Monday, March 7, 2022

OBJEK DI LANGIT - FOX FUR NEBULA

 FOX FUR NEBULA


BURUJ:   MONOCEROS

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   06h 40m 58s  /  +09o 53' 43"

JARAK:   2,700 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +3.9

SAIZ:   11.4'  X  11.4'

FOX FUR NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BERADA DI DALAM BURUJ MONOCEROS. IA BERKEDUDUKAN DI DALAM 'RUANGAN NGC2264' (NGC2264 REGION) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CHRISTMAS TREE CLUSTER'. SEBENARNYA FOX FUR NEBULA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA NGC2264. IA BERADA DI KAWASAN YANG BERTENTANGAN DENGAN 'THE CONE NEBULA' IAITU DI UTARA OBJEK TERSEBUT DI DALAM 'RUANGAN NGC2264'.

FOX FUR NEBULA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 18hb JANUARI, 1784. IA TELAH DINAMAKAN 'THE FOX FUR NEBULA' KERANA PENAMPILANNYA MENGGAMBARKAN 'KEPALA' SE EKOR MUSANG YANG BERWARNA MERAH.

FOX FUR NEBULA TERBENTUK DARI GAS DAN DEBU YANG MANA TERDAPAT BILANGAN YANG SANGAT BESAR GAS DAN DEBU YANG DICERAHKAN OLEH BINTANG-BINTANG 'MUDA' YANG BESAR (MASSIVE YOUNG STARS) YANG SEDANG TERBENTUK DI DALAM AWAN-AWAN TEBAL NEBULA TERSEBUT.

CAHAYA MERAH YANG MEWARNAI FOX FUR NEBULA TERHASIL DARIPADA GAS HIDROGEN YANG DIRANGSANG UNTUK MENGELUARKAN CAHAYANYA SENDIRI OLEH RADIASI SINAR ULTRA-UNGU DARIPADA BINTANG-BINTANG 'MUDA' YANG BESAR BERWARNA BIRU DI DALAM KLUSTER TERSEBUT. KAWASAN NEBULA YANG  BERWARNA BIRU ADALAH GABUNGAN YANG KEBANYAKAN TERDIRI DARI AWAN-AWAN DEBU YANG MEMANTULKAN CAHAYA BIRU BINTANG-BINTANG 'MUDA' TERSEBUT.








camp.astronomy@gmail.com
















No comments:

Post a Comment