Monday, November 14, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MORETUS

KAWAH MORETUS


KATEGORI:   KAWAH


LOKASI:   KAWAH MORETUS BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIRAN SELATAN PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 5.5o BARAT SERTA 70.6o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH MORETUS MEMPUNYAI KELUASAN 117 KILOMETER PERSEGI DENGAN KAWAH BERKEDALAMAN 5,000 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MORETUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.


KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BERBENTUK 'BULAT' (CIRCULAR) DENGAN TEBING YANG CURAM.


PEMERHATIAN:   KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM IAITU PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   BAGI MENCERAP KAWAH MORETUS DENGAN LEBIH MENARIK, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10x AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MORETUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH MORETUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI MATEMATIK BELGIUM PADA KURUN KE 17 IAITU THEODORE MORETUS. BELIAU DILAHIRKAN DI BELGIUM PADA FEBRUARI 1602 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1667.


camp.astronomy@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment