Friday, December 31, 2021

RENUNGAN JUMAAT - SURAH IBRAHIM AYAT 48 - 52



"...(IAITU) PADA HARI (KETIKA) BUMI DIGANTIKAN DENGAN BUMI YANG LAIN DAN (DEMIKIAN PULA) LANGIT, DAN MEREKA SEMUANYA (DI PADANG MAHSYAR) BERKUMPUL MENGHADAP KE HADIRAT ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA PERKASA.

DAN KAMU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERDOSA PADA HARI ITU DIIKAT BERSAMA-SAMA DENGAN BELENGGU.

PAKAIAN MEREKA ADALAH DARI PELANGKIN (TAR) DAN MUKA MEREKA DITUTUP OLEH API NERAKA,

AGAR ALLAH MEMBERI PEMBALASAN KEPADA TIAP-TIAP ORANG TERHADAP APA YANG IA USAHAKAN. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA CEPAT HISAB-NYA.

(AL QURAN) INI ADALAH PENJELASAN YANG CUKUP BAGI MANUSIA, DAN SUPAYA MEREKA DIBERI PERINGATAN DENGAN DIA, DAN SUPAYA MEREKA MENGETAHUI BAHWASANYA DIA ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA DAN AGAR ORANG-ORANG YANG BERAKAL MENGAMBIL PELAJARAN..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 48 HINGGA 52, JUZUK 13

Monday, December 27, 2021

OBJEK DI LANGIT - NGC6541

NGC6541

BURUJ:   CORONA AUSTRALIS 

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   18h 08m 02s  /  -43o 42' 53"

JARAK:   22,800 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.3

SAIZ:   7'.5  X  7'.5

NGC6541 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CORONA AUSTRALIS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 78' MERUJUK KEPADA SENARAI 'KATALOG CALDWELL'.

NGC6541 TELAH DITEMUKAN OLEH NICCOLO CACCIATORE PADA 19hb MAC, 1826 KETIKA MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN DI PALERMO ASTRONOMICAL OBSERVATORY DI SICILY. SELAIN ITU, JAMES DUNLOP JUGA TELAH MENEMUKAN NGC6541 PADA 3hb JULAI, 1826.

NGC6541 ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG KECIL SAIZNYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KLUSTER GLOBULAR YANG LAIN. IA MENGANDUNGI LEBIH KURANG 150,000 BIJI BINTANG YANG BERUSIA 12.93 BILION TAHUN.

NGC6541 MEMPUNYAI 'TERAS' (CORE) YANG CERAH, TERANG, PADAT TETAPI IANYA MENJADI SEMAKIN PADAT APABILA MENUJU KE 'TERAS' KLUSTER. NAMUN, MASIH TERDAPAT BINTANG-BINTANG YANG BOLEH DICERAP DENGAN 'KELIPAN-KELIPAN' YANG DIPANCARKAN OLEH BINTANG-BINTANG TERSEBUT.

TERDAPAT LEBIH KURANG 94 BIJI BINTANG BERWARNA BIRU (STRAGGLER STARS) YANG KELIHATAN BERSELERAKAN DI SEKELILING KLUSTER NGC6541. KLUSTER INI WALAUPUN BERSAIZ KECIL, IANYA BERMAGNITUD YANG MEMBOLEHKAN PENCERAPAN DILAKUKAN MENGGUNAKAN 'TEROPONG' DAN JUGA 'TELESKOP' BERKUASA RENDAH. NGC6541 BOLEH DICERAP PADA BULAN JUN, JULAI DAN OGOS.







camp.astronomy@gmail.com









 

Friday, December 24, 2021

RENUNGAN JUMAAT - SURAH IBRAHIM AYAT 45 - 47



"...DAN KAMU TELAH BERDIAM DI TEMPAT -TEMPAT KEDIAMAN ORANG-ORANG YANG MENGANIAYA DIRI MEREKA SENDIRI, DAN TELAH NYATA BAGIMU BAGAIMANA KAMI TELAH BERBUAT TERHADAP MEREKA DAN TELAH KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA BEBERAPA PERUMPAMAAN".

DAN SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MEMBUAT MAKAR YANG BESAR PADAHAL DI SISI ALLAH-LAH (BALASAN) MAKAR MEREKA ITU. DAN SESUNGGUHNYA MAKAR MEREKA ITU (AMAT BESAR) SEHINGGA GUNUNG-GUNUNG DAPAT LENYAP KERANANYA.

KERANA ITU JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU MENGIRA ALLAH AKAN MENYALAHI JANJI-NYA KERANA RASUL-RASUL-NYA; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PERKASA, LAGI MEMPUNYAI PEMBALASAN..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 45 HINGGA 47, JUZUK 13

Monday, December 20, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC3367

BURUJ:   LEO

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   10h 46m 35s  /  +13o 45' 03"

JARAK:   113 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.4

SAIZ:   2'.5  X  2'.4

NGC3367 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ LEO. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 19hb MAC, 1784. 







camp.astronomy@gmail.com












Friday, December 17, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU (MUHAMMAD) MENGIRA, BAHAWA ALLAH LALAI DARI APA YANG DIPERBUAT OLEH ORANG-ORANG YANG ZALIM. SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI TANGGUH KEPADA MEREKA SAMPAI HARI YANG PADA WAKTU ITU MATA (MEREKA) TERBELALAK,

MEREKA DATANG BERGEGAS-GEGAS MEMENUHI PANGGILAN DENGAN MENGANGKAT KEPALANYA, SEDANG MATA MEREKA TIDAK BERKEDIP-KEDIP DAN HATI MEREKA KOSONG.

DAN BERIKANLAH PERINGATAN KEPADA MANUSIA TERHADAP HARI (YANG PADA WAKTU ITU) DATANG AZAB KEPADA MEREKA, MAKA BERKATALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM: "YA TUHAN KAMI, BERI TANGGUHLAH KAMI (KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA) WALAUPUN DALAM WAKTU YANG SEDIKIT, NESCAYA KAMI AKAN MEMATUHI SERUAN ENGKAU DAN AKAN MENGIKUTI RASUL-RASUL". (KEPADA MEREKA DIKATAKAN): "BUKANKAH KAMU TELAH BERSUMPAH DAHULU (DI DUNIA) BAHAWA SEKALI-KALI KAMU TIDAK AKAN BINASA?..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 42 HINGGA 44, JUZUK 13

Monday, December 13, 2021

MENGENALI BULAN

 KAWAH EUDOXUS

KATEGORI:   KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH EUDOXUS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRON BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA IAITU PADA KOORDINAT 16.3o TIMUR SERTA 44.3o UTARA BERHAMPIRAN DENGAN MARE SERENITATIS REGION.

KELUASAN:   KAWAH EUDOXUS MEMPUNYAI KELUASAN 67 KM DIAMETER DENGAN KEDALAMAN MENCAPAI 3,400 METER.

ERA:   KAWAH EUDOXUS TERBENTUK PADA ERA COPERNICIAN IAITU LEBIH KURANG -1.1 BILION TAHUN DAHULU HINGGA KE MASA SEKARANG.

CIRI-CIRI:   KAWAH EUDOXUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN.KEDUDUKAN KAWAH EUDOXUS ADALAH DI TIMUR  PENGHUJUNG KAWASAN MONTES CAUCASUS. IA MEMPUNYAI BENTUK YANG AGAK BULAT DAN TEBING YANG AGAK CURAM BERSAMBUNG DENGAN KAWAH EUDOXUS B DI UTARA; KAWAH EUDOXUS G DAN KAWAH EUDOXUS A DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT. 

KAWAH EUDOXUS BERADA DI SELATAN KAWAH ARISTOTELES. MANAKALA, DI BAHAGIAN SELATAN TERDAPAT KAWAH ALEXANDER SERTA KAWAH KECIL LAMECH PULA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGGARA. BINGKAI LINGKARAN KAWAH EUDOXUS MEMPUNYAI TINGKAT-TINGKAT PADA DINDING TEMBOK DALAMAN. PADA BENTENG LUARAN PULA KELIHATAN ROSAK ATAU HAUS.

TERDAPAT PUNCAK GUNUNG SERTA BEBERAPA BUKIT-BUKIT DI PERMUKAAN TENGAH KAWAH EUDOXUS. MANAKALA, PERMUKAAN KAWAH EUDOXUS SECARA PURATA ADALAH MENDATAR DAN RATA. TERDAPAT JUGA KESAN DARI "THE RAY SYSTEM" IAITU KESAN DARI HENTAMAN YANG MEMBENTUK KAWAH DENGAN TAPAK 'TANAH' YANG DIHENTAM AKAN TERPERCIK KE SEKELILING KAWASAN HENTAMAN TERSEBUT. IA DISEBABKAN OLEH AKIBAT SECARA LANGSUNG DARI 'THE COPERNICAN SYSTEM'. YANG BERLAKU.

PEMERHATIAN:   KAWAH EUDOXUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:   UNTUK TUJUAN MENCERAP KAWAH EUDOXUS, REFLECTOR BERKUASA 50 mm AKAN MEMBERIKAN CERAPAN YANG MEMUASKAN. NAMUN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA 100 mm AKAN MENAMBAHKAN CERAPAN YANG LEBIH BAIK.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH EUDOXUS.

PENGHORMATAN:   KAWAH EUDOXUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTRONOMI SERTA AHLI MATEMATIK GREEK PADA KURUN KE EMPAT SEBELUM MASIHI IAITU EUDOXUS OF CNIDUS ATAU EUDOXE. BELIAU DILAHIRKAN DI CNIDE, GREECE PADA TAHUN 408 SEBELUM MASIHI DAN MENINGGAL DUNIA JUGA DI CNIDE, GREECE PADA TAHUN 355 SEBELUM MASIHI. EUDOXUS OF CNIDUS ADALAH PENCIPTA KALENDAR YANG MEMPUNYAI 365 HARI 1/4. BELIAU TELAH MEMBUAT PENYELIDIKAN TENTANG "HOMOCENTRIC SPHERES" SERTA MEMBUAT TEORI TENTANG "PROPORTIONS AND THE METHOD OF THE EXHAUSTIONS" DALAM MATEMATIK. BELIAU JUGA IALAH BEKAS MURID KEPADA ARCHYTAS DAN PLATO.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, December 10, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGANUGERAHKAN KEPADAKU DI HARI TUA (KU) ISMAIL DAN ISHAQ. SESUNGGUHNYA TUHANKU, BENAR-BENAR MAHA MENDENGAR (MEMPERKENANKAN) DOA.

YA TUHANKU, JADIKANLAH AKU DAN ANAK CUCUKU ORANG-ORANG YANG TETAP MENDIRIKAN SOLAT, YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH DOAKU.

YA TUHAN KAMI, BERI AMPUNLAH AKU DAN KEDUA IBU BAPAKU DAN SEKELIAN ORANG-ORANG MUKMIN PADA HARI TERJADINYA HISAB (HARI KIAMAT)"..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 39 HINGGA 41, JUZUK 13 

Monday, December 6, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC1360

BURUJ:   FORNAX

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   03h 33m 14s  /  -25o 52' 18"

JARAK:   1,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.4

SAIZ:   11'.0  X  7'.5

NGC1360 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BERADA DI DALAM BURUJ FORNAX DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ROBIN'S EGG NEBULA'. NGC1360 TELAH DITEMUKAN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI JERMAN IAITU FRIEDRICH AUGUST THEODOR WINNECKE PADA BULAN JANUARI, 1868.

BINTANG YANG MENJADI 'TERAS' KEPADA NGC1360 DISYAKI ADALAH SEBUAH BINTANG 'BINARI' (BINARY STAR) IAITU BINTANG 'PERDUAAN' SEJAK 1977. PADA TAHUN 2017, IANYA TELAH DISAHKAN BETUL BAHAWA BINTANG 'BINARI' ADALAH 'TERAS' NGC1360. TERAS SUMBER TERDIRI DARIPADA BINTANG BERJISIM RENDAH KATEGORI 'O' SERTA BINTANG 'KERDIL' (DWARF) BERWARNA PUTIH TETAPI LEBIH PANAS DARIPADA MATAHARI.

SINAR ULTRA-UNGU YANG SUNGGUH KUAT TETAPI TIDAK KELIHATAN (INVISIBLE) TELAH MENYAHKAN ELEKTRON-ELEKTRON DARIPADA ATOM YANG TERDAPAT DI SEKELILING GAS-GAS YANG TERSEMBUNYI. PENGARUH MENDONIMASI DARI WARNA BIRU-HIJAU SUNGGUH KUAT MENGHASILKAN PANCARAN SEBAGAI ELEKTRON-ELEKTRON YANG BERGABUNG SEMULA DENGAN ATOM OKSIGEN YANG TELAH DI'ION'KAN BERGANDA.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, December 3, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENEMPATKAN SEBAHAGIAN KETURUNANKU DI LEMBAH YANG TIDAK MEMPUNYAI TANAM-TANAMAN DI DEKAT RUMAH ENGKAU (BAITULLAH) YANG DIHORMATI, YA TUHAN KAMI (YANG DEMIKIAN ITU) AGAR MEREKA MENDIRIKAN SOLAT, MAKA JADIKANLAH HATI SEBAGIAN MANUSIA CENDERUNG KEPADA MEREKA DAN BERI REZEKILAH MEREKA DARI BUAH-BUAHAN, MUDAH-MUDAHAN MEREKA BERSYUKUR.

YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MENGETAHUI APA YANG KAMI SEMBUNYIKAN DAN APA YANG KAMI LAHIRKAN; DAN TIDAK ADA SESUATUPUN YANG TERSEMBUNYI BAGI ALLAH, BAIK YANG ADA DI BUMI MAHUPUN YANG ADA DI LANGIT..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 37 DAN 38, JUZUK 13