Friday, September 28, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DI ANTARA MEREKA (ORANG-ORANG MUNAFIK) ADA YANG MENYAKITI NABI DAN MENGATAKAN: "NABI MEMPERCAYAI SEMUA APA YANG DIDENGARNYA". KATAKALAH: "IA MEMPERCAYAI SEMUA YANG BAIK BAGI KAMU, IA BERIMAN KEPADA ALLAH, MEMPERCAYAI ORANG-ORANG MU'MIN, DAN MENJADI RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARA KAMU". DAN OARNG-ORANG YANG MENYAKITI RASULULLAH ITU, BAGI MEREKA AZAB YANG PEDIH..."


SURAH AT TAUBAH (PENGAMPUNAN), AYAT 61, JUZUK 10

Friday, September 21, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA ZAKAT-ZAKAT ITU, HANYALAH UNTUK ORANG-ORANG FAKIR, ORANG-ORANG MISKIN, PENGURUS-PENGURUS ZAKAT, PARA MU'ALLAF YANG DIBUJUK HATINYA, UNTUK (MEMERDEKAKAN) BUDAK, ORANG-ORANG YANG BERHUTANG, UNTUK JALAN ALLAH DAN ORANG-ORANG YANG SEDANG DALAM PERJALANAN, SEBAGAI SESUATU KETETAPAN YANG DIWAJIBKAN ALLAH; DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA..."


SURAH AT TAUBAH (PENGAMPUNAN), AYAT 60, JUZUK 10

Friday, September 14, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...JIKALAU MEREKA SUNGGUH-SUNGGUH REDHA DENGAN APA YANG DIBERIKAN ALLAH DAN RASUL-NYA KEPADA MEREKA, DAN BERKATA: "CUKUPLAH ALLAH BAGI KAMI, ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEPADA KAMI SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA DAN DEMIKIAN (PULA) RASUL-NYA, SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH ORANG-ORANG YANG BERHARAP KEPADA ALLAH", (TENTULAH YANG DEMIKIAN LEBIH BAIK BAGI MEREKA)..."


SURAH AT TAUBAH (PENGAMPUNAN), AYAT 59, JUZUK 10

Monday, September 10, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS HIEMALIS  (TASIK HIEMALIS - THE LAKE OF WINTER)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS HIEMALIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS HIEMALIS IALAH 14.0O TIMUR SERTA 15.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.


KELUASAN:   LACUS HIEMALIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 50 km.


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS HIEMALIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS HIEMALIS ATAU DIPANGGIL JUGA SEBAGAI 'THE LAKE OF WINTER' ATAU 'TASIK MUSIM SEJUK' MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG KECIL, KEHITAMAN SERTA PERMUKAANNYA RATA TERLETAK ANTARA BINGKAI DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS DENGAN TEBING CURAM DI BAHAGAIAN BARAT-DAYA KAWAH MENELAUS. TERDAPAT KAWAH MENELAUS C DI SEBELAH TENGGARA LACUS HIEMALIS. 
DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT  KAWAH DAUBREE, MARE SERENITATIS SERTA BANJARAN GUNUNG DARI MONTES HAEMUS YANG MEMANJANG MEMINGGIRI MARE SERENITATIS. DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH MENELAUS SERTA KAWAH AUWERS. DI BAHAGIAN TENGGARA, TERDAPAT SINUS HONORIS; MANAKALA, KAWAH JULIUS CAESAR SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN LACUS HIEMALIS. LACUS LENITATIS SERTA KAWAH MANILIUS BERADA DI SEBELAH BARAT LACUS HIEMALIS.


PEMERHATIAN:   LACUS HIEMALIS DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS HIEMALIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' 
BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS HIEMALIS.

PENGHORMATAN:   MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).



camp.astronomy@gmail.com

Friday, September 7, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN DI ANTARA MEREKA ADA ORANG YANG MENCELAMU TENTANG (PEMBAHAGIAN) ZAKAT; JIKA MEREKA DIBERI SEBAHAGIAN DARIPADANYA, MEREKA BERSENANG HATI, DAN JIKA MEREKA TIDAK DIBERI SEBAHAGIAN DARIPADANYA, DENGAN SERTA MERTA MEREKA MENJADI MARAH..."


SURAH AT TAUBAH (PENGAMPUNAN), AYAT 58, JUZUK 10