Monday, February 6, 2023

OBJEK DI LANGIT - NGC2080

 NGC2080


BURUJ:   DORADO

KELAS:   NEBULA PANCARAN

LOKASI:   05h 39m 44s   /   -69o 38' 44"

JARAK:   160,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.46

SAIZ:   1.12'  X  1.12'

NGC2080 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ DORADO DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE GHOST HEAD NEBULA' DI MANA IA MERUPAKAN KAWASAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' (STAR-FORMING REGION) YANG TERLETAK DI DALAM 'THE LARGE MAGELLANIC CLOUD'. NGC2080 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL DALAM TAHUN 1834.

NGC2080 MEMPUNYAI DIAMETER SEJAUH 50 TAHUN CAHAYA DAN DINAMAKAN SEBAGAI 'THE GHOST HEAD NEBULA' (NEBULA KEPALA HANTU) SEMPENA DUA TOMPOKAN PUTIH YANG KELIHATAN DENGAN JELAS YANG TERDAPAT PADA NEBULA TERSEBUT YANG KELIHATAN SEPERTI DUA BIJI MATA 'HANTU'.

TOMPOKAN DI SEBELAH 'BARAT' DIPANGGIL A1, MEMPUNYAI GELEMBUNG DI 'TENGAH' TOMPOKAN TERSEBUT. IA TERHASIL DARI SEBIJI BINTANG YANG 'BESAR' (MASSIVE) SERTA 'MUDA' (YOUNG) YANG DIMILIKINYA. MANAKALA,TOMPOKAN DI SEBELAH 'TIMUR' DIPANGGIL A2 MEMPUNYAI BEBERAPA BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) DI DALAM KLUSTER YANG BAHARU TERBENTUK, NAMUN MASIH MENGEKALKAN KEASLIAN 'AWAN DEBU'.

WARNA PADA NEBULA INI SECARA KASAR SANGAT DIPENGARUHI OLEH KEHADIRAN BINTANG-BINTANG. BAHAGIAN 'BARAT' NEBULA DIDOMINASI DENGAN PANCARAN OKSIGEN DISEBABKAN BINTANG YANG SUNGGUH BERKUASA YANG BERADA DI LINGKARAN LUAR (OUTSKIRTS) NEBULA, IANYA BERWARNA HIJAU.

MANAKALA, DI LINGKARAN LUAR BAHAGIAN YANG LAIN NEBULA BERWARNA MERAH KERANA TERDAPAT GAS HIDROGEN YANG TELAH DIION (IONIZATION OF HYDROGEN). DISEBABKAN KEDUA-DUA GAS, OKSIGEN DAN HIDROGEN, YANG TELAH DIIONKAN DI KAWASAN 'TENGAH' NEBULA, IA KELIHATAN BERWARNA KUNING PUCAT (PALE YELLOW). APABILA HIDROGEN MEMPUNYAI 'CUKUP TENAGA' UNTUK MEMANCARKAN 'GELOMBANG KEDUA' CAHAYA, IA KELIHATAN BERWARNA BIRU SEPERTI YANG KELIHATAN DI SEKELIILING A1 DAN A2.

NGC2080 TIDAK BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN 'THE GHOST NEBULA' (Sh2-136) DI DALAM BURUJ CEPHEUS ATAU DENGAN 'THE LITTLE GHOST NEBULA' (NGC6369) DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS.  








camp.astronomy@gmail.com








No comments:

Post a Comment