Monday, October 11, 2021

MENGENALI BULAN

KAWAH JANSSEN

KATEGORI:   KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH JANSSEN BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN IAITU PADA KOORDINAT 44.96o SELATAN  ;  40.82o TIMUR.

KELUASAN:   KAWAH JANSSEN MEMPUNYAI KELUASAN 201 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 2.9 KILOMETER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH JANSSEN TERBENTUK PADA ERA "UPPER IMBRIAN EPOCH" IAITU LEBIH KURANG -3.8 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   KAWAH JANSSEN ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BERADA DI 

PEMERHATIAN:   KAWAH JANSSEN ADALAH SEBUAH KAWAH YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH JANSSEN, TEROPONG BERKUASA RENDAH SUDAH CUKUP UNTUK TUJUAN INI. NAMUN, DENGAN PENGGUNAAN TELESKOP, LANSKAP INI AKAN MENJADI LEBIH MENARIK KERANA KITA DAPAT MENCERAP KAWAH JANSSEN DENGAN LEBIH TERPERINCI.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH JANSSEN.

PENGHORMATAN:   KAWAH JANSSEN DI NAMAKAN SEMPENA PIERRE JULES CESAR JANSSEN IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS. BELIAU DILAHIRKAN PADA 22 FEBRUARI, 1824 DI PARIS, PERANCHIS DAN MENINGGAL DUNIA PADA 23 DISEMBER, 1907 DI MEUDON, PERANCHIS KETIKA BERUSIA 83 TAHUN.


camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment