Wednesday, June 5, 2013

MENGENALI BURUJ - ANDROMEDA

BURUJ ANDROMEDA




KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
AND

DESKRIPSI:
ANDROMEDA ADALAH ANAK KEPADA CEPHEUS DAN CASSIOPEIA. IA MENGANGGAP ANAKNYA LEBIH CANTIK DARIPADA ISTERI DAN DEWI-DEWI POSEIDON (DEWA LAUTAN). IA TERUS-MENERUS BERKATA DEMIKIAN SEHINGGA POSEIDON TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN CASSIOPEIA. MAKA, POSEIDON TELAH MENGHUKUM CASSIOPEIA DENGAN MERANTAI ANDROMEDA KE BATU DALAM KEADAAN TIDAK BERPAKAIAN UNTUK MENJADI HABUAN KEPADA RAKSAKSA LAUT. SESETENGAH MITOS MENYATAKAN RAKSAKSA LAUT ITU ADALAH CETUS. MANAKALA, PERSEUS YANG BAHARU SAHAJA BERJAYA MEMBUNUH GORGON MEDUSA, MELALUI TEMPAT DI MANA ANDROMEDA DIRANTAI. TERPESONA DENGAN KECANTIKAN ANDROMEDA, PERSEUS MENAWARKAN DIRI UNTUK MENYELAMATKAN ANDROMEDA DENGAN SYARAT IA AKAN MENGAHWINI ANDROMEDA. CEPHEUS DAN CASSIOPEIA TIDAK BERAPA BERSETUJU DENGAN SYARAT TERSEBUT, NAMUN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN LAIN. AKHIRNYA MEREKA BERSETUJU. PERSEUS BERJAYA MENGELIRUKAN RAKSAKSA LAUT DAN IA DAPAT MEMOTONG KEPALA RAKSAKSA LAUT TERSEBUT. MAKA, PERSEUS DIKAHWINKAN DENGAN ANDROMEDA.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ANDROMEDA TERLETAK DI GARISAN LINTANG +22O UTARA HINGGA KE +54O UTARA DAN GARISAN TEGAK 2h 40m HINGGA 22h 55m. IA MEMPUNYAI KELUASAN 722 DARJAH (O) PERSEGI DAN MERUPAKAN BURUJ YANG KE 19 TERLUAS DI LANGIT. BURUJ ANDROMEDA DAPAT DILIHAT DARI GARISAN LINTANG +90O UTARA HINGGA KE -40O SELATAN. BURUJ ANDROMEDA DIKELILINGI OLEH BEBERAPA BURUJ LAIN. DI UTARA, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA. DI BAHAGIAN BARAT PULA, BURUJ CEPHEUS DAN TRIANGULUM BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ANDROMEDA. DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LACERTA, MANAKALA DI SELATAN BERSEMPADANAN DENGAN BURUJ PISCES DAN PEGASUS.

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARY (BINARY):
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG BINARI DALAM LINGKUNGAN BURUJ ANDROMEDA. BINTANG BINARI IALAH BINTANG YANG MEMPUNYAI BINTANG LAIN KELIHATAN BERHAMPIRAN ANTARA SATU DENGAN LAIN; SAMAADA IA BERHUBUNG DENGAN CARA MENGORBIT BINTANG UTAMA DISEBABKAN TARIKAN GRAVITI (BINARI) ATAU DENGAN CARA KEDUDUKAN BINTANG UTAMA DAN BINTANG KOMPANI (COMPANION STAR) DILIHAT BERHAMPIRAN DARI SUDUT BUMI WALAUPUN JARAK KEDUA-DUA BINTANG ADALAH BERBEZA (OPTIKAL).
~ GAMMA1 DAN GAMMA2 MEMBENTUK BINTANG BINARI YANG MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN GAMMA1 KEEMASAN, MANAKALA GAMMA2 PULA BIRU. BINTANG BINARI INI MEMPUNYAI SISTEM BINTANG BINARI BERBILANG. GAMMA1 DAN GAMMA2 DENGAN MAGNITUD +2.5 DAN +5.0; P.A PADA 63O; SEP PADA JARAK 10". MANAKALA, BINTANG GAMMA2 JUGA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI (COMPANION STAR) IAITU C YANG BERMAGNITUD +6.3; P.A PADA SUDUT 104O; SEP PADA 0.5".
~ KAPPA ADALAH BINTANG BINARI YANG AGAK KABUR DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +11.0 PADA P.A BERSUDUT 194O DAN SEP PADA 46.8".
~ PI JUGA BINTANG BINARI YANG KABUR DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.9 PADA P.A DI SUDUT 173O DAN SEP PADA 36".
~ TAU JUGA BINTANG BINARI YANG KABUR DI MANA BINTANG KOMPANINYA BERMAGNITUD +10.0 PADA P.A 329O DAN SEP PADA 52.5".
~ PHI MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG BERMAGNITUD +5.0 DENGAN BINTANG KOMPANI +6.5; P.A PADA SUDUT 154O; SEP PADA 0.5".
~ OMEGA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +12.0. IA BERADA PADA P.A BERSUDUT 1220 DAN SEP PADA 1.9".

BINTANG VARIABLE:
BURUJ ANDROMEDA MEMPUNYAI BEBERAPA BINTANG VARIABLE. BINTANG VARIABLE IALAH BINTANG YANG BERUBAH MAGNITUD DALAM JANGKA MASA TERTENTU.
~ ZETA IALAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN SEBAGAI EB VARIABLE. IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.9 KE +4.1 DALAM JANGKA MASA 17.77 HARI.
~ LAMBDA IALAH BINTANG YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI JENIS RS CVn VARIABLE. PERUBAHAN MAGNITUD DARI +3.7 KE +4.0 BERLAKU DALAM MASA 54.2 HARI.
~ OMICRON PULA DIKELASKAN DALAM KATEGORI JENIS GAMMA CAS VARIABLE. IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.6 KE +3.8.

PEMERHATIAN:
BURUJ ANDROMEDA DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN MASA YANG BERIKUT:
PADA BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM.
PADA BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM.
PADA BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM.
PADA BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM.
PADA BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM.

OBJEK 'DEEP SKY':
OBJEK 'DEEP SKY' YANG TERDAPAT DALAM BURUJ ANDROMEDA AGAK MENARIK.
~ M31 ATAU NGC224 LEBIH DIKENALI SEBAGAI GALAKSI ANDROMEDA (THE ANDROMEDA GALAXY). IA MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR YANG PALING MENARIK BERMAGNITUD +3.40 DAN BERKECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.50. IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR.


~ M32 ATAU NGC221 MERUPAKAN SATELIT TERCERAH KEPADA M31. IA DIKELASKAN SEBAGAI ELIPTIK GALAKSI DAN TERLETAK SETENGAH DARJAH (O) KE SELATAN M31. M32 BERMAGNITUD +8.10 DAN KECERAHAN +12.40.



~ M110 ATAU NGC205 JUGA ELIPTIK GALAKSI. SAIZNYA LEBIH BESAR DARI M32 TETAPI IANYA AGAK KABUR. BERKEDUDUKAN BARAT-LAUT DARI M31, IA BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +14.00.



~ NGC752 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN RATUSAN BINTANG YANG BERSELERAKAN. IA BERMAGNITUD +5.70 DENGAN KECERAHAN +13.93.


~ NGC891 ADALAH GALAKSI KECIL YANG AGAK KABUR. IA MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN +14.60.



~ NGC7662 ATAU DIPANGGIL "BLUE SNOWBALL" MERUPAKAN PLANETARI NEBULA BERWARNA BIRU-HIJAU. IA BERMAGNITUD +8.60 DENGAN KECERAHAN +5.60.



HUJAN METEOR:
BURUJ ANDROMEDA MENGHASILKAN HUJAN METEOR PADA BULAN NOVEMBER DAN DIKENALI SEBAGAI HUJAN METEOR ANDROMEDIDS (ANDROMEDIDS METEOR SHOWER). IA BERLAKU PADA PERTENGAHAN HINGGA KE AKHIR BULAN NOVEMBER, NAMUN BEGITU, HUJAN METEOR INI TIDAK BERAPA MENARIK. IA HANYA MEMPUNYAI KADAR METEOR SEJAM YANG RENDAH IAITU HANYA 2 HUJANAN METEOR SEJAM. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET BEILA.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                           CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                     atau
                           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

No comments:

Post a Comment