NGC6541
BURUJ: CORONA AUSTRALIS
KELAS: KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER)
LOKASI: 18h 08m 02s / -43o 42' 53"
JARAK: 22,800 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.3
SAIZ: 7'.5 X 7'.5
NGC6541 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CORONA AUSTRALIS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 78' MERUJUK KEPADA SENARAI 'KATALOG CALDWELL'.
NGC6541 TELAH DITEMUKAN OLEH NICCOLO CACCIATORE PADA 19hb MAC, 1826 KETIKA MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN DI PALERMO ASTRONOMICAL OBSERVATORY DI SICILY. SELAIN ITU, JAMES DUNLOP JUGA TELAH MENEMUKAN NGC6541 PADA 3hb JULAI, 1826.
NGC6541 ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG KECIL SAIZNYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KLUSTER GLOBULAR YANG LAIN. IA MENGANDUNGI LEBIH KURANG 150,000 BIJI BINTANG YANG BERUSIA 12.93 BILION TAHUN.
NGC6541 MEMPUNYAI 'TERAS' (CORE) YANG CERAH, TERANG, PADAT TETAPI IANYA MENJADI SEMAKIN PADAT APABILA MENUJU KE 'TERAS' KLUSTER. NAMUN, MASIH TERDAPAT BINTANG-BINTANG YANG BOLEH DICERAP DENGAN 'KELIPAN-KELIPAN' YANG DIPANCARKAN OLEH BINTANG-BINTANG TERSEBUT.
TERDAPAT LEBIH KURANG 94 BIJI BINTANG BERWARNA BIRU (STRAGGLER STARS) YANG KELIHATAN BERSELERAKAN DI SEKELILING KLUSTER NGC6541. KLUSTER INI WALAUPUN BERSAIZ KECIL, IANYA BERMAGNITUD YANG MEMBOLEHKAN PENCERAPAN DILAKUKAN MENGGUNAKAN 'TEROPONG' DAN JUGA 'TELESKOP' BERKUASA RENDAH. NGC6541 BOLEH DICERAP PADA BULAN JUN, JULAI DAN OGOS.
No comments:
Post a Comment