Friday, February 24, 2023

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL AN' AAM AYAT 8 - 10



"...DAN MEREKA BERKATA: "MENGAPA TIDAK DITURUNKAN KEPADANYA (MUHAMMAD) SE ORANG MALAIKAT?" DAN KALAU KAMI TURUNKAN (KEPADANYA) SE ORANG MALAIKAT, TENTU SELESAILAH URUSAN ITU, KEMUDIAN MEREKA TIDAK DIBERI TANGGUH (SEDIKITPUN).

DAN KALAU KAMI JADIKAN RASUL ITU SE ORANG MALAIKAT, TENTULAH KAMJADIKAN DIA  BERUPA SE ORANG LAKI-LAKI DAN (KALAU KAMI JADIKAN DIA BERUPA SE ORANG LAI-LAKI) TENTULAH KAMI MERAGU-RAGUKAN ATAS MEREKA APA YANG MEREKA RAGU-RAGUKANATAS DIRI MEREKA SENDIRI.

DAN SUNGGUH TELAH DIPEROLOK-OLOKKAN BEBERAPA RASUL SEBELUM KAMU, MAKA TURUNLAH KEPADA ORANG-ORANG YANG MENCEMOHKAN DI ANTARA MEREKA BALASAN (AZAB) OLOK-OLOKKAN MEREKA.


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 8 HINGGA 10, JUZUK 7

Friday, February 17, 2023

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL AN' AAM AYAT 6 - 7



"...APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN BERAPA BANYAKNYA GENERASI-GENERASI YANG TELAH KAMI BINASAKAN SEBELUM MEREKA, PADAHAL (GENERASI ITU), TELAH KAMI TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA DI MUKA BUMI, IAITU KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, DAN KAMI CURAHKAN HUJAN YANG LEBAT ATAS MEREKA DAN KAMI JADIKAN SUNGAI-SUNGAI MENGALIR DI BAWAH MEREKA, KEMUDIAN KAMI BINASAKAN MEREKA KERANA DOSA MEREKA SENDIRI, DAN KAMI CIPTAKAN SESUDAH MEREKA GENERASI YANG LAIN.

DAN KALAU KAMI TURUNKAN KEPADAMU TULISAN DI ATAS KERTAS, LALU MEREKA DAPAT MEMEGANGNYA DENGAN TANGAN MEREKA SENDIRI, TENTULAH ORANG-OANG YANG KAFIR ITU BERKATA: "INI TIDAK LAIN HANYALAH SIHIR YANG NYATA"..."


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 6 DAN 7, JUZUK 7

Friday, February 10, 2023

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL AN' AAM AYAT 4 - 5


"...DAN TIDAK ADA SUATU AYATPUN DARI AYAT-AYAT TUHAN SAMPAI KEPADA MEREKA, MELAINKAN MEREKA SELALU BERPALING DARIPADANYA (MENDUSTAKANNYA).

SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MENDUSTAKAN YANG HAK (AL QURAAN) TATKALA SAMPAI KEPADA MEREKA,MAKA KELAK AKAN SAMPAI KEPADA MEREKA (KENYATAAN DARI) BERITA-BERITA YANG SELALU MEREKA PEROLOK-OLOKAN.


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 4 DAN 5, JUZUK 7

Monday, February 6, 2023

OBJEK DI LANGIT - NGC2080

 NGC2080


BURUJ:   DORADO

KELAS:   NEBULA PANCARAN

LOKASI:   05h 39m 44s   /   -69o 38' 44"

JARAK:   160,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.46

SAIZ:   1.12'  X  1.12'

NGC2080 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ DORADO DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE GHOST HEAD NEBULA' DI MANA IA MERUPAKAN KAWASAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' (STAR-FORMING REGION) YANG TERLETAK DI DALAM 'THE LARGE MAGELLANIC CLOUD'. NGC2080 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL DALAM TAHUN 1834.

NGC2080 MEMPUNYAI DIAMETER SEJAUH 50 TAHUN CAHAYA DAN DINAMAKAN SEBAGAI 'THE GHOST HEAD NEBULA' (NEBULA KEPALA HANTU) SEMPENA DUA TOMPOKAN PUTIH YANG KELIHATAN DENGAN JELAS YANG TERDAPAT PADA NEBULA TERSEBUT YANG KELIHATAN SEPERTI DUA BIJI MATA 'HANTU'.

TOMPOKAN DI SEBELAH 'BARAT' DIPANGGIL A1, MEMPUNYAI GELEMBUNG DI 'TENGAH' TOMPOKAN TERSEBUT. IA TERHASIL DARI SEBIJI BINTANG YANG 'BESAR' (MASSIVE) SERTA 'MUDA' (YOUNG) YANG DIMILIKINYA. MANAKALA,TOMPOKAN DI SEBELAH 'TIMUR' DIPANGGIL A2 MEMPUNYAI BEBERAPA BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) DI DALAM KLUSTER YANG BAHARU TERBENTUK, NAMUN MASIH MENGEKALKAN KEASLIAN 'AWAN DEBU'.

WARNA PADA NEBULA INI SECARA KASAR SANGAT DIPENGARUHI OLEH KEHADIRAN BINTANG-BINTANG. BAHAGIAN 'BARAT' NEBULA DIDOMINASI DENGAN PANCARAN OKSIGEN DISEBABKAN BINTANG YANG SUNGGUH BERKUASA YANG BERADA DI LINGKARAN LUAR (OUTSKIRTS) NEBULA, IANYA BERWARNA HIJAU.

MANAKALA, DI LINGKARAN LUAR BAHAGIAN YANG LAIN NEBULA BERWARNA MERAH KERANA TERDAPAT GAS HIDROGEN YANG TELAH DIION (IONIZATION OF HYDROGEN). DISEBABKAN KEDUA-DUA GAS, OKSIGEN DAN HIDROGEN, YANG TELAH DIIONKAN DI KAWASAN 'TENGAH' NEBULA, IA KELIHATAN BERWARNA KUNING PUCAT (PALE YELLOW). APABILA HIDROGEN MEMPUNYAI 'CUKUP TENAGA' UNTUK MEMANCARKAN 'GELOMBANG KEDUA' CAHAYA, IA KELIHATAN BERWARNA BIRU SEPERTI YANG KELIHATAN DI SEKELIILING A1 DAN A2.

NGC2080 TIDAK BOLEH DIKELIRUKAN DENGAN 'THE GHOST NEBULA' (Sh2-136) DI DALAM BURUJ CEPHEUS ATAU DENGAN 'THE LITTLE GHOST NEBULA' (NGC6369) DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS.  








camp.astronomy@gmail.com








Friday, February 3, 2023

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL AN'AAM AYAT 1 - 3


"...SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DAN MENGADAKAN GELAP DAN TERANG, NAMUN ORANG-ORANG YANG KAFIR MEMPERSEKUTUKAN (SESUATU) DENGAN TUHAN MEREKA.

DIALAH, YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI TANAH, SESUDAH ITU DITENTUKANNYA AJAL (KEMATIANMU), DAN ADA LAGI SUATU AJAL YANG DITENTUKAN (UNTUK BERBANGKIT) YANG ADA PADA SISI-NYA (YANG DIA SENDIRILAH MENGETAHUINYA), KEMUDIAN KAMU MASIH RAGU-RAGU (TENTANG BERBANGKIT ITU).

DAN DIALAH ALLAH (YANG DISEMBAH), BAIK DILANGIT MAUPUN DI BUMI; DIA MENGETAHUI APA YANG KAMU RAHSIAKAN DAN APA YANG KAMU LAHIRKAN DAN MENGETAHUI (PULA) APA YANG KAMU USAHAKAN..."


SURAH AL AN' AAM (BINATANG TERNAK), AYAT 1 HINGGA 3, JUZUK 7