PROMONTORIUM HERACLIDES (TANJUNG HERACLIDES)
LOKASI: PROMONTORIUM HERACLIDES BERADA DALAM SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT-LAUT MARE IMBRIUM IAITU PADA KOORDINAT 40.3o UTARA : 33.2o BARAT.
ERA: PROMONTORIUM HERACLIDES TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA - 3,2000 JUTA TAHUN DAHULU.
PROMONTORIUM (TANJUNG) HERACLIDES ADALAH SEBUAH TANJUNG DARI BANJARAN GUNUNG YANG MENINGGI SEPERTI TEBING YANG TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT TASIK SINUS IRIDUM. IA MERUPAKAN PENGHUJUNG KEPADA BANJARAN GUNUNG MONTES JURA. IA MEMPUNYAI KELUASAN SEHINGGA 50 KM DIAMETER. KAPAL ANGKASA RUSSIA, LUNA 17, PERNAH MENDARAT 30 KM DARI PROMONTORIUM HERACLIDES PADA 17hb NOV, 1970. LANSKAP DI SEKITAR PROMONTORIUM HERACLIDES DIGAMBARKAN SEBAGAI WAJAH SEORANG PEREMPUAN YANG MEMERHATIKAN KE SEBERANG SINUS IRIDUM, SEBUAH TELUK, DAN DARI SITU, IA DIKENALI SEBAGAI 'THE MOON MAIDEN'.
PEMERHATIAN: PROMONTORIUM HERACLIDES MERUPAKAN SUATU LANSKAP YANG SANGAT MENARIK. IA BOLEH DICERAP BERMULA HARI KE TIGA SELEPAS 'SUKU PERTAMA BULAN' (FIRST QUARTER MOON) SEHINGGA HARI KE DUA 'SUKU TERAKHIR BULAN' (LAST QUARTER MOON).
PERALATAN: BAGI TUJUAN MENCERAP PROMONTORIUM HERACLIODES, SEKURANG-KURANG, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENGHORMATAN: PROMONTORIUM HERACLIDES DINAMAKAN SEMPERNA HERACLIDES PONTICUS, SEORANG PAKAR FALSAFAH DAN ASTRONOMI GREEK PADA KURUN KE 4.
KEDUDUKAN PROMONTORIUM HERACLIDES