Monday, March 14, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH HERCULES

 KAWAH HERCULES

LOKASI:   KAWAH HERCULES BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI PINGGIRAN BAHAGIAN TIMUR 'MARE FRIGORIS' IAITU PADA KOORDINAT 39.1o TIMUR SERTA 46.7o UTARA.

KELUASAAN:   KAWAH HERCULES MEMPUNYAI KELUASAAN 71 KM DIAMETER, MANAKALA IA MEMPUNYAI KEDALAMAN SEHINGGA 3,200 METER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH HERCULES TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:   KAWAH HERCULES ADALAH SEBUAH KAWAH YANG MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA BOLEH DICERAP PADA HARI KE 6 SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE 5 SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH HERCULES, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm, AMAT DIGALAKKAN BAGI MENDAPATKAN PENCERAPAN YANG MEMUASKAN.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH HERCULES.

PENGHORMATAN:   KAWAH HERCULES DINAMAKAN SEMPENA 'HERCULES' IAITU SE ORANG DEWA ORANG ROMAN ATAU SE ORANG DEWA BAGI ORANG GREEK PULA DIPANGGIL 'HERACLES' YANG MENJADI MITOS KEPAHLAWANAN DENGAN KEKUATAN DAN PENGEMBARAAN MENEMPUH CABARAN. BELIAU MERUPAKAN ANAK KEPADA PASANGAN 'JUPITER' SERTA 'ALCMENE'.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment