Saturday, June 1, 2013

BINTANG BINARI (BINARY STAR)

BINTANG BINARI (BINARY STAR)


HAMPIR SEPARUH DARIPADA KESELURUHAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT ADALAH DI KATEGORIKAN SEBAGAI BINTANG BERGANDA (DOUBLE STAR) ATAU BINTANG BERBILANG SISTEM (MULTIPLE STAR SYSTEM). APAKAH YANG MEMBUATKAN BINTANG BINARI AGAK MENGUJAKAN? ADAKAH KEDUDUKAN BINTANG KEDUA (SECONDARY STAR) YANG TERLALU HAMPIR DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) MENYUKARKAN MELIHAT KEDUA-DUA BINTANG ITU SEBENARNYA BINTANG BINARI? ATAU MELIHAT KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG HAMPIR SAMA DAN WARNA YANG SAMA? ATAU BINTANG UTAMA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG CERAH, MANAKALA BINTANG KEDUA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMAR? ATAU MUNGKIN JUGA, BINTANG UTAMA MEMPUNYAI WARNA PUTIH YANG BERSINAR, MANAKALA BINTANG KEDUA MEMPUNYAI WARNA YANG LAIN SEPERTI WARNA ROS, PINK, KUNING, BIRU MUDA, BIRU TUA ATAU VIOLET? WALAU APA PUN ALASANNYA, BINTANG BINARI AGAK MENARIK UNTUK DIKAJI KERANA HAMPIR SEPARUH DARIPADA KESELURUHAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT ADALAH DALAM KATEGORI INI.

~ JARAK DIPISAHKAN ATAU 'SEPARATION' (DITULIS SEBAGAI 'SEP') HANYA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR SEKIRANYA BINTANG UTAMA DAN BINTANG KEDUA BERADA DALAM JARAK YANG AGAK JAUH. NAMUN, BAGI BINTANG YANG MEMPUNYAI JARAK YANG TERLALU DEKAT, PENGGUNAAN TELESKOP YANG BESAR AMAT DIGALAKKAN. AHLI ASTRONOMI MENGIRA 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION) BINTANG BINARI DALAM UNIT "ARCSECONDS" ATAU DENGAN SIMBOL ' " '. SATU "ARCSECOND" ADALAH BERSAMAAN DENGAN SATU SUDUT YANG KECIL IAITU 1/60 DARIPADA "ARCMINUTE". SATU "ARCMINUTE" PULA BERSAMAAN DENGAN 1/60 DARIPADA 1 DARJAH (1O). UNTUK PERBANDINGAN, BULAN MEMPUNYAI SUDUT 1,800 "ARCSECONDS" ATAU 300 "ARCMINUTES" ATAU 5 DARJAH (5O).

~ SUDUT KEDUDUKAN ATAU 'POSITION ANGLE' (DI TULIS SEBAGAI P.A) DALAM BINTANG BINARI ADALAH BERKAITAN DENGAN SUDUT KEDUDUKAN BINTANG KEDUA (SECONDARY STAR) DARI BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) DARI UTARA. SEKIRANYA, BINTANG KEDUA BERADA PADA P.A 0O, IA BERMAKNA BINTANG KEDUA BERADA DI UTARA BINTANG UTAMA. PADA P.A 90O, IA BERADA DI TIMUR BINTANG UTAMA. PADA P.A 180O, BINTANG KEDUA BERADA DI SELATAN BINTANG UTAMA. MANAKALA, PADA P.A 270O, IA BERADA DI BARAT BINTANG UTAMA. 

TERDAPAT DUA JENIS KATEGORI BAGI BINTANG BINARI YANG DAPAT DIPERHATIKAN. MEREKA ADALAH:

~ OPTIK BERGANDA ATAU "OPTICAL DOUBLES"
   BINTANG-BINTANG DALAM KATEGORI INI KELIHATAN BERGANDA KERANA KEDUA-DUA
   BINTANG TERLETAK PADA GARISAN YANG SAMA PADA PANDANGAN DARI BUMI. WALAU
   PUN KEDUA-DUA BINTANG INI KELIHATAN HAMPIRAN ANTARA SATU DENGAN LAIN,
   NAMUN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI JARAK YANG BERBEZA DAN TIDAK MEMPUNYAI 
   PERSAMAAN FIZIKAL ANTARA KEDUANYA. SEBAGAI CONTOH, BINTANG ALCOR DAN 
   BINTANG MIZAR (DARI BURUJ URSA MAJOR) MERUPAKAN 'OPTIK BERGANDA' YANG 
   TERKENAL. BINTANG ALCOR (ETA) BERADA 100 TAHUN CAHAYA DARI BUMI,    
   MANAKALA, BINTANG MIZAR (ZETA A) PULA PADA JARAK 78 TAHUN CAHAYA. (BINTANG             
   MIZAR MEMPUNYAI BINTANG KEDUA YANG MENGORBIT BINTANG MIZAR YANG 
   DIPANGGIL ZETA B). DALAM KES BINTANG ALCOR DAN BINTANG MIZAR, IA TERJADI 
   KERANA KEDUDUKAN KEDUA-DUA BINTANG INI DAPAT DILIHAT BERADA PADA 
   KEDUDUKAN YANG HAMPIR MENYEBABKAN MEREKA DIKENALI SEBAGAI BINTANG  
   "OPTIK BERGANDA"

~ BINARI VISUAL ATAU "VISUAL BINARY"
   DALAM KES BINTANG MIZAR YANG MEMPUNYAI BINTANG KEDUA YANG MENGORBIT
   NYA, IA DIKENALI SEBAGAI BINARI VISUAL (VISUAL BINARY). TEMPOH BINTANG KEDUA
   MENGORBIT BINTANG UTAMA BERBEZA DARI PULUHAN RIBU TAHUN HINGGA KE 
   BEBERAPA TAHUN SAHAJA. KEBANYAKAN BINTANG BINARI VISUAL MENGORBIT 
   BINTANG UTAMA DALAM JANGKA MASA YANG LAMA. MAKA, P.A BINTANG KEDUA 
   KELIHATAN BERADA PADA P.A YANG KEKAL, TIDAK BERUBAH SEBAGAIMANA IA 
   DITEMUI. SEBAGAI CONTOH, BINTANG SIRIUS A DAN BINTANG SIRIUS B DALAM BURUJ 
   CANIS MAJOR. SIRIUS A BERMAGNITUD -1.5, MANAKALA SIRIUS B PULA BERMAGNITUD
   +8.5. KEDUA-DUA BINTANG PADA P.A 15O DAN SEP PADA 6".

~ SISTEM BINARI BERBILANG ATAU "MULTIPLE STAR SYSTEM"
   BAGI SISTEM BINARI BERBILANG ATAU 'MULTIPLE STAR SYSTEM' PULA, BINTANG
   UTAMA MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG BERBILANG YANG MELEBIHI DARI SATU
   BINTANG KEDUA. IA MUNGKIN ADA BINTANG KETIGA, BINTANG KEEMPAT ATAU 
   BINTANG KELIMA. BINTANG KEDUA DAN SETERUSNYA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG
   SEMAKIN PUDAR. (MAGNITUD BERNUMBOR BESAR DAN +, SEBAGAI CONTOH +6.5 DAN
   SETERUSNYA). SEBAGAI CONTOH, BINTANG MU BURUJ CANIS MAJOR, IA ADALAH SATU
   SISTEM BINTANG BERBILANG DENGAN TIGA BINTANG MENGORBITNYA IAITU BINTANG
   KEDUA (B), KETIGA (C) DAN KEMPAT (D).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL;

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"








No comments:

Post a Comment