Monday, December 20, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 12 / NGC6218

MESSIER 12 / NGC6218


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   16h 47m 14s  /  -01o 56' 52"

JARAK:   16,400 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.7

SAIZ:   16'.0  X  16'.0

KATEGORI:   IX

MESSIER 12 ATAU NGC6218 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 30hb MEI, 1764. BELIAU MENGGAMBARKAN M12 / NGC6218 SEBAGAI SEBUAH 'NEBULA TANPA BINTANG-BINTANG' DAN MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 12' DI DALAM SENARAI KATALOG BELIAU.

SELAIN CHARLES MESSIER, JOHANN BODE KEMUDIANNYA TELAH MENCERAP M12 / NGC6218 PADA 14hb OGOS, 1774; SEMENTARA JOHN HERSCHEL TELAH MENCERAPNYA PADA 21hb MEI, 1825. KLUSTER M12 / NGC6218 MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG BERJUMLAH LEBIH KURANG 70,000 BIJI DAN IANYA BERMAGNITUD DARI MAGNITUD 12 KE ATAS.

BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER ADALAH BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD 12. KLUSTER INI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'KELAS IX' DI DALAM 'THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS' DI MANA IA DITAKRIFKAN SEBAGAI 'KEPADATAN YANG LONGGAR KE ARAH TERAS'. TERDAPAT 13 BINTANG 'VARIABLE' DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.








camp.astronomy@gmail.com















 

Monday, December 13, 2010

MENGENALI BULAN

 MARE HUMORUM (THE SEA OF MOISTURE)


KATEGORI:   
LAUTAN (SEA ATAU MARE).


LOKASI:
    
MARE HUMORUM TERLETAK DI SUKUAN BAHAGIAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 24.4o SELATAN SERTA 38.6o BARAT.


KELUASAN:
   
MARE HUMORUM MEMPUNYAI KELUASAN 113,000 KM PERSEGI. BENTUKNYA YANG HAMPIR BULAT (CIRCLE) DENGAN DIAMETER 420 KM (260 BATU).


ERA PEMBENTUKAN:   MARE HUMORUM TERBENTUK DALAM MASA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
   MARE HUMORUM TELAH DILIPUTI OLEH LAPISAN 'MARE BASALT' YANG DIPERCAYAI SETEBAL 3 KM DI KAWASAN TENGAHNYA. 

DI PINGGIR UTARA MARE HUMORUM TERDAPAT KAWAH GASSENDI YANG DICADANGKAN SERTA DI PERTIMBANGKAN UNTUK MENJADI TAPAK PENDARATAN BAGI KAPAL PENEROKA APOLLO 17. TERDAPAT JUGA BEBERAPA 'HUBUNGAN' (CONNECTION) SEMPADAN DENGAN OCEANUS PROCELLARUM YANG WUJUD ANTARA KEDUA-DUA NYA.

DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH VITELLO DENGAN 'KERETAKAN LANTAI' KAWAH YANG MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI DOPPELMAYER DAN PUISEUX YANG LEBIH KECIL.

MANAKALA, DI BAHAGIAN TIMUR MARE HUMORUM, TERDAPAT KAWAH HIPPALUS SERTA PROMONTORIUM KELVIN (BANJARAN GUNUNG). DI BAHAGIAN BARAT PULA, RIMAE DOPPELMAYER (RANGKAIAN SUNGAI) SERTA RUPES LIEBIG (LERENG CURAM), DI MANA 'TEBING LERENG' LIEBIG BERADA DI BARAT MARE HUMORUM.


PEMERHATIAN:
   
MARE HUMORUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 3 SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
   
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELIHAT MARE HUMORUM ADALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN MARE  HUMORUM.


camp.astronomy@gmail.com