Monday, November 28, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC3201

 NGC3201

BURUJ:   VELA

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   10h 17m 36s  /  -46o 24' 38"

JARAK:   16,300 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.9

SAIZ:   18'.0  X  18'.0

KATEGORI:   X

NGC3201 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ VELA DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND, PADA 28hb MEI, 1826. SELAIN NGC3201, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 79' DI DALAM SENARAI 'KATALOG CALDWELL' YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORES, IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI AMATUR ENGLAND, MENGANDUNGI 109 OBJEK TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA-NEBULA, SERTA GALAKSI-GALAKSI.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, November 25, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 60 - 62



"...KAMI TELAH MENENTUKAN KEMATIAN DI ANTARA KAMU DAN KAMI SEKALI-KALI, TIDAK DAPAT DIKALAHKAN,

UNTUK MENGGANTIKAN KAMU DENGAN ORANG-ORANG YANG SEPERTI KAMU (DALAM DUNIA) DAN MENCIPTAKAN KAMU KELAK (DI AKHIRAT) DALAM KEADAAN YANG TIDAK KAMU KETAHUI.

DAN SESUNGGUHNYA KAMU TELAH MENGETAHUI PENCIPTAAN YANG PERTAMA, MAKA MENGAPAKAH KAMU TIDAK MENGAMBIL PELAJARAN (UNTUK PENCIPTAAN YANG KEDUA)?..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 60 HINGGA 62, JUZUK 27

Friday, November 18, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 57 - 59



"...KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMU, MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MEMBENARKAN (HARI BERBANGKIT)?

MAKA TERANGKAN KEPADAKU TENTANG NUTFAH YANG KAMU PANCARKAN.

KAMUKAH YANG MENCIPTAKANNYA, ATAU KAMIKAH YANG MENCIPTAKANNYA?


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 57 HINGGA 59, JUZUK 27

Monday, November 14, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH MORETUS

KAWAH MORETUS


KATEGORI:   KAWAH


LOKASI:   KAWAH MORETUS BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN PERMUKAAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIRAN SELATAN PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 5.5o BARAT SERTA 70.6o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH MORETUS MEMPUNYAI KELUASAN 117 KILOMETER PERSEGI DENGAN KAWAH BERKEDALAMAN 5,000 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH MORETUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.


KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG BERBENTUK 'BULAT' (CIRCULAR) DENGAN TEBING YANG CURAM.


PEMERHATIAN:   KAWAH MORETUS ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM IAITU PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   BAGI MENCERAP KAWAH MORETUS DENGAN LEBIH MENARIK, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10x AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH MORETUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH MORETUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI MATEMATIK BELGIUM PADA KURUN KE 17 IAITU THEODORE MORETUS. BELIAU DILAHIRKAN DI BELGIUM PADA FEBRUARI 1602 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1667.


camp.astronomy@gmail.com

 

Friday, November 11, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 51 - 56



"...KEMUDIAN SESUNGGUHNYA KAMU HAI ORANG YANG SESAT LAGI MENDUSTAKAN,

BENAR-BENAR AKAN MEMAKAN POHON ZAQQUM,

DAN AKAN MEMENUHI PERUTMU DENGANNYA.

SESUDAH ITU KAMU AKAN MEMINUM AIR YANG SANGAT PANAS.

MAKA KAMU MINUM SEPERTI UNTA YANG SANGAT HAUS MINUM.

ITULAH HIDANGAN UNTUK MEREKA PADA HARI PEMBALASAN"..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 51 HINGGA 56, JUZUK 27

Monday, November 7, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1501

NGC1501

BURUJ:   CAMELOPARDALIS

KELAS:   NEBULA PLANETARI

LOKASI:   04h 06m 59s  /  +60o 55' 14"

JARAK:   4,240 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.5

SAIZ:   0'.87  X  0'.8

NGC1501 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CAMELOPARDALIS DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE OYSTER NEBULA'. DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27hb OGOS, 1787.







camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, November 4, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 47 - 50



"...DAN MEREKA SELALU MENGATAKAN: "APAKAH APABILA KAMI MATI DAN MENJADI TANAH DAN TULANG BELULANG, APAKAH SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR AKAN DIBANGKITKAN KEMBALI?.

APAKAH BAPA-BAPA KAMI YANG TERDAHULU (DIBANGKITKAN PULA)?"

KATAKANLAH: "SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DAN ORANG-ORANG YANG TERKEMUDIAN,

BENAR-BENAR AKAN DIKUMPULKAN DI WAKTU TERTENTU PADA HARI YANG DIKENAL..."


SURAH AL WAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 47 HINGGA 50, JUZUK 27