Friday, February 26, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...DAN SUATU TANDA (KEBESARAN ALLAH YANG BESAR) BAGI MEREKA ADALAH BAHAWA KAMI ANGKUT KETURUNAN MEREKA DALAM BAHTERA YANG PENUH MUATAN,

DAN KAMI CIPTAKAN UNTUK MEREKA YANG AKAN MEREKA KENDERAI SEPERTI BAHTERA ITU.

DAN JIKA KAMI MENGHENDAKI NESCAYA KAMI TENGGELAMKAN MEREKA, MAKA TIADALAH BAGI MEREKA PENOLONG DAN TIDAK PULA MERELA DISELAMATKAN.

TETAPI (KAMI SELAMATKAN MEREKA) KERANA RAHMAT YANG BESAR DARI KAMI DAN UNTUK MEMBERIKAN KESENANGAN HIDUP SAMPAI KEPADA SUATU KETIKA..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 41 HINGGA 44, JUZUK 23

Monday, February 22, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC5897

BURUJ:   LIBRA

KELAS:   KLUSTER GLOBAL / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   15h 17m 24s  /  -21o 00' 36"

JARAK:   41,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.52

SAIZ:   6.3'  x  6.3'

NGC5897 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA  DI DALAM BURUJ LIBRA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 25hb APRIL, 1784.

NGC5897 DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH 'SATELIT' BAGI GALAKSI BIMA SAKTI DISEBABKAN KEDUDUKAN GALAKSI INI YANG BERADA DI KAWASAN YANG TERPENCIL. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER INI MERUPAKAN BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG BERWARNA BIRU. INI MENGGAMBARKAN ERA BERGANDA  'PEMBENTUKAN' BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KLUSTER NGC5897.

NGC5897 ADALAH KLUSTER GLOBAL YANG DIKATAGORIKAN DALAM 'KELAS XI' MENURUT 'THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS' IAITU KLUSTER INI MEMPUNYAI KEPADATAN YANG AGAK RENDAH WALAUPUN DI 'TERAS' KLUSTER.

WALAUPUN BEGITU, NGC5897 KELIHATAN AGAK TERANG DAN MENARIK. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 170 TAHUN CAHAYA. DI BAHAGIAN LUARAN KLUSTER INI KURANG MENYINAR DENGAN BINTANG-BINTANG YANG BERTEBARAN DI SEKELILING KLUSTER, TETAPI KEADAAN INI MENJADI SEMAKIN CERAH SECARA BERANSUR-ANSUR MENGHAMPIRAN 'TERAS' KLUSTER NGC5897.

BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER NGC5897 BOLEH DILIHAT DENGAN AGAK JELAS (RESOLVABLE), DAN BUKAN KELIHATAN KABUR. TERNYATA KELIHATAN KLUSTER INI TIDAK MENUNJUKAN KEPADATAN YANG TINGGI DI 'NUKLEUS' YANG MENJADI KEBIASAAN BAGI KEBANYAKAN KLUSTER GLOBAL.





camp.astronomy@gmail.com








Friday, February 19, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...DAN TELAH KAMI TETAPKAN BAGI BULAN MANZILAH-MANZILAH, SEHINGGA (SETELAH DIA SAMPAI KE MANZILAH YANG TERAKHIR) KEMBALILAH DIA SEBAGAI BENTUK TANDAN YANG TUA.

TIDAKLAH MUNGKIN BAGI MATAHARI MENDAPATKAN BULAN DAN MALAMPUN TIDAK DAPAT MENDAHULUI SIANG. DAN MASING-MASING BEREDAR PADA GARIS EDARNYA..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 39 DAN 40, JUZUK 23

Monday, February 15, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC1792

BURUJ:   COLUMBA

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   05h 05m 14s  /  -37o 58' 51"

JARAK:   36.4 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.18

SAIZ:   5.52'  x  2.76'

NGC1792 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ COLUMBA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SEORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 4hb OKTOBER, 1826.

SELAIN DARI GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY), NGC1792 JUGA ADALAH SEBUAH GALAKSI 'LEDAKAN-BINTANG' (STARBURST GALAXY) YANG BERSIFAT HURU-HARA DAN KACAU-BILAU DISEBABKAN OLEH TABURAN TOMPOKAN DEBU-DEBU YANG TERDAPAT DI SELURUH 'CAKERA' DI GALAKSI INI.

NGC1792 MENGANDUNGI KANDUNGAN GAS HIDROGEN 'SEMULAJADI' (NEUTRAL) YANG BANYAK BAGI MENJADI 'BAHAN' 'PEMBENTUKAN' BINTANG-BINTANG BAHARU DAN JUGA SESUNGGUHNYA SEBAGAI 'MEMPERCEPATKAN' PROSES 'PEMBENTUKAN' BINTANG-BINTANG TERSEBUT.

DI GALAKSI 'LEDAKAN-BINTANG', BINTANG-BINTANG TERBENTUK PADA KADAR TERLAMPAU PANTAS IAITU KADAR 'PEMBENTUKAN BINTANG BOLEH MENCAPAI SEPULUH KALI (10 TIMES) LEBIH PANTAS DIBANDINGKAN DENGAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' DI GALAKSI BIMA SAKTI.

BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI KAWASAN YANG BERWARNA BIRU ADALAH BINTANG-BINTANG YANG 'MUDA' (YOUNG STARS) SERTA BINTANG-BINTANG YANG 'PANAS'; YANG BERADA DI DALAM BAYANGAN BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA JINGGA IAITU BINTANG-BINTANG 'TUA' (OLDER STARS) SERTA 'SEJUK' (COOLER STARS) KELIHATAN BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' GALAKSI.


NGC1792 KELIHATAN SUNGGUH BERCAHAYA DISEBABKAN OLEH RADIASI INFRA-MERAH YANG DIHASILKAN OLEH DEBU-DEBU YANG DIHANGATKAN OLEH HABA DARI BINTANG-BINTANG 'MUDA' BERWARNA BIRU TERSEBUT.




camp.astronomy@gmail.com









Friday, February 12, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "... MAHA SUCI TUHAN YANG TELAH MENCIPTAKAN PASANGAN-PASANGAN SEMUANYA, BAIK DARI APA YANG DITUMBUHKAN OLEH BUMI DAN DARI DIRI MEREKA MAHUPUN DARI APA YANG TIDAK MEREKA KETAHUI.

DAN SUATU TANDA (KEKUASAAN ALLAH YANG BESAR) BAGI MEREKA ADALAH MALAM; KAMI TANGGALKAN SIANG DARI MALAM ITU, MAKA DENGAN SERTA MERTA MEREKA BERADA DALAM KEGELAPAN,

DAN MATAHARI BERJALAN DI TEMPAT PEREDARANNYA. DEMIKIANLAH KETETAPAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 36 HINGGA 38, JUZUK 23

Monday, February 8, 2021

MENGENALI BULAN

 PETAVIUS CRATER  (KAWAH PETAVIUS)


LOKASI:   KAWAH PETAVIUS TERLETAK DALAM SUKUAN TENGGARA KUADRAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 25.3o SELATAN ; 60.4o TIMUR.


ERA:   KAWAH PETAVIUS TERBENTUK PADA ERA  IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 JUTA TAHUN DAJHULU HINGGA -3.2 JUTA TAHUN DAHULU.


INFO:  KAWAH PETAVIUS MERUPAKAN SEBUAH KAWAH YANG BESAR YANG TERBENTUK DARI MASA KESAN IMPAK HENTAMAN PADA ERA IMBRIAN DAHULU. KEDUDUKANNYA DI BAHAGIAN TENGGARA MARE FECUNDITATIS YANG TERLETAK DI PINGGIR TENGGARA BULAN. DI SEBELAH BARAT-LAUT TERDAPAT CRATER WROTTESLEY. MANAKALA DI SEBELAH TENGGARA TERDAPAT CRATER PALITZSCH, CRATER HASE DAN JUGA VALLIS PALITZSCH. JAUH DI UTARA TERDAPAT KAWAH YANG BESAR JUGA IAITU CRATER VENDELINUS. TEBING LUARAN KAWAH PETAVIUS MEMPUNYAI KETEBALAN YANG BESAR DENGAN DIAMETER SELUAS 177 KM. LINGKARAN SEPANJANG BAHAGIAN SELATAN DAN BARAT MEMAPARKAN LAPISAN BINGKAI-BINGKAI. BEBERAPA RABUNG MENYINAR MENGHALA KE LUAR DARIPADA LINGKARAN KAWAH. LANTAI KAWAH YANG AGAK BERBENTUK 'CEMBUNG' DI SEBABKAN OLEH PENAMBAKAN LAPISAN DEMI LAPISAN OLEH ALIRAN LAHAR GUNUNG BERAPI. TERDAPAT SATU ALIRAN 'ANAK SUNGAI' (RILLE) DI PERMUKAAN LANTAI KAWAH PETAVIUS IAITU RIMAE PETAVIUS. SEBUAH GUNUNG YANG MENONJOL DI PUSAT LANTAI KAWAH DENGAN PEMBENTUKAN DUA PUNCAK GUNUNG SETINGGI 1700 METER DARI LANTAI KAWAH.


PEMERHATIAN:  CRATER PETAVIUS MEMANG MENARIK UNTUK DICERAP BERMULA PADA HARI KETIGA SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) SEHINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).


PERALATAN:  UNTUK TUJUAN MENCERAP CRATER PETAVIUS, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.




Friday, February 5, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...DAN SUATU TANDA (KEKUASAAN ALLAH YANG BESAR)  BAGI MEREKA ADALAH BUMI YANG MATI. KAMI HIDUPKAN BUMI ITU DAN KAMI KELUARKAN DARIPADANYA BIJI-BIJIAN, MAKA DARIPADANYA MEREKA MAKAN.

DAN KAMI JADIKAN PADANYA KEBUN-KEBUN KURMA DAN ANGGUR DAN KAMI PANCARKAN PADANYA BEBERAPA MATA AIR,

SUPAYA MEREKA DAPAT MAKAN DARI BUAH-NYA, DAN DARI APA YANG DIUSAHAKAN OLEH TANGAN MEREKA. MAKA MENGAPAKAH MEREKA TIDAK BERSYUKUR?..."


SURAH YAA SIIN, AYAT 33 HINGGA 35, JUZUK 23

Monday, February 1, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC 7008

BURUJ:  CYGNUS

KELAS:  NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)

LOKASI:  21h 00m 32.5s / +54o 32' 36.18"

MAGNITUD:  +12.0

JARAK:  2,800 TAHUN CAHAYA

INFORMASI:

NGC7008 DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE FETUS NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). BENTUK DAN RUPANYA MENYERUPAI SEBUAH "FETUS" ATAU "JANIN MANUSIA" YANG BERADA DI DALAM SATU GELEMBUNG BERUPA SEPERTI "RAHIM SEORANG PEREMPUAN". NGC7008 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG AGAK PADAT DAN BULAT. KERANGKA LAPISAN LUAR (OUTER LAYER) YANG MEMBENTUK SEPERTI LAPISAN 'PERLINDUNGAN' KEPADA "JANIN" MENGEMBANG DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG 'DOMINAN' DI DALAM GELEMBUNG TERSEBUT. BINTANG-BINTANG TERSEBUT MENYEJUK SEHINGGA MENCAPAI PERINGKAT 'BINTANG KERDIL PUTIH' (WHITE DWARF STARS). NGC7008 MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER LEBIH KURANG 1 TAHUN CAHAYA DAN TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA BURUJ CYGNUS. IA TELAH DITEMUKAN  OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1787 DI SLOUGH, ENGLAND.





KEDUDUKAN NGC7008 DALAM BURUJ CYGNUS