NGC1360
BURUJ: FORNAX
KELAS: NEBULA
LOKASI: 03h 33m 14s / -25o 52' 18"
JARAK: 1,500 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +9.4
SAIZ: 11'.0 X 7'.5
NGC1360 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BERADA DI DALAM BURUJ FORNAX DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ROBIN'S EGG NEBULA'. NGC1360 TELAH DITEMUKAN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI JERMAN IAITU FRIEDRICH AUGUST THEODOR WINNECKE PADA BULAN JANUARI, 1868.
BINTANG YANG MENJADI 'TERAS' KEPADA NGC1360 DISYAKI ADALAH SEBUAH BINTANG 'BINARI' (BINARY STAR) IAITU BINTANG 'PERDUAAN' SEJAK 1977. PADA TAHUN 2017, IANYA TELAH DISAHKAN BETUL BAHAWA BINTANG 'BINARI' ADALAH 'TERAS' NGC1360. TERAS SUMBER TERDIRI DARIPADA BINTANG BERJISIM RENDAH KATEGORI 'O' SERTA BINTANG 'KERDIL' (DWARF) BERWARNA PUTIH TETAPI LEBIH PANAS DARIPADA MATAHARI.
SINAR ULTRA-UNGU YANG SUNGGUH KUAT TETAPI TIDAK KELIHATAN (INVISIBLE) TELAH MENYAHKAN ELEKTRON-ELEKTRON DARIPADA ATOM YANG TERDAPAT DI SEKELILING GAS-GAS YANG TERSEMBUNYI. PENGARUH MENDONIMASI DARI WARNA BIRU-HIJAU SUNGGUH KUAT MENGHASILKAN PANCARAN SEBAGAI ELEKTRON-ELEKTRON YANG BERGABUNG SEMULA DENGAN ATOM OKSIGEN YANG TELAH DI'ION'KAN BERGANDA.
No comments:
Post a Comment