KAWAH (CRATER)
LOKASI:
KAWAH ARCHIMEDES TERLETAK DI SUKU BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KEDUDUKAN KAWAH ARCHIMEDES ADALAH 4O BARAT DAN 29.7O UTARA.
KELUASAN:
KAWAH ARCHIMEDES MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 83 km DAN KEDALAMAN 2.1 km. IA TERLETAK DALAM MARE IMBRIUM.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ARCHIMEDES TERBENTUK DALAM ERA "UPPER IMBRIUM" IAITU DARI -3.8 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
KAWAH ARCHIMEDES MEMPUNYAI BENTUK FORMASI BULAT (CIRCULAR) DENGAN LERENG YANG CURAM DAN TEBING TERES YANG AGAK TINGGI. LANTAI KAWAH YANG RATA DAN DIPENUHI DENGAN LAVA. KAWAH ARCHIMEDES ADALAH KAWAH YANG TERBESAR DI DALAM MARE IMBRIUM.
~ DI BAHAGIAN UTARA KAWAH ARCHIMEDES TERDAPAT BANJARAN MONTES SPITZBERGEN DAN KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH SPITZBERGEN A, SPITZBERGEN C DAN ARISTILLUS B
~ DI BAHAGIAN BARAT TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH BANCROFT, BEER, FEUILLEE DAN MACMILLAN
~ DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH AUTOLYCUS, ARISTILLUS, ARISTILLUS C DAN SPUR; TELUK SINUS LUNICUS; PALUS PUTREDINIS (UMPAMA KAWASAN BERPAYA "MARSH" YANG DAHULU TERDAPAT AIR); DAN RANGKAIAN TERUSAN RIMAE FRESNEL SERTA RIMAE THEAETETUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH MACMILLAN, BELA DAN WALLACE; BANJARAN MONTES ARCHIMEDES DAN MONTES APENNINUS; RANGKAIAN TERUSAN RIMAE ARCHIMEDES DAN TERUSAN RIMA BRADLEY
PEMERHATIAN:
KAWAH ARCHIMEDES MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKUAN PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE 6 SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)
PERALATAN:
KAWAH ARCHIMEDES DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR, NAMUN DENGAN PENGGUNAAN TELESKOP JENIS PEMBIASAN, "REFRECTOR" DENGAN KUASA 50mm, IA DAPAT DICERAP DENGAN LEBIH TERPERINCI.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH ARCHIMEDES. NAMUN, LUNA 2, IAITU KAPAL PROBE DARI SOVIET UNION TELAH TERHEMPAS DI ANTARA KAWAH ARCHIMEDES DAN KAWAH AUTOLYCUS. LUNA 2 MERUPAKAN KAPAL 'PROBE' YANG PERTAMA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. IA BERLAKU PADA SEPTEMBER 14, 1959.
PENGHORMATAN:
KAWAH ARCHIMEDES MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA ARCHIMEDES OF SYRACUSE IAITU AHLI MATHEMATICS DAN AHLI FIZIK GREEK PADA ABAD KE 3. ARCHIMEDES DILAHIRKAN DI SYRACUSE PADA 287 SEBELUM MASIHI DAN MENINGGAL JUGA DI SYRACUSE PADA 212 SEBELUM MASIHI. ARCHIMEDES TERKENAL DENGAN REKAAN TAKAL DAN TUIL (PULLEY AND THE LEVER). IA JUGA MEMPERKENALKAN NILAI "Pi" DAN IA JUGA TERKENAL DALAM BIDANG GEOMETRI. BELIAU TELAH MENEMUI 'THE STATIC' DAN JUGA 'THE HYDROSTATIC'. ARCHIMEDES TELAH TERBUNUH SEMASA "SIEGE OF SYRACUSE" OLEH SEORANG ASKAR ROMAN, WALAUPUN ADA ARAHAN AGAR ARCHIMEDES TIDAK DI APA-APAKAN. SUMBANGAN BELIAU JUGA DI DALAM BIDANG MATHEMATIK, FIZIK, KEJURUTERAAN, ASTRONOMI DAN REKAAN.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
No comments:
Post a Comment