LACUS HIEMALIS (TASIK HIEMALIS - THE LAKE OF WINTER)
KATEGORI: TASIK (LAKE ATAU LACUS)
LOKASI: LACUS HIEMALIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS HIEMALIS IALAH 14.0O TIMUR SERTA 15.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.
KELUASAN: LACUS HIEMALIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 50 km.
ERA PEMBENTUKAN: LACUS HIEMALIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: LACUS HIEMALIS ATAU DIPANGGIL JUGA SEBAGAI 'THE LAKE OF WINTER' ATAU 'TASIK MUSIM SEJUK' MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG KECIL, KEHITAMAN SERTA PERMUKAANNYA RATA TERLETAK ANTARA BINGKAI DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS DENGAN TEBING CURAM DI BAHAGAIAN BARAT-DAYA KAWAH MENELAUS. TERDAPAT KAWAH MENELAUS C DI SEBELAH TENGGARA LACUS HIEMALIS.
DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT KAWAH DAUBREE, MARE SERENITATIS SERTA BANJARAN GUNUNG DARI MONTES HAEMUS YANG MEMANJANG MEMINGGIRI MARE SERENITATIS. DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH MENELAUS SERTA KAWAH AUWERS. DI BAHAGIAN TENGGARA, TERDAPAT SINUS HONORIS; MANAKALA, KAWAH JULIUS CAESAR SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN LACUS HIEMALIS. LACUS LENITATIS SERTA KAWAH MANILIUS BERADA DI SEBELAH BARAT LACUS HIEMALIS.
PEMERHATIAN: LACUS HIEMALIS DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.
PENGHORMATAN: MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).
No comments:
Post a Comment