Monday, March 21, 2011

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 15 / NGC7078

MESSIER 15 / NGC7078


BURUJ:   PEGASUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   21h 29m 58s  /  +21o 10' 00"

JARAK:   33,600 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.2

SAIZ:   18'.0  X  18'.0

KATEGORI:   IV

MESSIER 15 ATAU NGC7078 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PEGASUS DI HEMISFERA UTARA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JEAN-DOMINIQUE MARALDI PADA 7hb SEPTEMBER, 1746. MANAKALA, CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN M15 / NGC7078 PADA 3hb JUN, 1764 DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 15' KE DALAM KATALOG BELIAU 'MESSIER CATALOGUE'.

SELAIN MARALDI DAN MESSIER, TERDAPAT BEBERAPA ORANG AHLI ASTRONOMI YANG TELAH MENCERAP M15 / NGC7078 SELEPAS ITU. JOHANN BODE TELAH MENCERAP KLUSTER TERSEBUT PADA 23hb SEPTEMBER, 1774. JOSEPH LALANDE PULA MENCERAPNYA PADA 21hb JULAI, 1794. BERIKUTNYA, WILLIAM HERSCHEL PADA 23hb NOVEMBER, 1805, DIIKUTI OLEH JOHN HERSCHEL PADA 2hb OKTOBER, 1825. FRIEDRICH WILHELM STRUVE JUGA MELAKUKAN PENCERAP KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA TAHUN 1825.







camp.astronomy@gmail.com











 

No comments:

Post a Comment