KAWAH (CRATER)
LOKASI:
KAWAH COPERNICUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR OCEANUS PROCELLARUM. KEDUDUKAN KAWAH COPERNICUS IALAH 9.7O UTARA DAN 20.0O BARAT.
KELUASAN:
KAWAH COPERNICUS MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 93 km. IA MEMPUNYAI KEDALAMAN 3.8 km.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH COPERNICUS TERBENTUK DALAM ERA COPERNICIAN IAITU DARI -1.1 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA KE MASA SEKARANG. IA DIPERCAYAI BERUSIA 800 JUTA TAHUN.
CIRI-CIRI:
~ DI BAHAGIAN UTARA KAWAH COPERNICUS TERDAPAT KAWAH GAY-LUSSAC A; MONTES CARPATUS (BANJARAN) DAN JUGA RIMA GAY-LUSSAC
~ DI BAHAGIAN TIMUR TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH STADIUS, STADIUS H, ERATOSTHENES, SCHROTER C, SCHROTER D, SCHROTER G DAN SCHROTER H
~ DI BAHAGIAN BARAT TERDAPAT KAWAH T.MAYER C, HORTENSIUS C DAN HORTENSIUS D
~ DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH FAUTH, FAUTH A, FAUTH E, FAUTH H, REINHOLD, REINHOLD B, GAMBAT, GAMBAT A, GAMBAT B, GAMBAT C, GAMBAT G, GAMBAT H, COPERNICUS C, COPERNICUS E DAN COPERNICUS H
PEMERHATIAN:
KAWAH COPERNICUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KEDUA SELEPAS PERINGKAT SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS PERINGKAT SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
TEROPONG BOLEH DIGUNAKAN. UNTUK MENDAPATKAN PEMANDANGAN KAWAH COPERNICUS YANG LEBIH TELITI, GUNAKAN 'REFRACTOR' BERKUASA 50m.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH COPERNICUS
NAMA ASAL:
KAWAH COPERNICUS MENGAMBIL NAMA NICOLAS COPERNIC. IA SEORANG ASTRONOMER POLAND PADA KURUN KE 16. NICOLAS COPERNIC DILAHIRKAN PADA 19hB FEBRUARI, 1473 DI TORUN, POLAND. IA MENINGGAL DUNIA PADA 24hB MEI, 1543 DI FRAUENBURG.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
No comments:
Post a Comment