Friday, October 29, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...POHON ITU MEMBERIKAN BUAHNYA PADA SETIAP MUSIM DENGAN SEIZIN TUHAN-NYA. ALLAH MEMBUAT PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN ITU UNTUK MANUSIA SUPAYA MEREKA SELALU INGAT.

DAN PERUMPAMAAN KALIMAT YANG BURUK SEPERTI POHON YANG BURUK, YANG TELAH DICABUT DENGAN AKAR-AKARNYA DARI PERMUKAAN BUMI; TIDAK DAPAT TETAP (TEGAK) SEDIKITPUN.

ALLAH MENEGUHKAN (IMAN) ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN UCAPAN YANG TEGUH ITU DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT; DAN ALLAH MENYESATKAN ORANG-ORANG YANG ZALIM DAN MEMPERBUAT APA YANG DIA KEHENDAKI..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 25 HINGGA 27, JUZUK 13

Monday, October 25, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2808

BURUJ:   CARINA

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   09h 12m 03s  /  -64o 51' 48"

JARAK:   47,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.2

SAIZ:   9'.0  X  9'.0

NGC2808 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR ATAU KLUSTER BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA DI HEMISFERA SELATAN. IA TERMASUK DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) SERTA MERUPAKAN SALAH SATU DARI HANYA TUJUH KLUSTER GLOBULAR DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG AMAT BESAR YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU JUTA BINTANG-BINTANG DI DALAMNYA DENGAN JISIM (MASS) LEBIH DARIPADA SATU JUTA JISIM MATAHARI.

NGC2808 TELAH TERGANGGU OLEH GELOMBANG PASANG-SURUT GALAKTIK (GALACTIC TIDE) YANG DIALAMI DISEBABKAN OLEH TARIKAN GRAVITI DARI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG MENGHELA SUATU 'EKOR' (TIDAL TAIL) YANG NIPIS DAN MEMANJANG BAHAGIAN BINTANG-BINTANG SERTA GAS YANG BERKEMBANG KE ANGKASA  DARI GALAKSI TERSEBUT. SELAIN ITU, IA JUGA BERLAKU DISEBABKAN OLEH 'KUASA PASANG-SURUT' TINDAKBALAS ANTARA GALAKSI TERBABIT.

PADA MULANYA, NGC2808 DIANGGAP HANYA MENGANDUNGI SATU 'GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TERBENTUK SERENTAK DARIPADA SATU MATERIAL. NAMUN BEGITU, PENEMUAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DARI KAJIAN DAN PENYIASATAN TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA KLUSTER NGC2808 TERDIRI DARIPADA TIGA 'GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TELAH TERBENTUK DALAM JANGKA MASA 200 JUTA TAHUN DARI PEMBENTUKAN KLUSTER INI.

'TIGA GENERASI BINTANG-BINTANG' YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER NGC2808 BERKEMUNGKINAN ADALAH 'REJA' (REMNANT) DARI 'TERAS' (CORE) SEBUAH GALAKSI KERDIL (DWARF GALAKSI) IAITU "THE SAUSAGE GALAXY" YANG TELAH BERLANGGAR DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER NGC2808 ADALAH TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA 13 HINGGA 15. NGC2808 TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 7hb MEI, 1826.







camp.astronomy@gmail.com













Friday, October 22, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...DAN DIMASUKKANLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA DENGAN IZIN TUHAN MEREKA. UCAPAN PENGHORMATAN MEREKA DALAM SYURGA ITU IALAH 'SALAM',

TIDAKKAH KAMU PERHATIKAN BAGAIMANA ALLAH TELAH MEMBUAT PERUMPAMAAN KALIMAT YANG BAIK SEPERTI POHON YANG BAIK, AKARNYA TEGUH DAN CABANGNYA (MENJULANG) KE LANGIT..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 23 DAN 24, JUZUK 13 

Monday, October 18, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC660

BURUJ:   PISCES

KELAS:   GALAKSI

LOKASI:   01h 43m 02s  /  +13o 38' 42"

JARAK:   45 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +12.0

SAIZ:    2'.71  X  0'.84

NGC660 ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG BERADA DI DALAM BURUJ PISCES. IA ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG SUNGGUH PELIK DAN UNIK DI MANA NGC660 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BERBENTUK DAN BERSAIZ YANG LUAR BIASA. SELAIN ITU, NGC660 JUGA MERUPAKAN SALAH SATU GALAKSI YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'POLAR-RING GALAXY' YANG MANA GEGELANG LUAR GAS SERTA BINTANG-BINTANG DI GALAKSI INI BERPUTAR PADA 'KUTUB' (POLAR) GALAKSI TERSEBUT.

NGC660 BERKEMUNGKINAN TERBENTUK DARI PERLANGGARAN DUA GALAKSI BERBILION TAHUN DAHULU. NAMUN, DIPERMULAAN PEMBENTUKAN TERSEBUT IA TERJADI DARI GALAKSI 'CAKERA' YANG 'LEPER' (FLAT) TELAH 'MENANGKAP' BAHAN-BAHAN DARI GALAKSI YANG 'MELINTASI' GALAKSI 'CAKERA' TERSEBUT, SEHINGGA PENGGABUNGAN TERSEBUT MEMBENTUK 'PUTARAN GEGELANG' (ROTATING RING).








camp.astronomy@gmail.com














Friday, October 15, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...DAN BERKATALAH SYAITAN TATKALA PERKARA (HISAB) TELAH DISELESAIKAN: "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEPADAMU JANJI YANG BENAR, DAN AKUPUN TELAH MENJANJIKAN KEPADAMU TETAPI AKU MENYALAHINYA. SEKALI-KALI TIDAK ADA KEKUASAAN BAGIKU TERHADAPMU, MELAINKAN (SEKADAR) AKU MENYERU KAMU LALU KAMU MEMATUHI SERUANKU, OLEH SEBAB ITU JANGANLAH KAMU MENCERCA AKU, AKAN TETAPI CERCALAH DIRIMU SENDIRI . AKU SEKALI-KALI TIDAK DAPAT MENOLONGMU DAN KAMUPUN SEKALI-KALI TIDAK DAPAT MENOLONGKU. SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MEMBENARKAN PERBUATANMU MEMPERSEKUTUKAN AKU (DENGAN ALLAH) SEJAK DAHULU". SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU MENDAPAT SIKSAAN YANG PEDIH..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 22, JUZUK 13

Monday, October 11, 2021

MENGENALI BULAN

KAWAH JANSSEN

KATEGORI:   KAWAH (CRATER)

LOKASI:   KAWAH JANSSEN BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN IAITU PADA KOORDINAT 44.96o SELATAN  ;  40.82o TIMUR.

KELUASAN:   KAWAH JANSSEN MEMPUNYAI KELUASAN 201 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 2.9 KILOMETER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH JANSSEN TERBENTUK PADA ERA "UPPER IMBRIAN EPOCH" IAITU LEBIH KURANG -3.8 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   KAWAH JANSSEN ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BERADA DI 

PEMERHATIAN:   KAWAH JANSSEN ADALAH SEBUAH KAWAH YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH JANSSEN, TEROPONG BERKUASA RENDAH SUDAH CUKUP UNTUK TUJUAN INI. NAMUN, DENGAN PENGGUNAAN TELESKOP, LANSKAP INI AKAN MENJADI LEBIH MENARIK KERANA KITA DAPAT MENCERAP KAWAH JANSSEN DENGAN LEBIH TERPERINCI.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH JANSSEN.

PENGHORMATAN:   KAWAH JANSSEN DI NAMAKAN SEMPENA PIERRE JULES CESAR JANSSEN IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS. BELIAU DILAHIRKAN PADA 22 FEBRUARI, 1824 DI PARIS, PERANCHIS DAN MENINGGAL DUNIA PADA 23 DISEMBER, 1907 DI MEUDON, PERANCHIS KETIKA BERUSIA 83 TAHUN.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, October 8, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 

"...DAN MEREKA SEMUANYA (DI PADANG MAHSYAR) AKAN BERKUMPUL MENGHADAP KE HADRAT ALLAH, LALU BERKATALAH ORANG-ORANG YANG LEMAH KEPADA ORANG-ORANG YANG SOMBONG: "SESUNGGUHNYA KAMI DAHULU ADALAH PENGIKUT-PENGIKUTMU, MAKA DAPATKAH KAMU MENGHINDARKAN DARIPADA KAMI AZAB ALLAH (WALAUPUN) SEDIKIT SAHAJA? MEREKA MENJAWAB: "SEANDAINYA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA KAMI, NESCAYA KAMI DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADAMU. SAMA SAHAJA BAGI KITA, APAKAH KITA MENGELUH ATAUKAH BERSABAR. SEKALI-KALI KITA TIDAK MEMPUNYAI TEMPAT UNTUK MELARIKAN DIRI"..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 21, JUZUK 13

Monday, October 4, 2021

OBJEK DI LANGIT

IC2177

BURUJ:   MONOCEROS

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) 

LOKASI:   07h 04m 25s  /  -10o 27' 18"

JARAK:   3,650 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +15.23

SAIZ:   20'  X  20'

IC2277 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ MONOCEROS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SEAGULL NEBULA' (NEBULA BURUNG CAMAR) YANG KADANG-KADANG DIPANGGIL OLEH AMATUR ASTRONOMI UNTUK KAWASAN 'PANCARAN' INI, WALAUPUN IANYA LEBIH KEPADA KAWASAN YANG MELIPUTI KAWASAN 'KEJIRANAN' IAITU KLUSTER BINTANG-BINTANG, AWAN DEBU, SERTA NEBULA PANTULAN. IANYA TERMASUK KLUSTER TERBUKA NGC2335 DAN NGC2343.

NGC2327 TERLETAK DI DALAM IC2177, YANG DIKENALI SEBAGAI KEPALA 'SEAGULL' SESUAI DENGAN 'KEHADIRAN' BENTUK YANG BESAR SEPERTI 'KEPALA' DALAM BENTUK BURUNG CAMAR DI NEBULA 'SEAGULL'. KAWASAN NEBULA INI TERLETAK SEPANJANG SEMPADAN ANTARA BURUJ MONOCEROS DENGAN BURUJ CANIS MAJOR YANG MERUPAKAN SUATU NEBULA PANCARAN YANG TERANG.

IC2177 TELAH DITEMUKAN OLEH AMATUR ASTRONOMI WALES IAITU ISAAC ROBERT DALAM TAHUN 1898.








camp.astronomy@gmail.com














Friday, October 1, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...ORANG-ORANG YANG KAFIR KEPADA TUHANNYA, AMALAN-AMALAN MEREKA ADALAH SEPERTI ABU YANG DITIUP ANGIN DENGAN KERAS PADA SUATU HARI YANG BERANGIN KENCANG. MEREKA TIDAK DAPAT MENGAMBIL MANFAAT SEDIKITPUN DARI APA YANG TELAH MEREKA USAHAKAN (DI DUNIA). YANG DEMIKIAN ITU ADALAH KESESATAN YANG JAUH.

TIDAKKAH KAMU PERHATIKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN HAK? JIKA DIA MENGHENDAKI, NESCAYA DIA MEMBINASAKAN KAMU DAN MENGGANTI (MU) DENGAN MAKHLUK YANG BAHARU,

DAN YANG DEMIKIAN ITU SEKALI-KALI TIDAK SUKAR BAGI ALLAH..."


SURAH IBRAHIM, AYAT 18 HINGGA 20, JUZUK 13