Friday, March 25, 2011
Buruj Gemini
Monday, March 21, 2011
OBJEK DI LANGIT - MESSIER 15 / NGC7078
MESSIER 15 / NGC7078
BURUJ: PEGASUS
KELAS: KLUSTER GLOBULAR
LOKASI: 21h 29m 58s / +21o 10' 00"
JARAK: 33,600 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.2
SAIZ: 18'.0 X 18'.0
KATEGORI: IV
MESSIER 15 ATAU NGC7078 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PEGASUS DI HEMISFERA UTARA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JEAN-DOMINIQUE MARALDI PADA 7hb SEPTEMBER, 1746. MANAKALA, CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN M15 / NGC7078 PADA 3hb JUN, 1764 DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 15' KE DALAM KATALOG BELIAU 'MESSIER CATALOGUE'.
SELAIN MARALDI DAN MESSIER, TERDAPAT BEBERAPA ORANG AHLI ASTRONOMI YANG TELAH MENCERAP M15 / NGC7078 SELEPAS ITU. JOHANN BODE TELAH MENCERAP KLUSTER TERSEBUT PADA 23hb SEPTEMBER, 1774. JOSEPH LALANDE PULA MENCERAPNYA PADA 21hb JULAI, 1794. BERIKUTNYA, WILLIAM HERSCHEL PADA 23hb NOVEMBER, 1805, DIIKUTI OLEH JOHN HERSCHEL PADA 2hb OKTOBER, 1825. FRIEDRICH WILHELM STRUVE JUGA MELAKUKAN PENCERAP KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA TAHUN 1825.
Thursday, March 10, 2011
Renungan
Surah An Naazi'aat (Malaikat-malaikat yang mencabut); ayat 27 - 30
Ayat di atas menerangkan kepada kita akan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu. Allah tidak mempunyai masaalah untuk mencipta akan sesuatu. Allah hanya perlu berkata "Jadi", maka jadilah sesuatu. Dengan ayat di atas, sebagai seorang Islam yang percaya kepada Allah, kita harus menolak teori yang mengatakan kejadian alam semesta ini daripada "Big Bang", iaitu teori barat. Banyak ayat-ayat Quran yang menyanggal teori-teori barat terutama teori tentang asal-usul manusia daripada monyet (primate). Allah telah menciptakan Nabi Adam dengan sebaik-baik makhluk. Fikir-fikirkanlah.