NGC 7008
BURUJ: CYGNUS
KELAS: NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)
LOKASI: 21h 00m 32.5s / +54o 32' 36.18"
MAGNITUD: +12.0
JARAK: 2,800 TAHUN CAHAYA
INFORMASI:
NGC7008 DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE FETUS NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). BENTUK DAN RUPANYA MENYERUPAI SEBUAH "FETUS" ATAU "JANIN MANUSIA" YANG BERADA DI DALAM SATU GELEMBUNG BERUPA SEPERTI "RAHIM SEORANG PEREMPUAN". NGC7008 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG AGAK PADAT DAN BULAT. KERANGKA LAPISAN LUAR (OUTER LAYER) YANG MEMBENTUK SEPERTI LAPISAN 'PERLINDUNGAN' KEPADA "JANIN" MENGEMBANG DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG 'DOMINAN' DI DALAM GELEMBUNG TERSEBUT. BINTANG-BINTANG TERSEBUT MENYEJUK SEHINGGA MENCAPAI PERINGKAT 'BINTANG KERDIL PUTIH' (WHITE DWARF STARS). NGC7008 MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER LEBIH KURANG 1 TAHUN CAHAYA DAN TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA BURUJ CYGNUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1787 DI SLOUGH, ENGLAND.
No comments:
Post a Comment