Tuesday, May 21, 2013

MENGENALI BURUJ - CANIS MAJOR

CANIS MAJOR (THE GREAT DOG)





KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CMA

DESKRIPSI:
BURUJ CANIS MAJOR DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ANJING BESAR. ADA SATU LAGI ANJING YANG DIPANGGIL 'CANIS MINOR' ATAU ANJING KECIL. BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ ORION IAITU PEMBURU, MENGAMBARKAN BAHAWA BURUJ INI SEDANG MENGIKUTI BURUJ ORION DALAM PEMBURUAN. MENURUT MITOS GREEK, ANJING BESAR INI DIKAITKAN DENGAN LAELAPS, IAITU ANJING YANG TERPANTAS DI DUNIA. IA AKAN MENGEJAR DAN MENANGKAP APA SAHAJA YANG DIARAHKAN. ZEUS TELAH MEMBERIKAN LAELAPS (ANJING) INI KEPADA EUROPA SEBAGAI HADIAH BESERTA DENGAN SEBATANG LEMBING AJAIB YANG AKAN MENGENA APABILA DILONTAR. MALANGNYA, HADIAH TERSEBUT TELAH MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA EUROPA APABILA IA MATI TERTIKAM LEMBING AJAIB YANG DILONTARKAN OLEH SUAMINYA CEPHALUS, YANG PERGI MEMBURU DENGAN LEMBING TERSEBUT. DI SEBABKAN TRAJIDI TERSEBUT, CEPHALUS TELAH MEMBAWA LAELAPS KETHEBES DI BOEOTIA (UTARA BANDAR ATHENS) UNTUK MEMBURU SEEKOR MUSANG YANG TELAH MEMBUAT KEKACAUAN DI SITU. SEPERTI LAELAPS, MUSANG TERSEBUT JUGA MEMPUNYAI KEPANTASAN HINGGA TIADA YANG DAPAT MENANGKAPNYA. APABILA LAELAPS MENJUMPAI MUSANG TERSEBUT, MAKA BERLAKULAH KEJAR MENGEJAR YANG TIADA BERKESUDAHAN. MAKA, CEPHALUS PUN MENUKARKAN KEDUA-DUA BINATANG TERSEBUT MENJADI BATU DAN DILETAKAN DI LANGIT.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK DI LANGIT BAHAGIAN SELATAN. IA DAPAT DILIHAT DARI GARISAN LINTANG +60 U HINGGA KE GARISAN LINTANG -90 S. BURUJ CANIS MAJOR ADALAH BURUJ YANG KE 43 TERBESAR DI LANGIT DENGAN KELUASAN 380 DARJAH PERSEGI. BURUJ MONOCEROS TERLETAK DI UTARA BURUJ CANIS MAJOR. MANAKALA BURUJ PUPPIS PULA DI SEBELAH BARAT DAN BURUJ LEPUS DI SEBELAH TIMUR. BURUJ COLUMBA MENJADI SEMPADAN DI SEBELAH TENGGARA BURUJ CANIS MAJOR.

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA        -1.42 HINGGA +5.00. BINTANG ALPHA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI SIRIUS ADALAH BINTANG YANG PALING CERAH DI LANGIT DENGAN MAGNITUD -1.42.. IA DI SEBABKAN KEDUDUKANNYA YANG HAMPIR DENGAN BUMI. JARAK SIRIUS ADALAH 8.56 TAHUN CAHAYA DAN MERUPAKAN BINTANG KEENAM PALING HAMPIR DENGAN BUMI. SELAIN BINTANG SIRIUS, BINTANG LAIN ADALAH EPSILON ATAU ADHARA BERMAGNITUD +1.50; DELTA (WEZEN, +1.86); BETA (MIRZAM, +2.00); ETA (ALUDRA, +2.44); ZETA (FURUD, +3.02); OMICRON2 (+3.02); SIGMA (+3.51); KAPPA (+5.52); OMEGA (+3.85); OMICRON1 (+3.87); NU2 (+3.95); THETA (+4.07); GAMMA (MULIPHEIN, +4.11); XI1 (+4.33);IOTA (+4.37); TAU (+4.40); NU3 (+4.43); LAMBDA (+4.48); XI2 (+4.54); PI (+4.68); DAN MU (+5.00)

BINTANG BINARI (BINARY):
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BINTANG BINARI DALAM LINGKUNGANNYA.
~ BINTANG ALPHA (SIRIUS) YANG MEMPUNYAI 'KOMPANI'NYA, SIRIUS B YANG BERMAGNITUD +8.00. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - PA) KEDUA BINTANG INI ADALAH 1500 DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION -SEP) ADALAH 4.6". 
~ BINTANG MU YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG  (MULTI-INARY) KERANA MEMPUNYAI 3 'KOMPANI' IAITU BINTANG B, C DAN D. KETIGA-TIGA BINTANG 'KOMPANI' INI KEKAL DI POSISI MEREKA. BINTANG B PADA PA 3400 DAN SEP PADA 3"; BINTANG C PADA PA 2880 DAN SEP PADA 88.5"; SEMENTARA BINTANG D PULA PADA PA 610 DAN SEP PADA 101".

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM LINGKUNGAN BURUJ CAINS MAJOR. 
~ BINTANG BETA (MIRZAM) DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEID" KERANA KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD YANG AMAT KECIL DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT. IA SANGAT SUKAR DIKESAN DENGAN MATA KASAR KERANA MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.93 KE +2.00 SETIAP 6 JAM DAN 2.6 SAAT. 
~ BINTANG IOTA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID" KERANA IA BERUBAH DARI +4.33 KE +4.37 SETIAP 1 JAM 55 MINIT. 
~ BINTANG XI1 YANG MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.30 KE +4.33 DALAM MASA 5 JAM. IA JUGA DIKATEGORIKAN DALAM KELAS "BETA CEPHEID".

PEMERHATIAN:
BURUJ CANIS MAJOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DISEMBER PADA PUKUL  12 TENGAH MALAM
~ JANUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ FEBRUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ MAC PADA PUKUL 9 MALAM
~ APRIL PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG AGAK MENARIK.
~ M41 ATAU NGC2287 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MEMPUNYAI BERATUS BINTANG. NAMUN, HANYA LIMA PULUH BINTANG YANG PALING CERAH DAN DAPAT DILIHAT DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG. M41 BERMAGNITUD +4.50 DAN BERKECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00. 





~ NGC2359 ATAU "THOR'S HELMET" ADALAH 'EMISSION'  (GAS) NEBULA YANG MEMPUNYAI SAIZ SELUAS 30 TAHUN CAHAYA. BENTUKNYA MENYERUPAI TOPI PAHLAWAN THOR MEMBERIKAN PEMANDANGAN YANG AMAT MENARIK. JARAKNYA DARI BUMI IALAH 15,000 TAHUN CAHAYA.





~ NGC2207 DAN IC2163 JUGA AMAT MENARIK KERANA MEREKA MERUPAKAN GALAKSI YANG DALAM PROSES PERLANGGARAN ANTARA GALAKSI. IA TERJADI APABILA NGC2207 YANG BERSAIZ LEBIH BESAR DENGAN GRAVITI LEBIH KUAT MENARIK IC2163 KE ARAHNYA. IC2163 TELAH BERADA DALAM LINGKUNGAN 'SPIRAL ARM' NGC2207. JARAK KEDUA-DUA GALAKSI TERSEBUT IALAH 80 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC2207 BERMAGNITUD +12.2, MANAKALA IC2163 PULA BERMAGNITUD +11.6.




~ CANIS MAJOR DWARF GALAKSI MERUPAKAN GALAKSI 'IRREGULAR' YANG JARAKNYA 25,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA MENGANDUNGI 1 BILLION BINTANG YANG BERBENTUK BULAT BUJUR (ELLIPTICAL). IANYA AGAK MENARIK, NAMUN KEDUDUKANNYA BERTINDIHAN DENGAN BIMA SAKTI (MILKY WAYS) MENYEBABKAN IA TENGGELAM DALAM KECERAHAN BIMA SAKTI.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"






No comments:

Post a Comment