Monday, May 21, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 29 / NGC6913

MESSIER 29  /  NGC6913


 BURUJ:   CYGNUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   20h 23m 56s  /  +38o 31' 24"

JARAK:   3,740 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.1

SAIZ:   7'.0  X  7'.0

KATEGORI:   III 3 p

MESSIER 29 ATAU NGC6913 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CYGNUS DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR422' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PER COLLINDER, PADA TAHUN 1931.

M29 / NGC6913 TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER, SE ORANG AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, PADA 29hb JULAI, 1764. IA TELAH DIREKODKAN SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 29' KE DALAM 'THE MESSIER CATALOGUE'. SELAIN MESSIER, JOHANN BODE JUGA TELAH MENCERAP M29 / NGC6913 PADA 5hb DISEMBER, 1774. CAROLINE HERSCHEL TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M29 / NHC6913 PADA 6hb APRIL, 1783. MANAKALA, JOHN HERSCHEL JUGA MELAKUKAN CERAPAN PADA 6hb OGOS, 1829.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, May 18, 2012

RENUNGAN JUMAAT

Ayat-ayat di bawah, dipetik daripada Surah ADZ DZAARIYAAT (Angin yang menerbangkan).

"...Demi langit yang mempunyai jalan-jalan,..."


                                  .....Ayat 7

Ulasannya: maksud 'jalan-jalan' di dalam ayat di atas ialah garis edar bintang-bintang, planet-planet, dan juga objek-objek lain di angkasa seperti komet-komet, tahi bintang, kluster-kluster, dan sebagainya. Satu contoh yang dapat kita lihat ialah Komet Halley yang dapat dilihat setiap 75 tahun. Komet Halley muncul pada 9hb. Februari,1986. Ia dijangka akan kembali pada 28hb. Julai, 2061 dan seterusnya pada 27hb. Mac, 2134. Begitu juga dengan garis edar bintang-bintang dan planet-planet di cakrawala ini.


"...Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin, dan (juga) pada diri mu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesugguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan."

                                .........Ayat 20 hingga ayat 23


"...Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesunggguhNya Kami benar-benar berkuasa. Dan bumi itu Kami hamparkan; maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami). Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Kami. Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu."

                               .........Ayat 47 hingga ayat 50.




Marilah  sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan agar dapat memberi sedikit pengajaran dan iktibar daripada ayat-ayat di atas. Insyaallah. 

Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru,  cikgu-cikgu, teachers dan seangkatan dengannya. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit yang diterima setiap bulan. Ucapan "terima kasih cikgu" juga tidak dapat membayar keringat yang telah dicurahkan golongan guru-guru kepada rakyat negara ini, MALAYSIA, dan juga di seluruh dunia. Pengurniaan 'Anugerah' atau 'Pingat' juga tidak dapat  menilai besarnya jasa guru-guru yang telah menabur bakti mendidik anak bangsa. Hanya pengorbanan guru-guru dapat dibalas dengan niat yang murni dan keikhlasan mendidik dan mengajar dapat dihargai dengan sambutan HARI GURU yang mengiktiraf kerjaya sebagai guru. Namun balasan yang sebenarnya hanya datang dari ALLAH yang mengetahui niat dan iltizam guru-guru. Hanya yang ikhlas dalam kerjaya akan mendapat rahmat dan balasan dari ALLAH. Di kesempatan ini juga,ingin saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" terutama kepada GURU-GURU yang telah mengajar dan mendidik saya di awal usia, iaitu Cikgu Abdul Ghani, Cikgu Ariffin, Cikgu Samsuddin, Cikgu Habibah, Cikgu Rahman dan juga cikgu-cikgu yang tidak saya ingati lagi. Kepada cikgu-cikgu yang telah tiada, bakti dan jasa cikgu sekelian hanya ALLAH yang membalasnya. "SELAMAT HARI GURU".

Friday, May 11, 2012

RENUNGAN

... sambungan dari RENUNGAN terdahulu...


...Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung  yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.....

                             SURAH AL-ANBIYAA' (nabi-nabi), ayat 31 hingga ayat 33


Segala yang berada di langit itu dijaga oleh Allah dengan peraturan dan hukum-hukum yang menyebabkan segalanya dapat berjalan dengan teratur dan tertib. Walaupun banyak bukti-bukti yang dapat dilihat dengan pancaindera, tetapi manusia masih menyangkal kekuasaan Allah dan menidakkan perintah dan peraturan Allah. SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.

Tuesday, May 8, 2012

Planet Zuhal dan buruj-buruj

Gambar-gambar planet Zuhal (Saturn) dan juga buruj-buruj Virgo, Corvus dan Hydra. Planet Zuhal berada di sebelah bawah kiri pada tiap-tiap gambar.




                                        Untuk pertanyaan atau maklumat, sila hubungi
                               012-3596350 atau e-mail CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                 atau MOHDAZMAN65@YAHOO.COM.

Bulan pada 7/05/2012

                                          Keadaan langit yang berawan dan mendung.

                                                   Bulan yang diliputi oleh awan.




Gambar-gambar di atas diambil pada malam 7/05/2012

 Bulan pada pukul 7.55 pagi pada 8/05/2012


                                          Untuk pertanyaan atau maklumat, hubungi
                              012-3596350 atau e-mail CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                atau MOHDAZMAN65@YAHOO.COM

Gambar pemandangan langit malam


Gambar planet Zuhrah (Venus) (paling cerah kanan), buruj Orion (tengah di atas lampu jalan). Kelihatan juga bintang Aldebaran (buruj Taurus) (bawah kanan) dan bintang Alnath (buruj Auriga) (berhampiran dengan planet Zuhrah).









Gambar menunjukkan buruj Orion yang mengandungi bintang-bintang seperti Betelgeuse, Bellatrix, Alnitak, Alnilam, Mintaka, Saiph dan Rigel. Manakala, di sebelah atas kiri pula buruj Canis Major yang mempunyai bintang-bintang seperti Sirius, Mirzam, Wezen, Adhara, Furud dan Aludra.





Gambar menunjukkan buruj Ursa Major yang lebih dikenali sebagai 'Biduk'. Bintang-bintang di buruj Ursa Major ialah Dubhe, Merak, Alula, Megraz, Alioth, Mizar dan Akaid yang kelihatan seperti bentuk 'gayung'








Gambar buruj Leo dan planet Marikh (Mars). Planet Marikh adalah yang paling cerah di sebelah kiri atas, manakala di sebelahnya ialah bintang Regulus. Selain bintang Regulus, terdapat bintang-bintang Denebola, Algieba, Zosma, Chertan dan Adhafera.





                      untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi
                    012-3596350 atau E-Mail CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau MOHDAZMAN65@YAHOO.COM



Thursday, May 3, 2012

RENUNGAN

"...Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?..."      
                               Ayat 30 surah AL ANBIYAA' (nabi-nabi)

       AKAN BERSAMBUNG DENGAN AYAT SETERUSNYA. Insyaallah.