Friday, May 31, 2013
Thursday, May 30, 2013
MENGENALI BULAN - SIRI 7
LAUTAN (SEA ATAU MARE)
LOKASI:
MARE FRIGORIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT DAN BARAT-DAYA. BENTUKNYA YANG MEMANJANG DARI TIMUR KE BARAT MELETAKKAN MARE FRIGORIS DI DALAM DUA SUKUAN PERMUKAAN BULAN. MARE FRIGORIS TERLETAK DI ANTARA GARISAN LINTANG 70O UTARA DAN 50O UTARA, MANAKALA DI GARISAN MENEGAK 40O TIMUR HINGGA 30O BARAT.
KELUASAN:
MARE FRIGORIS YANG MEMANJANG DARI TIMUR KE BARAT MEMPUNYAI KELUASAN 436,000 KM PERSEGI.
ERA PEMBENTUKAN:
MARE FRIGORID TERBENTUK SEMASA ERA PRE-IMBRIAN. IA BERLAKU PADA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MARE FRIGORIS TERDIRI DARI MATERIAL DARIPADA MATERIAL LAVA YANG BERWARNA KEHITAMAN.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI SEBELAH INI. KAWAH KANE (33 BATU), SHEEPSHANKS (15 BATU), C.MAYER (23 BATU), MOIGNO (22 BATU), NEISON (32 BATU) DAN ARNOLD (58 BATU)
BAHAGIAN TIMUR: TERDAPAT JUGA KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH GARTNER (71 BATU), DEMOCRITUS (24 BATU), DE LA RUE (83 BATU), KELDYSH (20 BATU), BAILY (16 BATU) DAN HERCULES (42 BATU). LACUS MORTIS (TASIK) SELUAS 93 BATU TERLETAK DI SEBELAH SINI.
BAHAGIAN TENGGARA: MONTES CAUCASUS (BANJARAN GUNUNG) BERADA ANTARA MARE FRIGORIS DAN MARE SERENITATIS. KAWAH EUDOXUS (41 BATU), CALLIPPUS (19 BATU) DAN ALEXANDER (50 BATU)
BAHAGIAN UTARA: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH SEPERTI MANA DI SEBELAH TIMUR-LAUT. KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH ARCHYTAS (19 BATU), TIMAEUS (19 BATU), W.BOND (96 BATU), EPIGENES (34 BATU) DAN BIRMINGHAM (57 BATU)
BAHAGIAN BARAT: KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH FONTENELLE (23 BATU), PHILOLAUS (43 BATU), LA CONDAMINE (22 BATU), J.HERSCHEL (102 BATU) DAN HORREBOW (14 BATU). MARE FRIGORIS BERSEMPADAN DENGAN OCEANUS PROCELLARUM.
BAHAGIAN SELATAN: MARE FRIGORIS DIPISAHKAN DARIPADA MARE IMBRIUM OLEH MONTES ALPES (BANJARAN GUNUNG) SEPANJANG 174 BATU. TERDAPAT VALLIS ALPES (LEMBAH) SEJAUH 103 BATU DAN JUGA RIMAE PLATO (SISTEM TERUSAN) SEPANJANG 54 BATU. KAWAH SEPERTI KAWAH PLATO (67 BATU) DAN BLISS (13 BATU)
BAHAGIAN DALAM MARE FRIGORIS: TERDAPAT KAWAH ARISTOTELES (54 BATU), MITCHELL (18 BATU), GALLE (13 BATU), EGEDE (22 BATU) DAN PROTAGORAS (13 BATU). RIMA ARCHYTAS (TERUSAN) TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN RIMAE PLATO.
PEMERHATIAN:
MARE FRIGORID MEMPUNYAI FORMASI YANG SANGAT MENARIK. IA BOLEH DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER) BULAN.
PERALATAN:
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE FRIGORIS SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG YANG BERKUASA 10X
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
Friday, May 24, 2013
KALA MALAM LANGIT CERAH
RENUNGAN JUMAAT
SURAH AL GHAASYIYAH (JUZUK 30), AYAT 17 - 22
Tuesday, May 21, 2013
KALA MALAM LANGIT CERAH
MENGENALI BURUJ - CANIS MAJOR
BURUJ
SINGKATAN:
CMA
DESKRIPSI:
BURUJ CANIS MAJOR DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ANJING BESAR. ADA SATU LAGI ANJING YANG DIPANGGIL 'CANIS MINOR' ATAU ANJING KECIL. BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ ORION IAITU PEMBURU, MENGAMBARKAN BAHAWA BURUJ INI SEDANG MENGIKUTI BURUJ ORION DALAM PEMBURUAN. MENURUT MITOS GREEK, ANJING BESAR INI DIKAITKAN DENGAN LAELAPS, IAITU ANJING YANG TERPANTAS DI DUNIA. IA AKAN MENGEJAR DAN MENANGKAP APA SAHAJA YANG DIARAHKAN. ZEUS TELAH MEMBERIKAN LAELAPS (ANJING) INI KEPADA EUROPA SEBAGAI HADIAH BESERTA DENGAN SEBATANG LEMBING AJAIB YANG AKAN MENGENA APABILA DILONTAR. MALANGNYA, HADIAH TERSEBUT TELAH MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA EUROPA APABILA IA MATI TERTIKAM LEMBING AJAIB YANG DILONTARKAN OLEH SUAMINYA CEPHALUS, YANG PERGI MEMBURU DENGAN LEMBING TERSEBUT. DI SEBABKAN TRAJIDI TERSEBUT, CEPHALUS TELAH MEMBAWA LAELAPS KETHEBES DI BOEOTIA (UTARA BANDAR ATHENS) UNTUK MEMBURU SEEKOR MUSANG YANG TELAH MEMBUAT KEKACAUAN DI SITU. SEPERTI LAELAPS, MUSANG TERSEBUT JUGA MEMPUNYAI KEPANTASAN HINGGA TIADA YANG DAPAT MENANGKAPNYA. APABILA LAELAPS MENJUMPAI MUSANG TERSEBUT, MAKA BERLAKULAH KEJAR MENGEJAR YANG TIADA BERKESUDAHAN. MAKA, CEPHALUS PUN MENUKARKAN KEDUA-DUA BINATANG TERSEBUT MENJADI BATU DAN DILETAKAN DI LANGIT.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK DI LANGIT BAHAGIAN SELATAN. IA DAPAT DILIHAT DARI GARISAN LINTANG +60 U HINGGA KE GARISAN LINTANG -90 S. BURUJ CANIS MAJOR ADALAH BURUJ YANG KE 43 TERBESAR DI LANGIT DENGAN KELUASAN 380 DARJAH PERSEGI. BURUJ MONOCEROS TERLETAK DI UTARA BURUJ CANIS MAJOR. MANAKALA BURUJ PUPPIS PULA DI SEBELAH BARAT DAN BURUJ LEPUS DI SEBELAH TIMUR. BURUJ COLUMBA MENJADI SEMPADAN DI SEBELAH TENGGARA BURUJ CANIS MAJOR.
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA -1.42 HINGGA +5.00. BINTANG ALPHA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI SIRIUS ADALAH BINTANG YANG PALING CERAH DI LANGIT DENGAN MAGNITUD -1.42.. IA DI SEBABKAN KEDUDUKANNYA YANG HAMPIR DENGAN BUMI. JARAK SIRIUS ADALAH 8.56 TAHUN CAHAYA DAN MERUPAKAN BINTANG KEENAM PALING HAMPIR DENGAN BUMI. SELAIN BINTANG SIRIUS, BINTANG LAIN ADALAH EPSILON ATAU ADHARA BERMAGNITUD +1.50; DELTA (WEZEN, +1.86); BETA (MIRZAM, +2.00); ETA (ALUDRA, +2.44); ZETA (FURUD, +3.02); OMICRON2 (+3.02); SIGMA (+3.51); KAPPA (+5.52); OMEGA (+3.85); OMICRON1 (+3.87); NU2 (+3.95); THETA (+4.07); GAMMA (MULIPHEIN, +4.11); XI1 (+4.33);IOTA (+4.37); TAU (+4.40); NU3 (+4.43); LAMBDA (+4.48); XI2 (+4.54); PI (+4.68); DAN MU (+5.00)
BINTANG BINARI (BINARY):
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BINTANG BINARI DALAM LINGKUNGANNYA.
~ BINTANG ALPHA (SIRIUS) YANG MEMPUNYAI 'KOMPANI'NYA, SIRIUS B YANG BERMAGNITUD +8.00. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - PA) KEDUA BINTANG INI ADALAH 1500 DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION -SEP) ADALAH 4.6".
~ BINTANG MU YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG (MULTI-INARY) KERANA MEMPUNYAI 3 'KOMPANI' IAITU BINTANG B, C DAN D. KETIGA-TIGA BINTANG 'KOMPANI' INI KEKAL DI POSISI MEREKA. BINTANG B PADA PA 3400 DAN SEP PADA 3"; BINTANG C PADA PA 2880 DAN SEP PADA 88.5"; SEMENTARA BINTANG D PULA PADA PA 610 DAN SEP PADA 101".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM LINGKUNGAN BURUJ CAINS MAJOR.
~ BINTANG BETA (MIRZAM) DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEID" KERANA KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD YANG AMAT KECIL DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT. IA SANGAT SUKAR DIKESAN DENGAN MATA KASAR KERANA MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.93 KE +2.00 SETIAP 6 JAM DAN 2.6 SAAT.
~ BINTANG IOTA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID" KERANA IA BERUBAH DARI +4.33 KE +4.37 SETIAP 1 JAM 55 MINIT.
~ BINTANG XI1 YANG MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DARI +4.30 KE +4.33 DALAM MASA 5 JAM. IA JUGA DIKATEGORIKAN DALAM KELAS "BETA CEPHEID".
PEMERHATIAN:
BURUJ CANIS MAJOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DISEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ JANUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ FEBRUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ MAC PADA PUKUL 9 MALAM
~ APRIL PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG AGAK MENARIK.
~ M41 ATAU NGC2287 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MEMPUNYAI BERATUS BINTANG. NAMUN, HANYA LIMA PULUH BINTANG YANG PALING CERAH DAN DAPAT DILIHAT DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG. M41 BERMAGNITUD +4.50 DAN BERKECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00.
~ NGC2359 ATAU "THOR'S HELMET" ADALAH 'EMISSION' (GAS) NEBULA YANG MEMPUNYAI SAIZ SELUAS 30 TAHUN CAHAYA. BENTUKNYA MENYERUPAI TOPI PAHLAWAN THOR MEMBERIKAN PEMANDANGAN YANG AMAT MENARIK. JARAKNYA DARI BUMI IALAH 15,000 TAHUN CAHAYA.
~ NGC2207 DAN IC2163 JUGA AMAT MENARIK KERANA MEREKA MERUPAKAN GALAKSI YANG DALAM PROSES PERLANGGARAN ANTARA GALAKSI. IA TERJADI APABILA NGC2207 YANG BERSAIZ LEBIH BESAR DENGAN GRAVITI LEBIH KUAT MENARIK IC2163 KE ARAHNYA. IC2163 TELAH BERADA DALAM LINGKUNGAN 'SPIRAL ARM' NGC2207. JARAK KEDUA-DUA GALAKSI TERSEBUT IALAH 80 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC2207 BERMAGNITUD +12.2, MANAKALA IC2163 PULA BERMAGNITUD +11.6.
Monday, May 20, 2013
OBJEK DI LANGIT - MESSIER 41 / NGC2287
MESSIER 41 / NGC2287
BURUJ: CANIS MAJOR
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 06h 46m 00s / -20o 45' 24"
JARAK: 2,300 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +4.5
SAIZ: 12'.0 X 12'.0
KATEGORI: II 3 m
MESSIER 41 ATAU NGC2287 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE BEEHIVE CLUSTER'. SELAIN M41 / NGC2287, IA JUGA TERSENARAI DI DALAM 'THE COLLINDER CATALOGUE' SEBAGAI 'COR 118' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER PADA TAHUN 1931.
M41 / NGC2287 TELAH DIKETAHUI PADA ZAMAN ARISTOTTE IAITU LEBIH KURANG PADA 325 SEBELUM MASIHI (B.C). IA TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUMTAHUN 1654. CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA TAHUN 1765 DAN TELAH MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 41' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'.
SEBANYAK LEBIH KURANG 100 BIJI BINTANG TERKANDUNG DI DALAM M41 / NGC2287, TERMASUK BEBERAPA BINTANG 'GIANT' BERWARNA MERAH YANG PALING CERAH DENGAN KELAS 'SPECTRAL' JENIS K3 DENGAN MAGNITUD +6.3 YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS'; SERTA BEBERAPA BINTANG 'KERDIL' (DWARFS) BERWARNA PUTIH.
BINTANG CERAH YANG BERWARNA MERAH / JINGGA BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' KLUSTER ADALAH BINTANG HIP32406, BINTANG 'GIANT' DENGAN KELAS 'SPECTRAL' JENIS K2 SERTA BERMAGNITUD +6.9. IA BERADA 1,500 TAHUN CAHAYA.
MENURUT INDEK 'TRUMPLER CLASSIFICATION', M41 / NGC2287 DIKATEGORIKAN SEBAGAI II 3 m DI MANA KLUSTER TERSEBUT TERPISAH DARI SEKELILING BINTANG-BINTANG DENGAN MEMPUNYAI SEDIKIT PENUMPUAN DI 'TERAS' - II; KLUSTER M41 / NGC2287 TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG CERAH DAN JUGA BINTANG-BINTANG YANG SAMAR (FAINT) - 3; SERTA MENGANDUNGI BILANGAN BINTANG-BINTANG YANG SEDERHANA BANYAK ANTARA 50 KE 100 BIJI BINTANG - m.