, IA TELAH DIAGAK SEBAGAI SEBUAH 'GALAKSI KERDIL' (DWARF GALAXY) YANG BERINTERAKSI DAN BERTINDIHAN DENGAN NGC6946.

DARI PEMERHATIAN, TERDAPAT 10 BUAH 'SUPERNOVA' DI DALAM NGC6946; SN1917A, SN1939C, SN1948B, SN1968D, SN1969P, SN1980K, SN2002hh, SN2004et, SN2008S DAN SN2017eaw. BILANGAN 'SUPERNOVA' YANG DICERAP DI DALAM NGC6946 ADALAH BILANGAN 'SUPERNOVA' YANG TERBANYAK DARI MANA-MANA GALAKSI YANG LAIN.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, May 13, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 51 - 53



"..DAN SUNGGUH, JIKA KAMI MENGIRIMKAN ANGIN (KEPADA TUMBUH-TUMBUHAN) LALU MEREKA MELIHAT (TUMBUH-TUMBUHAN ITU) MENJADI KUNING (KERING), BENAR-BENAR TETAPLAH MEREKA SESUDAH ITU MENJADI ORANG YANG INGKAR.

MAKA SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN SANGGUP MENJADIKAN ORANG-ORANG YANG MATI ITU DAPAT MENDENGAR, DAN MENJADIKAN ORANG-ORANG YANG TULI DAPAT MENDENGAR SERUAN, APABILA MEREKA ITU BERPALING MEMBELAKANG.

DAN KAMU SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG BUTA (MATA HATINYA) DARI KESESATANNYA. DAN KAMU TIDAK DAPAT MEMPERDENGARKAN (PETUNJUK ALLAH) MELAINKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN AYAT-AYAT KAMI, MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI (KEPADA KAMI)..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), AYAT 51 HINGGA 53, JUZUK 21 

Monday, May 9, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MESSALA

KAWAH MESSALA


KATEGORI:   KAWAH (CRATER)


LOKASI:   KAWAH MESSALA BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PINGGIR SEBELAH TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 59.9o TIMUR SERTA 39.2o UTARA.


KELUASAN:   KAWAH MESSALA MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 125 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 1,100 METER. 


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MESSALA TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   KAWAH MESSALA ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TERHASIL DARI 'KESAN HENTAMAN' DAN DIKATAGORIKAN SEBAGAI 'TANAH LAPANG BERTEBING' (WALLED PLAINS). MEMPUNYAI BENTUK 'BULAT' SERTA KECONDONGAN YANG AGAK CURAM DI BEBERAPA KAWASAN TEBING. HAMPIR BERSENTUHAN DENGAN BINGKAI KAWAH SCHUMACHER DI BAHAGIAN UTARA; KAWAH GEMINUS DI BAHAGIAN BARAT-BAYA; SERTA KAWAH BERNOULLI DI BAHAGIAN SELATAN. TERDAPAT JUGA KAWAH MESSALA E DAN KAWAH MESSALA F DI BAHAGIAN TIMUR. MANAKALA, TEBING DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH MESSALA B, KAWAH MESSALA J DI TEBING SEBELAH UTARA; MESSALA K PULA DI TEBING SEBELAH BARAT-LAUT.


LANTAI KAWAH YANG LANDAI DIPENUHI DENGAN 'LAVA' SERTA GUNUNG-GUNUNG KECIL DI 'TENGAH' KAWASAN KAWAH. JUGA KERETAKAN TERDAPAT DI LANTAI KAWAH DENGAN 'BUKIT-BUKIT' DAN 'BANJARAN' PUNCAK-PUNCAK DI DALAM KAWASAN KAWAH. SELAIN ITU, TERDAPAT 'GHOST CRATER' (KAWAH HANTU) DI SEBELAH BARAT DI LANTAI KAWAH MESSALA.


PEMERHATIAN:   KAWAH MESSALA ADALAH SEBUAH KAWAH SERTA LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH MESSALA, PENGGUNAA TEROPONG BERKUASA 10x SUDAH MEMADAI. NAMUN, UNTUK TUJUAN YANG LEBIH 'TERPERINCI', PENGGUNAAN TELESKOP AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MESSALA.


PENGHORMATAN:   KAWAH MESSALA DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTROLOGI, AHLI ASTRONOMI, SERTA AHLI MATHEMATIK KURUN KE LAPAN IAITU MASHALLA IBN ATHARI, SE ORANG YAHUDI PARSI. BELIAU DILAHIRKAN DI BASRA, IRAQ PADA TAHUN 740 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 815 DI BAGHDAD, IRAQ KETIKA BERUSIA 75 TAHUN. BELIAU HIDUP SEMASA PEMERINTAHAN AL-MANSUR DAN AL-MA'MUN. MASHALLA ADALAH ANTARA AHLI-AHLI ATAU PAKAR-PAKAR YANG TELAH MEMPERKENALKAN ASTROLOGI DAN ASTRONOMI DI BAGHDAD PADA AKHIR KURUN KE LAPAN SERTA PADA AWAL KURUN KE SEMBILAN. BELIAU BERKHIDMAT KEPADA KALIFAH ABBASIAH SERTA MENULIS BEBERAPA 'KERJA' BERKAITAN ASTROLOGI DI DALAM BAHASA ARAB.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, May 6, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 48 - 50



"..ALLAH, DIALAH YANG MENGIRIM ANGIN, LALU ANGIN ITU MENGGERAKKAN AWAN DAN ALLAH MEMBENTANGKANNYA DI LANGIT MENURUT YANG DIKEHENDAKI-NYA, DAN MENJADIKANNYA BERGUMPAL-GUMPAL; LALU KAMU LIHAT HUJAN KELUAR DARI CELAH-CELAHNYA, MAKA APABILA HUJAN ITU TURUN MENGENAI HAMBA-HAMBANYA YANG DIKEHENDAKI-NYA TIBA-TIBA MEREKA MENJADI GEMBIRA.

DAN SESUNGGUHNYA SEBELUM HUJAN DITURUNKAN KEPADA MEREKA, MEREKA BENAR-BENAR TELAH BERPUTUS ASA.

MAKA PERHATIKANLAH BEKAS-BEKAS RAHMAT ALLAH, BAGAIMANA ALLAH MENGHIDUPKAN BUMI YANG SUDAH MATI. SESUNGGUHNYA (TUHAN YANG BERKUASA SEPERTI) DEMIKIAN BENAR-BENAR (BERKUASA) MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG YANG TELAH MATI. DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), AYAT 48 HINGGA 50, JUZUK 21

Monday, May 2, 2022

OBJEK DI LANGIT - STINGRAY NEBULA

STINGRAY NEBULA


BURUJ:   ARA

KELAS:   NEBULA PLANETARI

LOKASI:   17h 16m 21s  /  -59o 29' 23"

JARAK:   18,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.75

SAIZ:   1'.6 RADIUS BERSAMAAN 0.08 TAHUN CAHAYA

STINGRAY NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ARA DI HEMISFERA SELATAN. IA MERUPAKAN NEBULA PLANETARI YANG TERMUDA YANG PERNAH DIKETAHUI.

BINTANG YANG BERADA DI 'TENGAH' NEBULA ADALAH SEBUAH BINTANG KERDIL BERWARNA PUTIH  (WHITE DWARF) YANG DIKENALI SEBAGAI SAO244567 DAN MERUPAKAN SEBUAH BINTANG YANG 'MENGEMBANG' DENGAN PANTAS (FAST-EVOLVING STAR). BINTANG KERDIL INI MEMPUNYAI 'BINTANG PENGIRING' (COMPANION STAR) YANG BERKEDUDUKAN 0.3" JAUHNYA. 

KERANGKA LUAR YANG 'TUA' (OLDER OUTER SHELLS) YANG TERDIRI DARIPADA GAS-GAS BERFUNGSI SEBAGAI 'COLLIMATOR' IAITU SEJENIS 'ALAT' YANG 'MENYEMPITKAN' ALIRAN 'SINARAN ZARAH-ZARAH' ATAU 'GELOMBANG' KE ATAS GAS-GAS YANG MENGALIR KELUAR DARI BINTANG 'TENGAH' DI NEBULA TERSEBUT.

SEPANJANG 2 DEKAD INI, STINGRAY NEBULA TELAH BERANSUR-ANSUR MENJADI 'PUDAR' (FADED) DENGAN PANTAS. GAMBAR PERTAMA HINGGA KETIGA DI BAWAH IALAH GAMBAR YANG DIAMBIL PADA TAHUN 1996, MANAKALA GAMBAR KEEMPAT HINGGA KELIMA DIAMBIL PADA TAHUN 2016. STINGRAY NEBULA MENUNJUKAN PERUBAHAN YANG BEGITU KETARA DARI SEGI 'KECERAHAN' (BRIGHTNESS) SERTA JUGA DARI SEGI PERUBAHAN 'BENTUK' (SHAPE) NEBULA TERSEBUT.

KERANGKA GAS BERWARNA BIRU BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG 'TENGAH' TELAH HAMPIR 'HILANG'. BEGITU JUGA DENGAN CORAK YANG MEMBUAT NEBULA INI MENDAPAT NAMANYA 'STINGRAY' (IKAN PARI) YANG BERBENTUK 'BEROMBAK' DI TEPI SECARA MAYA TELAH LENYAP.







camp.astronomy@gmail.com