Friday, March 25, 2011
Buruj Gemini
Buruj Gemini digambarkan sebagai "kembar" (Twins). Menurut mitos orang Greek, "kembar" ini mempunyai ibu ( Leda) yang sama tetapi berlainan bapa. Bintang Alpha (Castor) berbapakan Tyndares (King of Sparta), manakala bintang Beta (Pollux) pula bapanya ialah Zeus. Kedua-dua bintang ini adalah merupakan 'kepala' kepada "kembar" buruj Gemini. Buruj ini bersebelahan dengan buruj Taurus dan buruj Orion di sebelah barat, buruj Auriga dan buruj Lynx di sebelah utara, buruj Cancer di sebelah timur, dan buruj Canis Minor dan buruj Monoceros di sebelah selatan. Dengan keluasan 514 sq degree, buruj Gemini mempunyai bintang-bintang yang bermagnitud antara +1.1 hingga +5.5. Bintang yang paling cerah ialah Beta (Pollux) bermagnitud +1.1. Diikuti bintang Alpha (Castor, +1.6), Gamma (Alhena, +1.9), Mu (Tejat, +2.9), Epsilon (Mebsuta, +3.0), Eta (Propus, +3.3), Xi (Alzirr, +3.4), Delta (Wasat, +3.5), Kappa (+3.6), Lambda (+3.6), Zeta (Mekbuta, +3.7), Iota (+3.8) dan lain-lain lagi. Bintang 'binari' (binary stars) di dalam buruj Gemini ini ialah Alpha. Alpha bermagnitud +1.9, manakala 'companion'nya bermagnitud +3.0 dengan sudut (PA) 65o dan jarah pisahan (separation [Sep.]) 3.9". Selain itu, Delta (+3.5, +8.2; PA 225o; Sep. 5.8") dan Eta (+3.3, +8.8; PA 266o; Sep. 1.4"). Buruj Gemini mempunyai bintang variable (variable stars) iaitu Zeta yang bermagnitud +3.62 dan berubah ke +4.18 setiap 10.15 hari dan dikategorikan sebagai 'Cepheid Variable'. Satu lagi ialah Eta yang berubah magnitud dari +3.2 ke +3.9 dalam tempoh masa 232.9 hari dan dikelaskan sebagai 'Semi-regular Variable'. 'Deep-sky' objek yang terdapat di dalam lingkungan buruj Gemini adalah M35 (NGC2168) yang merupakan'open cluster' dengan magnitud 5.10 dan kecerahan 12.00; NGC2392 (dikenali juga senagai Eskimo Nebula - sungguh menarik dan cantik) merupakan 'Planetary Nebula' bermagnitud 8.60 dan kecerahan 6.8. Selain daripada itu, NGC2395 (Mag. 8.00, Kecerahan 13.14), NGC2420 (8.30, 13.04), NGC2331 (8.50, 14.52) dan NGC2266 (9.50, 13.47) semuanya 'Open Cluster'. Bulan Mac merupakan bulan untuk melihat buruj Gemini di titik zenith pada pukul 9 malam, manakala bulan April pula pada pukul 8 malam. Selamat ber'star-gazing'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment