Monday, October 5, 2020

OBJEK DI LANGIT

 NGC604

BURUJ:   TRIANGULUM

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   01h 34m 33s  /  +30o 47' 06"

JARAK:   2.7 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +14.0

SAIZ:   1'.93  X  1'.2

NGC604 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BERADA DI DALAM BURUJ TRIANGULUM. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 11hb SEPTEMBER, 1784. NGC604 IALAH SEBUAH KAWASAN 'H II REGION' IAITU KAWASAN DI MANA ATOM-ATOM HIDROGEN DI'ION'KAN (IONIZED) YANG KEBIASAANNYA 'AWAN' (CLOUD) GAS YANG SEBAHAGIANYA TELAH DIIONKAN BAGI PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG. IA MERUPAKAN 'H II REGION' YANG TERBESAR ANTARA KAWASAN-KAWASAN 'H II REGIONS' YANG TERDAPAT DI DALAM SENARAI 'THE LOCAL GROUP OF GALAXIES' YANG MENGANDUNGI ANDROMEDA GALAXY (YANG TERBESAR), THE MILKY WAY GALAXY (KEDUA TERBESAR), THE TRIANGULUM GALAXY (KE TIGA TERBESAR) SERTA GALAKSI-GALAKSI YANG LAIN.

NGC604 BERUKURAN DIAMETER 1,520 TAHUN CAHAYA IAITU 40 KALI SAIZ BAHAGIAN 'ORION NEBULA' YANG KENAMPAKAN SERTA 6,300 KALI LEBIH BERSINAR DARI 'ORION NEBULA'. GAS DI DALAM NGC604 DIIONKAN OLEH BINTANG YANG BESAR DI DALAM KLUSTER DI 'TERAS' DENGAN 200 BINTANG-BINTANG YANG BERSPEKTRUM 'JENIS O' DAN JUGA 'JENIS WOLF-RAYET'.

TIDAK SEPERTI 'PUSAT' KLUSTER R136 NEBULA TARANTULA YANG BERADA DI 'LARGE MAGELLANIC CLOUD' (AWAN MAGELLANIC BESAR), PUSAT KLUSTER NGC604 ADALAH SALAH SATU 'PUSAT' YANG AGAK TIDAK 'PADAT' SERTA LEBIH KESAMAAN DENGAN 'A LARGE STELLAR ASSOCIATION'; IAITU KLUSTER YANG 'LONGGAR' DAN TIDAK 'TERIKAT', LEBIH 'LONGGAR' / TIDAK 'TERIKAT' DARIPADA KLUSTER TERBUKA DAN KLUSTER GLOBULAR (BUNDAR), DAN MENGANDUNGI ANTARA 10 HINGGA LEBIH DARI 100 BINTANG-BINTANG.

DENGAN DEBU-DEBU YANG NYAMAN DAN GAS-GAS YANG HANGAT MENJADIKAN IANYA KEPULAN-KEPULAN STRUKTOR YANG SESUAI BAGI PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG DI NGC604 DI MANA LEBIH KURANG 200 BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG 'PANAS' MENETAP. DI ANTARA FILAMEN-FILAMEN TERDAPAT 'KEKOSONGAN-KEKOSONGAN' BESAR (GIANT VOIDS) YANG DIPENUHI DENGAN GAS-GAS YANG PANAS DAN MENGELUARKAN PANCARAN SINAR-X (X-RAY). DIPERCAYAI, GELEMBUNG-GELEMBUNG TERSEBUT DIHASILKAN DARI PERMUKAAN BINTANG-BINTANG 'MUDA' YANG BESAR DI SEGENAP NGC604. 








camp.astronomy@gmail.com










No comments:

Post a Comment