NGC2808
BURUJ: CARINA
KELAS: KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)
LOKASI: 09h 12m 03s / -64o 51' 48"
JARAK: 47,000 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.2
SAIZ: 9'.0 X 9'.0
NGC2808 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR ATAU KLUSTER BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA TERMASUK DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) SERTA MERUPAKAN SALAH SATU DARI HANYA TUJUH KLUSTER GLOBULAR DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG AMAT BESAR YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU JUTA BINTANG-BINTANG DI DALAMNYA DENGAN JISIM (MASS) LEBIH DARIPADA SATU JUTA JISIM MATAHARI.
NGC2808 TELAH TERGANGGU OLEH GELOMBANG PASANG-SURUT GALAKTIK (GALACTIC TIDE) YANG DIALAMI DISEBABKAN OLEH TARIKAN GRAVITI DARI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG MENGHELA SUATU 'EKOR' (TIDAL TAIL) YANG NIPIS DAN MEMANJANG BAHAGIAN BINTANG-BINTANG SERTA GAS YANG BERKEMBANG KE ANGKASA DARI GALAKSI TERSEBUT. SELAIN ITU, IA JUGA BERLAKU DISEBABKAN OLEH 'KUASA PASANG-SURUT' TINDAKBALAS ANTARA GALAKSI TERBABIT.
PADA MULANYA, NGC2808 DIANGGAP HANYA MENGANDUNGI SATU 'GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TERBENTUK SERENTAK DARIPADA SATU MATERIAL. NAMUN BEGITU, PENEMUAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DARI KAJIAN DAN PENYIASATAN TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA KLUSTER NGC2808 TERDIRI DARIPADA TIGA 'GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TELAH TERBENTUK DALAM JANGKA MASA 200 JUTA TAHUN DARI PEMBENTUKAN KLUSTER INI.
'TIGA GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER NGC2808 BERKEMUNGKINAN ADALAH 'REJA' (REMNANT) DARI 'TERAS' (CORE) SEBUAH GALAKSI KERDIL (DWARF GALAKSI) IAITU "THE SAUSAGE GALAXY" YANG TELAH BERLANGGAR DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER NGC2808 ADALAH TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA 13 HINGGA 15. NGC2808 TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 7hb MEI, 1826.
No comments:
Post a Comment