Monday, January 24, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC288

NGC288

BURUJ:   SCULPTOR

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR 

LOKASI:   00h 52m 45s  /  -26o 34' 57"

JARAK:   28,700 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.20

SAIZ:   9'.6  X  9'.6

NGC288 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCULPTOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27 OKTOBER, 1785. IA TERLETAK 1.8o DI TENGGARA GALAKSI NGC253 DAN DIANGGARKAN BERUSIA 10.6 BILION TAHUN.

NGC288 DIKELASKAN SEBAGAI KLUSTER GLOBULAR YANG BERKEPADATAN RENDAH IAITU DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KELAS X, DI MANA BINTANG-BINTANG DI DALAM NGC288 TIDAK TERIKAT DENGAN RAPAT / LONGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN.

NGC288 MEMPUNYAI 'TERAS' BESAR YANG AGAK PADAT YANG DIKELILINGI OLEH 'CINCIN' (RING) YANG KABUR SERTA TIDAK MEMPUNYAI BENTUK YANG NYATA (IRREGULAR). IA MEMPAMERKAN OMBAK 'EKOR' (TIDAL TAILS) YANG MANA BOLEH MENGEMBANG SEHINGGA 1,000 TAHUN CAHAYA. SATU 'EKOR' MENGHALA KE ARAH TENGGARA DARI 'TERAS' KLUSTER, MANAKALA SATU 'EKOR' LAGI MENGHALA KE ARAH 'TERAS' GALAKSI.







camp.astronomy@gmail.com












No comments:

Post a Comment