Friday, December 30, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 80 - 84



"...DITURUNKAN DARI TUHAN SEMESTA ALAM.

MAKA APAKAH KAMU MENGANGGAP REMEH SAHAJA AL QURAAN INI?,

KAMU (MENGGANTI) REZEKI (YANG ALLAH BERIKAN) DENGAN MENDUSTAKAN (ALLAH).

MAKA MENGAPA KETIKA NYAWA SAMPAI DI KERONGKONGAN,

PADAHAL KAMU KETIKA ITU MELIHAT..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 80 HINGGA 84, JUZUK 27

Monday, December 26, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6025

 NGC6025


BURUJ:   TRIANGULUM AUSTRALE

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   16h 03m 42s  /  -60o 30' 00"

JARAK:   2,700 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.1

SAIZ:   11'.4  X  11'.4

NGC6025 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ TRIANGULUM AUSTRALE DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH NICHOLAS LOUIS de LACAILLE PADA 5hb MAC, 1752 SEMASA BELIAU MELAKUKAN PENGEMBARAAN KE AFRIKA SELATAN.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, December 23, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 75 - 79



"...MAKA AKU BERSUMPAH DENGAN MASA TURUNNYA BAHAGIAN-BAHAGIAN AL QURAAN.

SESUNGGUHNYA SUMPAH ITU ADALAH SUMPAH YANG BESAR KALAU KAMU MENGETAHUI,

SESUNGGUHNYA AL QURAAN ITU ADALAH BACAAN YANG SANGAT MULIA,

PADA KITAB YANG TERPELIHARA (LAUHUL MAHFUZH),

TIDAK MENYENTUHNYA KECUALI ORANG-ORANG YANG DISUCIKAN..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 75 HINGGA 79, JUZUK 27 

Monday, December 19, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC691

NGC691

BURUJ:   ARIES

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   01h 50m 41s  /  +21o 45' 36"

JARAK:   120 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.5

SAIZ:   3'.4  X  3'.4

KATEGORI:   

NGC691 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (UNBARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ARIES DI HEMISFERA UTARA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 13hb NOVEMBER, 1786.








camp.astronomy@gmail.com

















 

Friday, December 16, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 71 - 74



"...MAKA TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG API YANG KAMU NYALAKAN (DARI GOSOKAN-GOSOKAN KAYU).

KAMUKAH YANG MENJADIKAN KAYU ITU ATAU KAMIKAH YANG MENJADIKANNYA?

KAMI MENJADIKAN API ITU UNTUK PERINGATAN DAN BAHAN YANG BERGUNA BAGI MUSAFIR DI PADANG PASIR.

MAKA BERTASBIHLAH DENGAN (MENYEBUT) NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 71 HINGGA 74, JUZUK 27  

Monday, December 12, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MANZINUS

 KAWAH MANZINUS


LOKASI:   KAWAH MANZINUS BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TERPENCIL DI SELATAN PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 26.0o TIMUR SERTA 67.7o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH MANZINUS MEMPUNYAI KELUASAAN 98 KILOMETER PERSEGI SERTA MEMPUNYAI KEDALAMAN SEHINGGA 3,800 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MANZINUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


KAWAH MANZINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BENTUK BULAT LENGKUNGANNYA TELAH TIDAK BERBENTUK 'BULAT' SEPENUHNYA DISEBABKAN KEROSAKAN (DAMAGED) YANG TERDAPAT PADA TEBING KAWAH TERSEBUT.


PEMERHATIAN:   KAWAH MANZINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG AMAT MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH MANZINUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50mm DIPERLUKAN BAGI MENDAPATKAN HASIL CERAPAN YANG MEMUASKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MANZINUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH MANZINUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA CARLO A.MANZINI IAITU SE ORANG AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI ITALI PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1599 DI ITALI DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1677 / 1678. MANZINI TERDIRI DARIPADA GOLONGAN BANGSAWAN BOLOGNESE DAN JUGA MERUPAKAN PENGASAS KEPADA 'THE ACCADEMIA dei VESPERTINI.

DALAM TAHUN 1626, MANZINI TELAH MENERBITKAN BUKU BERTAJUK "TABULAE PRIMI MOBILIS: QUIBUS NOVA DIRIGENDI ARS et PRAECIPUE CIRCULI POSITIONIS INVENTIO, NON MINUS FACILIS QUAM EXACTA OSTENDITUR". DALAM TAHUN 1660, MELALUI KERJANYA DI DALAM L'OCCHIALE ALL'OCCHIO, DIOPTRICA PRACTICA MENJADI TEKNIK PEMBUATAN KANTA DENGAN TEKNIK 'KISAR' (GRINDING) DAN TEKNIK 'KILAT' (POLISHING) MENJADI TEKNIK YANG TERTUA PERNAH DILAKUKAN.


camp.astronomy@gmail.com

  

Friday, December 9, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 68 - 70



"...MAKA TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG AIR YANG KAMU MINUM.

KAMUKAH YANG MENURUNKANNYA DARI AWAN ATAUKAH KAMI YANG MENURUNKAN?

KALAU KAMI KEHENDAKI NESCAYA KAMI JADIKAN DIA ASIN, MAKA MENGAPAKAH KAMU TIDAK BERSYUKUR?..."


SURAH AL WAQI'AH, AYAT 68 HINGGA 70, JUZUK 27

Monday, December 5, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6537

 NGC6537


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   NEBULA PLANETARI

LOKASI:   18h 05m 13s  /  -19o 50' 34"

JARAK:   3,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.6

SAIZ:   0'.17  X  0'.17

NGC6537 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE RED SPIDER NEBULA' YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN 'JANTUNG' (THE HEART) GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY).







camp.astronomy@gmail.com












Friday, December 2, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 63 - 67



"...MAKA TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG YANG KAMU TANAM?

KAMUKAH YANG MENUMBUHKANNYA ATAU KAH KAMI YANG MENUMBUHKANNYA?

KALAU KAMU KEHENDAKI, BENAR-BENAR KAMI JADIKAN DIA KERING DAN HANCUR; MAKA JADILAH KAMU HERAN TERCENGANG.

(SAMBIL BERKATA): "SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR MENDERITA KERUGIAN",

BAHKAN KAMI MENJADI ORANG YANG TIDAK MENDAPAT HASIL APA-APA..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 63 HINGGA 67, JUZUK 27

Monday, November 28, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC3201

 NGC3201

BURUJ:   VELA

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   10h 17m 36s  /  -46o 24' 38"

JARAK:   16,300 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.9

SAIZ:   18'.0  X  18'.0

KATEGORI:   X

NGC3201 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ VELA DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 28hb MEI, 1826. SELAIN NGC3201, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 79' DI DALAM SENARAI 'KATALOG CALDWELL' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORES, IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI AMATUR ENGLAND, MENGANDUNGI 109 OBJEK TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA-NEBULA, SERTA GALAKSI-GALAKSI.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, November 25, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 60 - 62



"...KAMI TELAH MENENTUKAN KEMATIAN DI ANTARA KAMU DAN KAMI SEKALI-KALI, TIDAK DAPAT DIKALAHKAN,

UNTUK MENGGANTIKAN KAMU DENGAN ORANG-ORANG YANG SEPERTI KAMU (DALAM DUNIA) DAN MENCIPTAKAN KAMU KELAK (DI AKHIRAT) DALAM KEADAAN YANG TIDAK KAMU KETAHUI.

DAN SESUNGGUHNYA KAMU TELAH MENGETAHUI PENCIPTAAN YANG PERTAMA, MAKA MENGAPAKAH KAMU TIDAK MENGAMBIL PELAJARAN (UNTUK PENCIPTAAN YANG KEDUA)?..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 60 HINGGA 62, JUZUK 27

Friday, November 18, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 57 - 59



"...KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMU, MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MEMBENARKAN (HARI BERBANGKIT)?

MAKA TERANGKAN KEPADAKU TENTANG NUTFAH YANG KAMU PANCARKAN.

KAMUKAH YANG MENCIPTAKANNYA, ATAU KAMIKAH YANG MENCIPTAKANNYA?


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 57 HINGGA 59, JUZUK 27

Monday, November 14, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MORETUS

KAWAH MORETUS


KATEGORI:   KAWAH


LOKASI:   KAWAH MORETUS BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIRAN SELATAN PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 5.5o BARAT SERTA 70.6o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH MORETUS MEMPUNYAI KELUASAN 117 KILOMETER PERSEGI DENGAN KAWAH BERKEDALAMAN 5,000 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MORETUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.


KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BERBENTUK 'BULAT' (CIRCULAR) DENGAN TEBING YANG CURAM.


PEMERHATIAN:   KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM IAITU PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   BAGI MENCERAP KAWAH MORETUS DENGAN LEBIH MENARIK, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10x AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MORETUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH MORETUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI MATEMATIK BELGIUM PADA KURUN KE 17 IAITU THEODORE MORETUS. BELIAU DILAHIRKAN DI BELGIUM PADA FEBRUARI 1602 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1667.


camp.astronomy@gmail.com