NGC1792
BURUJ: COLUMBA
KELAS: GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)
LOKASI: 05h 05m 14s / -37o 58' 51"
JARAK: 36.4 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +10.18
SAIZ: 5.52' x 2.76'
NGC1792 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ COLUMBA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SEORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 4hb OKTOBER, 1826.
SELAIN DARI GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY), NGC1792 JUGA ADALAH SEBUAH GALAKSI 'LEDAKAN-BINTANG' (STARBURST GALAXY) YANG BERSIFAT HURU-HARA DAN KACAU-BILAU DISEBABKAN OLEH TABURAN TOMPOKAN DEBU-DEBU YANG TERDAPAT DI SELURUH 'CAKERA' DI GALAKSI INI.
NGC1792 MENGANDUNGI KANDUNGAN GAS HIDROGEN 'SEMULAJADI' (NEUTRAL) YANG BANYAK BAGI MENJADI 'BAHAN' 'PEMBENTUKAN' BINTANG-BINTANG BAHARU DAN JUGA SESUNGGUHNYA SEBAGAI 'MEMPERCEPATKAN' PROSES 'PEMBENTUKAN' BINTANG-BINTANG TERSEBUT.
DI GALAKSI 'LEDAKAN-BINTANG', BINTANG-BINTANG TERBENTUK PADA KADAR TERLAMPAU PANTAS IAITU KADAR 'PEMBENTUKAN BINTANG BOLEH MENCAPAI SEPULUH KALI (10 TIMES) LEBIH PANTAS DIBANDINGKAN DENGAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' DI GALAKSI BIMA SAKTI.
BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI KAWASAN YANG BERWARNA BIRU ADALAH BINTANG-BINTANG YANG 'MUDA' (YOUNG STARS) SERTA BINTANG-BINTANG YANG 'PANAS'; YANG BERADA DI DALAM BAYANGAN BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA JINGGA IAITU BINTANG-BINTANG 'TUA' (OLDER STARS) SERTA 'SEJUK' (COOLER STARS) KELIHATAN BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' GALAKSI.
No comments:
Post a Comment