NGC 891 (CALDWELL 23)
BURUJ: ANDROMEDA
KELAS: UNBARRED SPIRAL GALAXY (GALAKSI BERPUTAR)
LOKASI: 02h 22m 33.4s / +42o 20' 57"
MAGNITUD: +10.8
JARAK: 30 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ: 13'.5 X 2'.5
NGC 891 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ANDROMEDA. SELAIN NGC 891, IA JUGA DISENARAIKAN SEBAGAI CALDWELL 23, DALAM CATALOG CALDWELL. NGC 891 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 6hb OKTOBER, 1784. NGC 891 KELIHATAN PADA SISI TEPI (EDGE-ON) JIKA DICERAP DARI BUMI. GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY) DAN NGC 891 MEMPUNYAI PERSAMAAN DALAM PELBAGAI ASPEK DAN CIRI-CIRI.
KAJIAN YANG DIJALANKAN MENUNJUKKAN TERDAPAT MOLEKUL-MOLEKUL HIDROGEN TERBUKTI KEMUNGKINAN HADIR DI PUSAT GALAKSI. CAKERA YANG BERDEBU MENUNJUKKAN CORAK GARISAN-GARISAN HALUS YANG AGAK GANJIL, BERSAMBUNGAN HINGGA KE LINGKARAN CAHAYA DAN MEMANCAR KELUAR DARI PUSAT CAKERA GALAKSI.
PAKAR ASTRONOMI PERCAYA IA BERLAKU APABILA SUPERNOVA MELETUS MENYEBABKAN DEBU-DEBU INTERSTELLAR (ANTARA BINTANG-BINTANG) TERPERCIK ATAU TERCAMPAK KELUAR DARIPADA CEKARA GALAKSI MENGHALA KE LINGKARAN CAHAYA (HALO). TERDAPAT SATU SUPERNOVA (SN), SN1986J, TELAH DITEMUKAN PADA 21hb OGOS, 1986 DALAM NGC 891. NGC 891 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'SILVER SILVER GALAXY'.
No comments:
Post a Comment