KAWAH CASSINI
KATEGORI: KAWAH (CRATER)
LOKASI: KAWAH CASSINI BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR HUJUNG MARE IMBRIUM IAITU PADA KOORDINAT 4.6o TIMUR SERTA 40.2o UTARA.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH CASSINI TERBENTUK PADA ERA LOWER IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.8 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
PEMERHATIAN: KAWAH CASSINI ADALAH SEBUAH KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: BAGI TUJUAN PENCERAPAN KAWAH CASSINI, PENGGUNAAN TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm AMAT DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH CASSINI.
PENGHORMATAN: KAWAH CASSINI DINAMAKAN SEMPENA NAMA DUA ORANG AHLI ASTRONOMI IAITU GIOVANNI DOMINIQUE CASSINI DAN JACQUES DOMENICO CASSINI. MEREKA ADALAH BAPA DAN ANAK YANG MEMPELOPORI ASTRONOMI.
No comments:
Post a Comment