Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru,  cikgu-cikgu, teachers dan seangkatan dengannya. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit yang diterima setiap bulan. Ucapan "terima kasih cikgu" juga tidak dapat membayar keringat yang telah dicurahkan golongan guru-guru kepada rakyat negara ini, MALAYSIA, dan juga di seluruh dunia. Pengurniaan 'Anugerah' atau 'Pingat' juga tidak dapat  menilai besarnya jasa guru-guru yang telah menabur bakti mendidik anak bangsa. Hanya pengorbanan guru-guru dapat dibalas dengan niat yang murni dan keikhlasan mendidik dan mengajar dapat dihargai dengan sambutan HARI GURU yang mengiktiraf kerjaya sebagai guru. Namun balasan yang sebenarnya hanya datang dari ALLAH yang mengetahui niat dan iltizam guru-guru. Hanya yang ikhlas dalam kerjaya akan mendapat rahmat dan balasan dari ALLAH. Di kesempatan ini juga,ingin saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" terutama kepada GURU-GURU yang telah mengajar dan mendidik saya di awal usia, iaitu Cikgu Abdul Ghani, Cikgu Ariffin, Cikgu Samsuddin, Cikgu Habibah, Cikgu Rahman dan juga cikgu-cikgu yang tidak saya ingati lagi. Kepada cikgu-cikgu yang telah tiada, bakti dan jasa cikgu sekelian hanya ALLAH yang membalasnya. "SELAMAT HARI GURU".

No comments:

Post a Comment