MESSIER 41 / NGC2287
BURUJ: CANIS MAJOR
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 06h 46m 00s / -20o 45' 24"
JARAK: 2,300 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +4.5
SAIZ: 12'.0 X 12'.0
KATEGORI: II 3 m
MESSIER 41 ATAU NGC2287 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE BEEHIVE CLUSTER'. SELAIN M41 / NGC2287, IA JUGA TERSENARAI DI DALAM 'THE COLLINDER CATALOGUE' SEBAGAI 'COR 118' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER PADA TAHUN 1931.
M41 / NGC2287 TELAH DIKETAHUI PADA ZAMAN ARISTOTTE IAITU LEBIH KURANG PADA 325 SEBELUM MASIHI (B.C). IA TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUMTAHUN 1654. CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA TAHUN 1765 DAN TELAH MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 41' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'.
SEBANYAK LEBIH KURANG 100 BIJI BINTANG TERKANDUNG DI DALAM M41 / NGC2287, TERMASUK BEBERAPA BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH YANG PALING CERAH DENGAN KELAS 'SPECTRAL' JENIS K3 DENGAN MAGNITUD +6.3 YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS'; SERTA BEBERAPA BINTANG 'KERDIL' (DWARFS) BERWARNA PUTIH.
BINTANG CERAH YANG BERWARNA MERAH / JINGGA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' KLUSTER ADALAH BINTANG HIP32406, BINTANG 'GIANT' DENGAN KELAS 'SPECTRAL' JENIS K2 SERTA BERMAGNITUD +6.9. IA BERADA 1,500 TAHUN CAHAYA.
MENURUT INDEK 'TRUMPLER CLASSIFICATION', M41 / NGC2287 DIKATEGORIKAN SEBAGAI II 3 m DI MANA KLUSTER TERSEBUT TERPISAH DARI SEKELILING BINTANG-BINTANG DENGAN MEMPUNYAI SEDIKIT PENUMPUAN DI 'TERAS' - II; KLUSTER M41 / NGC2287 TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG CERAH DAN JUGA BINTANG-BINTANG YANG SAMAR (FAINT) - 3; SERTA MENGANDUNGI BILANGAN BINTANG-BINTANG YANG SEDERHANA BANYAK ANTARA 50 KE 100 BIJI BINTANG - m.
No comments:
Post a Comment