KAWAH MANZINUS
LOKASI: KAWAH MANZINUS BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TERPENCIL DI SELATAN PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 26.0o TIMUR SERTA 67.7o SELATAN.
KELUASAN: KAWAH MANZINUS MEMPUNYAI KELUASAAN 98 KILOMETER PERSEGI SERTA MEMPUNYAI KEDALAMAN SEHINGGA 3,800 METER.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH MANZINUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.
KAWAH MANZINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BENTUK BULAT LENGKUNGANNYA TELAH TIDAK BERBENTUK 'BULAT' SEPENUHNYA DISEBABKAN KEROSAKAN (DAMAGED) YANG TERDAPAT PADA TEBING KAWAH TERSEBUT.
PEMERHATIAN: KAWAH MANZINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG AMAT MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP KAWAH MANZINUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50mm DIPERLUKAN BAGI MENDAPATKAN HASIL CERAPAN YANG MEMUASKAN.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MANZINUS.
PENGHORMATAN: KAWAH MANZINUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA CARLO A.MANZINI IAITU SE ORANG AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI ITALI PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1599 DI ITALI DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1677 / 1678. MANZINI TERDIRI DARIPADA GOLONGAN BANGSAWAN BOLOGNESE DAN JUGA MERUPAKAN PENGASAS KEPADA 'THE ACCADEMIA dei VESPERTINI.
DALAM TAHUN 1626, MANZINI TELAH MENERBITKAN BUKU BERTAJUK "TABULAE PRIMI MOBILIS: QUIBUS NOVA DIRIGENDI ARS et PRAECIPUE CIRCULI POSITIONIS INVENTIO, NON MINUS FACILIS QUAM EXACTA OSTENDITUR". DALAM TAHUN 1660, MELALUI KERJANYA DI DALAM L'OCCHIALE ALL'OCCHIO, DIOPTRICA PRACTICA MENJADI TEKNIK PEMBUATAN KANTA DENGAN TEKNIK 'KISAR' (GRINDING) DAN TEKNIK 'KILAT' (POLISHING) MENJADI TEKNIK YANG TERTUA PERNAH DILAKUKAN.
No comments:
Post a Comment